Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69756   





Washington: Dua kru di atas USS Gerald R Ford, kapal pengangkut pesawat terbesar di dunia yang kini dikerahkan untuk perang menentang Iran, cedera pada Khamis dalam kebakaran di bilik dobi, kata Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).

Menurut kenyataan Markas Pemerintahan Pusat Angkatan Tentera Laut AS, dua kelasi kini sedang menerima rawatan perubatan bagi kecederaan yang tidak mengancam nyawa dan berada dalam keadaan stabil.

Tentera Laut berkata, kebakaran itu yang berpunca di dobi utama kapal tidak berkaitan pertempuran dan sudah berjaya dikawal.

Tentera Laut berkata, kapal USS Gerald R Ford kini berada di Laut Merah sebagai sebahagian daripada Operasi Epic Fury.

Difahamkan, operasi Epic Fury adalah nama yang diberikan kepada serangan pengeboman besar-besaran AS terhadap Iran yang dilancarkan Presiden, Donald Trump pada 28 Februari lalu.

Menurut kenyataan itu, tiada kerosakan pada loji pendorong kapal dan kapal pengangkut pesawat itu kekal beroperasi sepenuhnya.

Insiden dobi itu bukan kejadian pertama dilaporkan membabitkan kapal gergasi berkuasa nuklear berkenaan yang diarahkan ke Timur Tengah sejurus selepas misi berbulan-bulan di Caribbean.

Misi itu memuncak dengan operasi Januari oleh pasukan AS untuk menahan pemimpin Venezuela, Nicolas Maduro.

Menurut laporan media AS, tandas di kapal induk itu turut sering mengalami kerosakan dan tersumbat akibat salah guna oleh kelasi.



Sumber :– KOSMO! ONLINE
1623 Views
3 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


B40tastePosh Lv.13 2#

Challenger | Credits 17748   
Salahguna oleh Kelasi.. so Kelasi tu pengganas jamban kah?

Decaffeinated Lv.18 3#

Master | Credits 64852   
bilik dobi terbakar boleh jadi sebab dryer punya filter takde siapa kisah. penting kerap dibersihkan 'lint' yang terkumpul. combined dengan dry air and heat, it's a fire hazard.

kemaruk Lv.16 4#

Conqueror | Credits 41540   
Doa iran sudah termakbul

All contents are displayed