|
View: 2142|Reply: 9
|
[Tempatan]
Misteri kehilangan Along terjawab, ditemukan maut dipercayai terbabas motosikal
[Copy link]
|
|
|
Edited by Abahmung at 25-3-2026 04:29 PM
[threads]@rusdibinjusoh/post/DWC0RUiDvrJ?xmt=AQF0Jb27JA5NMCRdlnIEmQkS6YLWNu7Qml81irNRFEHfGAk[/threads]
Nurul Fatihah Sulaini
[email protected]
Disiarkan pada: Mac 8, 2026 @ 10:16pm
ALLAHYARHAM Ahmad Azreeq Zafreen. FOTO Tular
Besut : Misteri kehilangan Ahmad Azreeq Zafreen Ahmad Azhar, 19, atau dikenali sebagai Along dalam perjalanan ke Cameron Highlands terjawab apabila ditemukan maut dipercayai terbabas di Kampung Bukit Jeruk, di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung penemuan mayat mangsa oleh orang awam kira-kira jam 6.40 petang tadi.
Katanya, seorang penduduk yang kebetulan melalui kawasan berkenaan untuk mencari lembu peliharaannya terhidu bau kuat dari kawasan semak berhampiran.
"Apabila dia mendekati kawasan itu ternampak jasad lelaki bersama motosikal yang ditungganginya berada dalam semak berkenaan.
"Selepas menerima laporan itu, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian dan mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki.
"Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk proses bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Terdahulu media melaporkan, hasrat tujuh beranak untuk bercuti di Cameron Highlands, Pahang, terbantut apabila seorang ahli keluarga itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pusat peranginan berkenaan.
Mereka bergerak dengan menaiki dua kenderaan, enam beranak menaiki kereta Proton Persona manakala Ahmad Azreeq Zafreen yang juga anak sulung daripada lima beradik itu menunggang motosikal jenis Yamaha R15.
Mohd Rozaime berkata hasil pemeriksaan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak di Benting Lintang berjaya mengesan kelibat seorang individu dipercayai remaja yang hilang itu, sekitar jam 1.38 pagi Jumaat lalu.
Mangsa gagal ditemui sejak kali terakhir dikesan berada di stesen minyak berkenaan sehingga akhirnya ditemukan orang awam petang tadi.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnaillahirojiun
Kesiannya... Family yg berkereta tu takkan biar dia jln sorg2. Patut follow rapat dah gerak sama2. Eh ke diarg dr arah yg berbeza |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainna ilaihirojiun..
Walau apa alasan, itu ini, begitu begini, kenapa mengapa..takdir dah tertulis, begitu pengakhirannya..semoga Allah SWT mengampuni dosa2 mu dik dan merahmati mu... semoga keluarganya dpt menerima takdir dgn sabar dan redha.. Amin |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
arwah pak long i dulu meninggal accident juga...mula2 paklong i hilang beberapa hari lepas tu tao2 polis datang rumah bagitao da jumpa mayat, pengsen nenk i dgr masa tu..tiba sampai tengok rupanya bukan paklong i...lega semula..lepas tu xsampai seminggu polis dtg lagi sekali bagitao da jumpa mayat accident jatuh gaung..yg tu betul2 paklong i...sedih rasa bila dgr cerita even iols xlahir lagi masatu... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 10-3-2026 12:05 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
area ni takde lampu jalan la kan?
berani betul naik motor gi jalan jauh rentas negeri tgh mlm gelap2 penglihatan terhad.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
biasala jln kg..takde lampu jln
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
A-Are replied at 10-3-2026 09:46 AM
arwah pak long i dulu meninggal accident juga...mula2 paklong i hilang beberapa hari lepas tu tao2 p ...
Ya Allah sayunya dengar. Kesian nenek uols. 2x pulak tu polis datang rumah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
yer zaman dulu kan xda handphone...memang tu la salah 1 cara dorang nak inform kena dtg rumah..nenek iols ada maslaah jantung dr muda, bila dgr memang pengsan la
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|