Utara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1723131   
'Mereka keluar untuk hantar makanan berbuka puasa anak... tak sangka nahas ini berlaku'

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





MOHAMAD Hendry maut manakala isterinya, Nor Hidayah cedera selepas motosikal mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di simpang tiga jalan ke Hospital Sik dan berdekatan BBP Sik, petang semalam. FOTO Tular




Sik: "Mak sudah larang mereka keluar petang semalam kerana hampir waktu berbuka, tetapi mereka tetap hendak keluar menghantar makanan untuk anak sulung mereka berbuka puasa di sekolah," kata Mohd Khairul Anuar Hassan, 54.

Dalam kejadian 6.55 petang itu berhampiran simpang masuk Hospital Sik dan dekat Balai Bomba dan Penyelamat Sik, adik Mohd Khairul Anuar iaitu Nor Hidayah, 38, cedera, manakala suaminya Mohamad Hendry Yakim Capoi, 40, meninggal dunia selepas motosikal ditunggang mereka kemalangan dengan lori.

Mohd Khairul Anuar berkata, selain menghantar makanan, adik dan adik iparnya itu juga mahu bertemu anak mereka yang belajar di Maktab Mahmud Sik untuk menyerahkan yuran sekolah.

Katanya, sebelum itu ibu mereka, Rokiah Salleh, 76, melarang suami isteri itu ke sana kerana bimbang kelam kabut untuk pulang berbuka puasa di rumah di Teloi Timur.

"Mungkin naluri seorang ibu, tak benarkan mereka pergi sebab waktu berbuka sudah hampir dan mungkin itu juga masa mereka (ada) hendak bertemu dengan anak, tetapi tak sangka berlaku kejadian tidak diingini sebelum mereka sempat jumpa anak.

"Kami mendapat berita mereka terbabit kemalangan ketika menghampiri waktu berbuka puasa disebabkan pada awalnya orang ramai di lokasi kejadian tidak dapat mengesan waris.

"Sebelum ke sekolah anak, mereka ada singgah beli martabak dan makanan lain yang menjadi kegemaran anak mereka serta membawa barangan keperluan, " katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Khairul Anuar turut berkongsi, tiga hari sebelum kemalangan itu ibunya ada memaklumkan yang Mohamad Hendry yang juga mualaf, kelihatan sangat ceria dan suka memakai wangian.

Katanya, keluarga adiknya itu sudah lebih lima tahun tinggal bersama dengan ibunya di Teloi Timur.

"Tak sangka perubahan arwah adik ipar itu membawa petanda dia akan pergi buat selamanya.

Kami reda dengan ketentuan Allah SWT, " katanya yang memaklumkan jenazah Mohamad Hendry dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Teloi Timur selepas selesai bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Superintendan Shamzury Saman berkata, siasatan awal mendapati nahas berlaku ketika motosikal datang dari arah Batu Lima menghala ke Pekan Sik, manakala lori dari arah Pekan Sik menghala ke Hospital Sik.

"Pemandu lori dikatakan membelok masuk ke simpang sebelah kanan dan secara tiba-tiba datang motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan, melanggar bahagian tengah sebelah kiri lori berkenaan.

"Akibat pelanggaran, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemboncengnya parah dan dihantar ke Hospital Sik untuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala ujian saringan air kencing terhadap pemandu lori didapati negatif dadah.



Disiarkan pada: Mac 9, 2026 @ 1:47pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/03/1331608/mereka-keluar-untuk-hantar-makanan-berbuka-puasa-anak-tak-sangka-nahas-ini




142 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch