|
View: 4030|Reply: 26
|
Janda rebah pitam dalam mahkamah selepas mengaku songlap RM677,629.50, bakal dipenjara denda dan sebatan jika sabit kesalahan
[Copy link]
|
|
|
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun serta sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M Darrshini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Semasa prosiding, Darrshini menawarkan wang jaminan berjumlah RM30,000 bagi setiap pertuduhan dan tertuduh juga diminta melapor diri di balai polis setiap awal bulan sehingga kes selesai.
Tertuduh kemudiannya merayu wang jaminannya dikurangkan memandangkan dia adalah ibu tunggal yang perlu menyara dua anak berusia 17 dan 18 tahun yang masih bersekolah.
Dia turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa dirinya berdepan masalah kemurungan dan perlu mengambil ubat untuk merawat penyakitnya selain telah memberi kerjasama baik kepada pihak polis sepanjang siasatan kes itu.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 14 April depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman dan mendengar fakta kes.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen 1, tertuduh dilihat rebah hingga terpaksa dipapah dua pegawai polis wanita selepas mengaku bersalah atas satu lagi pertuduhan melakukan pecah amanah di hadapan Hakim Juraidah Abbas.
Mengikut pertuduhan, tertuduh mengaku melakukan pecah amanah wang berjumlah RM219,885 di lokasi dan syarikat sama pada 13 Januari 2020 hingga 5 April 2020.
Timbalan Pendakwa Raya, Anuarul Hakim Abdul Muen menawarkan wang jaminan berjumlah RM10,000 dengan seorang penjamin serta tertuduh tidak dibenarkan menganggu saksi pendakwaan.
Dalam mitigasi rayuan tertuduh memaklumkan dia sedang berbincang dengan pihak syarikat untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah dan berhasrat memulangkan semula semua wang diambilnya itu.
"Saya sedang berusaha cari duit untuk bayar balik duit itu. Saya tak lari daripada kesilapan yang sudah saya lakukan ini. Saya sangat menyesal dan insaf. Saya mohon berikan saya masa dan peluang untuk menyelesaikan kes ini," katanya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 22 April sebagai tarikh serahan dokumen dan lantikan peguam.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Perempuan boleh kena sebat ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tertuduh kemudiannya merayu wang jaminannya dikurangkan memandangkan dia adalah ibu tunggal yang perlu menyara dua anak berusia 17 dan 18 tahun yang masih bersekolah.
Dia turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa dirinya berdepan masalah kemurungan dan perlu mengambil ubat untuk merawat penyakitnya selain telah memberi kerjasama baik kepada pihak polis sepanjang siasatan kes itu.
Macam-macam masalah keluor bila kena tangkap. Podah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa songlap tu, sihat pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Editor CARI tertinggal nak copy paste perenggan pertama..
Aku tolong paste..
Tajuk berita Harian Metro mmg clickbait. Tajuk tulis janda tapi apa kaitan status janda dengan kesalahan dia.
Georgetown: Seorang pembantu kewangan sebuah syarikat swasta mengaku bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini, tadi, atas empat pertuduhan pecah amanah membabitkan jumlah kerugian wang sebanyak RM677,629.50 sejak kira-kira lapan tahun lalu.
Tertuduh, Lee Lay Peng, 47, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.
Berdasarkan tiga pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen 2, tertuduh yang bertugas sebagai pembantu kewangan didapati melakukan pecah amanah ke atas harta syarikat berjumlah RM457,744.50.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Syarikat Bold Integrated Service Sdn Bhd, Metro Avenue Lintang Hajjah Rehmah Jelutong yang terletak dalam Daerah Timur Laut pada 16 Jun 2017 hingga 27 Disember 2019.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 11-3-2026 08:36 PM
Editor CARI tertinggal nak copy paste perenggan pertama..
Aku tolong paste..
Adududuuu copy and paste pun fail ye. Thank you siss. Apa lah yang dia buat dengan duit tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sokabar kata ibu tunggal.
Tuan tanah dengan jayanya menulis janda. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 11-3-2026 09:16 PM
Tertuduh dibawa ke Kompleks Mahkamah George Town pada Rabu.
Sedap sebat punggung pakai ketat ketat camni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pesalah pompoan dikecualikan dari hukuman sebat.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tgk Badan dia tak caya umur 47 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak dah besar, terdesak nak kaya kot. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 11-3-2026 08:36 PM
Editor CARI tertinggal nak copy paste perenggan pertama..
Aku tolong paste..
Patut la dua kali aku baca artikel tak jumpa2 nama tertuduh
Buat keje xabis rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak kena tangkap sure sihat walafiat... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by midori888 at 12-3-2026 08:46 AM
apsal lah susah2 songlap duit, kan dah kena tangkap..lenkali cari lah boifren expat, penang sure byk expat mcm KL...lepak2 kat bar, pakai sexy2 skit...confirm they will run to you...deme biasa tak kisah kawen janda/single mom...
Tapi pastikan expat ada kerjaya professional lah, bukan expat sengkek...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
for that age kira cantik...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
asst finance ke? pecah amanah lagu mana? bank in duit company masuk acc sendiri ke mcm mana? |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|