Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

ultra78 Lv.19

Fav
Emperor | Credits 84372   
Warga kementerian disaran tanam sayur sendiri di rumah
Jumaat, 13 Mac 2026 2:40 PM

Mat Sabu berkata ia adalah langkah berjaga-jaga susulan ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah.

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengarahkan kakitangan kementerian yang tinggal di kediaman atas tanah (landed) untuk mula menanam sayur-sayuran sendiri sebagai langkah proaktif menghadapi kemungkinan gangguan bekalan makanan global.

Menurutnya, inisiatif ini merupakan kebangkitan moden kepada kempen 'buku hijau' yang diperkenalkan semasa era bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.

“Sebagai langkah awal untuk melibatkan semua orang, saya akan mengarahkan pegawai kementerian yang tinggal di rumah atas tanah, yang bukan pangsapuri atau flat, untuk mula menanam tanaman cepat dituai seperti cili, terung dan daun kucai,” katanya.

Mohamad berkata demikian ketika bersama jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil, dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, dalam sidang media khas di Kementerian Komunikasi pada Jumaat.

Tambahnya, inisiatif ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga susulan ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah.

“Kita tidak tahu bila krisis antara Israel, Amerika Syarikat dan Iran akan berakhir. Sudah dua minggu berlalu dan masih tiada tanda ia akan berhenti.

“Kita berharap ia dapat diselesaikan dengan cepat supaya tiada perkara tidak diingini berlaku, terutamanya berkaitan kecukupan makanan,” katanya.

Ketegangan di Timur Tengah meningkat sejak 28 Februari susulan serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran.

Setakat pagi 13 Mac, harga minyak mentah Brent meningkat kepada US$100 setong selepas sebelum ini turun kepada US$91 setong pada hari Rabu. - The Star





Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Rate
There are 1 People reward the building owner
1901 Views
10 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


Firenzza Lv.13 2#

Challenger | Credits 17592   
Mat sabun mabuk ketum......pokok dayur ni perlu siraman kurang2 2x sehari dgn cuaca panas lit2 skg bila masa org2 gomen ni balik rumah siram pokok, karang bil air melambung Muslim kemarau disuruhnya gali kolam depan rumah plk nti....mat sabun muntri plg xde function dlm gomen buat perabih boreh ado la

Tinot7 Lv.22 3#

Moderator | Credits 141391   
Iols excited nak balik kg tanam mcm2.. hehe.. tapi nnt bknnya iols dpt tuai pun.. kuarga iols la dpt hasilnya..

slavehunter Lv.13 4#

Challenger | Credits 18805   
Preppers la yang untung. Mana yang dah prep Dari zaman kobid, ada own land own poultry sendiri. Aku malas nak prep makanan, aku prep Iman dan kematian jer now, pertingkatkan amalan dan ibadah moga Husnul khatimah aminnn.
Follow Us

Suchi Lv.18 5#

Master | Credits 69764   
Bila dah sampai menteri umumkan itu ini walau dalam nada suruh kita tenang, raya cam biasa bagai sebenarnya ini sesuatu yg serius
Tp sbb kita ni masih ada byk subsidi sana sini rakyat masih rasa hidup cam biasa padahal negara tetangga dah start menggelabah.

Menteri mmg akan suh kita bertenang sbb nk elakkan pembelian panik.

Farnor Lv.12 6#

Defender | Credits 13633   
Guwe dah prepared yg beras dulu.. Tanam sendiri lg belum pndai.

ninja boy Lv.16 7#

Conqueror | Credits 46464   
Edited by ninja boy at 13-3-2026 11:35 PM

Org gomen sudah tentu ada gaji bulan2 xde effect apa pun, yg effect org kerja swasta peniaga pertani nelayan logistic yg pakai minyak, negara lain yg bergantung 80% makanan dari luar dan xde minyak sendiri mmg effect awal
Desalination plant pun dibom abis berjuta tiada air lagi musim panas bulan 67

ADVERTISEMENT


sharlenetexas Lv.19 8#

Emperor | Credits 95547   
Mat sabu lah start dulu. Tanam sayur kat bangunan kementerian pertanian. Pejabat pertanian negeri mmg dah ada tempat mereka buat praktikal bercucuk tanam. Cuma pejabat pertanian daerah tu laman nmpk kering garing. Tanam sayur banyak2 kat situ.

Skuau Lv.15 9#

Gladiator | Credits 34642   
MUNGKIN Abe Mat TERINSPIRASI drp apa yg berlaku sekarang.'Memana jer boleh pacak'.

axl_bach Lv.17 10#

Superior | Credits 57998   
Quote: Firenzza replied at 13-3-2026 08:35 PM
Mat sabun mabuk ketum......pokok dayur ni perlu siraman kurang2 2x sehari dgn cuaca panas lit2 skg b ...

Xder function? Musim perayaan under dia ada isu bekalan ayam/telur/bawang etc terputus ke???.....

Dia ckp tu dlm konteks kegawatan akibat perang US-Iran yg mungkin effect rantaian sedunia....

Dan fair lah dua suruh org2 kementerian yg tanam sbb directly under him.... Kamg dia suruh secara umum lagi pakat2 hencap dia

kemaruk Lv.16 11#

Conqueror | Credits 41540   
Sumber inspirasi.. Kalau mat sabu boleh jadi menteri, sape2 pon boleh

All contents are displayed

Last Replies
More Isu Semasa

Use your browser's share button
to share with your friends

Click me to copy the link