Utara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1723181   
Dua koperal tentera direman bantu siasatan kes pukul

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
09 Mac 2026 11:28am





Dua anggota tentera berpangkat koperal direman selama tiga hari bagi membantu siasatan membabitkan kes pukul hingga mendatangkan kecederaan terhadap dua anggota lain.






SUNGAI PETANI – Dua anggota tentera berpangkat koperal direman selama tiga hari bagi membantu siasatan membabitkan kes pukul hingga mendatangkan kecederaan terhadap dua anggota lain.

Perintah reman terhadap dua lelaki berusia 25 dan 27 tahun itu dibenarkan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.


Difahamkan, kejadian berlaku pada 5 Mac lalu kira-kira jam 10 malam di sebuah bilik penginapan, sebuah kem di sini.

Dalam kejadian tersebut, dua mangsa berusia 21 dan 24 tahun dipercayai dipukul sehingga mengalami kecederaan di bahagian belakang badan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Siasatan masih dijalankan dan mangsa dilaporkan mengalami lebam keterlaluan dan cedera di bahagian belakang badan.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

https://www.sinarharian.com.my/article/771020/berita/semasa/dua-koperal-tentera-direman-bantu-siasatan-kes-pukul


113 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch