Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

ultra78 Lv.19

Fav
Emperor | Credits 84339   
Tiket bas masih ada, ke Kelantan hampir habis dijual
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid - Mac 13, 2026 @ 2:36pm

Permintaan tiket bas dijangka meningkat mulai minggu depan apabila lebih ramai perantau mula merancang perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri.

KUALA LUMPUR: Tiket perjalanan bagi perkhidmatan bas ekspres ke destinasi utama di seluruh negara sebelum Aidilfitri masih boleh didapati di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Tinjauan mendapati, kebanyakan tiket perjalanan ke destinasi utama di seluruh negara seperti timur, utara dan selatan masih boleh didapati bagi mereka yang mahu pulang beraya.

Namun, beberapa kawasan di pantai timur seperti Kelantan, jumlah tiket yang ada hampir habis dijual dan waktu untuk bertolak dari TBS juga tidak mempunyai pilihan.

Antara destinasinya ialah seperti ke Kota Bharu, Machang dan Pasir Mas, Kelantan di mana tiket yang ada hanyalah pada jam 10 dan 11 malam pada 17 Mac, manakala bagi tarikh 18 dan 19 Mac sudah habis dijual.

Selain itu, tiket bas untuk ke Pasir Puteh, Kelantan juga semuanya sudah habis dijual bagi 17 hingga 19 Mac.

Tiket untuk ke kawasan pantai timur lain seperti Terengganu dan Pahang bagi tarikh perjalanan 17 hingga 19 Mac masih lagi boleh didapati.

Bagi laluan ke utara pula, tiket ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang juga masih banyak tersedia, selain beberapa destinasi mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai.

Selain itu, bagi tiket bas laluan ke selatan tanah air, kebanyakan destinasi masih boleh dibeli.

Bagaimanapun, permintaan tiket bas dijangka meningkat mulai minggu depan apabila lebih ramai perantau mula merancang perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri.

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Rate
There are 1 People reward the building owner
1556 Views
6 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


Samerosie Lv.14 2#

Fighter | Credits 21043   
Tak lama lagi boleh nek ecrl... Tp tulah, rega ticket lak x marhein kalau balik kelamtam so mungkin bukan semua org akan guna.

edayildiz Lv.14 3#

Fighter | Credits 27904   
ecrl la thn dpn

kemaruk Lv.16 4#

Conqueror | Credits 41495   
Terima kasih najib
Follow Us

Kitty_catz Lv.14 5#

Fighter | Credits 24631   
oram klamtam kaya2 kome

depa naik katebang jeww... epot pun udah naik tarap internsionallll tauuu, apa barang naik bas

demo tak kenal barey bohhhh

cumanya nak kaya mmg kena merempat negeri luar.. aaaa camtu

midori888 Lv.15 6#

Gladiator | Credits 32389   
Quote: Kitty_catz replied at 16-3-2026 11:36 AM
oram klamtam kaya2 kome

depa naik katebang jeww... epot pun udah naik tarap internsionallll tauuu,  ...

betul tu, depa naik katebang jer skrg...

renko Lv.13 7#

Challenger | Credits 19158   
bukan puak ni kata raya aidilfitri dorang tak meriah ke

All contents are displayed