Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

ultra78 Lv.19

Fav
Emperor | Credits 84339   
WFH wajar kekal prerogatif majikan, tak sesuai dilaksana secara menyeluruh - MEF
BERNAMA - Mac 13, 2026 @ 4:05pm

Keputusan melaksanakan WFH wajar kekal sebagai prerogatif majikan berdasarkan keperluan operasi, tahap digitalisasi syarikat dan sifat pekerjaan. - Foto fail NSTP

PUTRAJAYA: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) berpendapat cadangan memperluaskan amalan bekerja dari rumah (WFH) tidak wajar dilaksanakan secara menyeluruh kerana kesesuaiannya berbeza mengikut sektor industri.

Presidennya, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman, berkata kebanyakan industri seperti pembuatan, perkilangan, logistik, peruncitan dan perkhidmatan fizikal memerlukan kehadiran pekerja di tempat kerja dan tidak boleh beroperasi sepenuhnya secara jarak jauh.

Beliau berkata, keputusan melaksanakan WFH wajar kekal sebagai prerogatif majikan berdasarkan keperluan operasi, tahap digitalisasi syarikat dan sifat pekerjaan.

"Pendekatan one-size-fits-all berpotensi menjejaskan kelancaran operasi perniagaan dan daya saing syarikat, terutamanya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang mempunyai kapasiti teknologi dan sumber terhad," katanya.

Beliau mengulas cadangan beberapa pihak supaya pengaturan WFH diperluaskan bagi menghadapi ketidaktentuan global, selain mengurangkan pergerakan harian rakyat, sekali gus menjimatkan penggunaan petrol serta mengurangkan tekanan terhadap subsidi bahan api, khususnya RON95.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI pada sidang media pasca Mesyuarat Kabinet Khas mengenai impak konflik di Asia Barat hari ini, berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz akan meneliti cadangan WFH bagi sektor awam.

Sementara itu, Syed Hussain berkata, sekiranya cadangan WFH dikaitkan dengan kemungkinan gangguan bekalan tenaga atau peningkatan kos akibat konflik geopolitik di Asia Barat, langkah itu bukan penyelesaian utama kepada isu berkenaan.

Kesan konflik geopolitik, katanya, lazimnya memberi kesan kepada rantaian bekalan global serta meningkatkan kos bahan api dan pengeluaran, yang tidak semestinya dapat ditangani melalui pengaturan kerja dari rumah.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan sekiranya kerajaan mahu menggalakkan WFH, pendekatan yang diambil perlu berbentuk garis panduan fleksibel dan bukannya mandatori.

"Garis panduan itu perlu mengambil kira aspek seperti pengukuran produktiviti, keselamatan data, waktu kerja serta tanggungjawab majikan dan pekerja agar pelaksanaan WFH tidak menimbulkan ketidakpastian perundangan atau isu pengurusan prestasi," katanya.

MEF turut berpandangan sebarang cadangan dasar berkaitan peluasan WFH perlu dibincangkan melalui mekanisme dialog tiga pihak antara kerajaan, majikan dan pekerja atau kesatuan bagi memastikan dasar diperkenalkan praktikal, realistik dan tidak menambah beban kos atau pentadbiran kepada perniagaan.

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
1350 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch