Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 210975   





Kuala Lumpur: Menggalakkan rakyat menanam sayur melalui program Kebuniti dan Kebun Dapur Isirumah tidak bermakna kerajaan tiada strategi dalam menangani isu keterjaminan makanan negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata sebaliknya, inisiatif itu sebahagian daripada pendekatan berlapis yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memperkukuh daya tahan bekalan makanan negara dalam menghadapi ketidaktentuan global.

Mengambil contoh Singapura dan Jepun, Mohamad berkata kedua-dua negara ini tetap mementingkan pertanian bandar dan menggalakkan tanaman sendiri sebagai langkah lapisan keselamatan kepada pengeluaran domestik, walaupun berdepan kekangan tanah dan memiliki dasar makanan yang kukuh.

"Adakah mereka tidak faham dasar makanan? Atau mereka amat faham bahawa budaya berdikari adalah sebahagian daripada strategi nasional? Kalau ada yang melihat usaha kecil rakyat dan pegawai KPKM sebagai tidak signifikan, itu hak masing-masing," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan seorang Ahli Parlimen yang berpandangan bahawa cadangan menanam sayur sendiri tidak akan menyelesaikan isu keterjaminan makanan kerana berskala kecil dan tidak memberikan kesan signifikan kepada bekalan makanan negara.

Mohamad berkata, cadangan itu tidak wajar diperlekehkan kerana ia dilaksanakan seiring dengan pelbagai langkah dasar yang sedang diambil oleh KPKM bagi menangani potensi gangguan rantaian bekalan global susulan konflik geopolitik di Asia Barat.

Kenaikan harga bahan api akibat konflik itu berpotensi memberikan kesan langsung kepada nelayan kategori vesel C2 dan C3 yang tidak menerima subsidi diesel, selain meningkatkan kos logistik agromakanan yang boleh menekan harga runcit.

Selain itu, harga urea global yang meningkat berpotensi menambah kos input pertanian, manakala bekalan jagung bijian dan kacang soya untuk makanan ternakan pula masih bergantung kepada sumber luar.

"Inilah realiti sebenar keterjaminan makanan. Ia berkait dengan geopolitik, tenaga, input pertanian, kos logistik dan perdagangan antarabangsa. Sebab itu KPKM dah bertindak," katanya.

Beliau berkata antara langkah awal yang telah dilaksanakan kementerian ialah meningkatkan stok penimbal beras melalui Padiberas Nasional Berhad (Bernas) daripada 200,000 tan metrik kepada 300,000 tan metrik, serta mengadakan libat urus dengan Petronas bagi memastikan bekalan urea mencukupi pada harga terkawal.

Pada masa sama, kementerian turut memperkukuh Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Taman Kekal Pengeluaran Ruminan (TKPR), Zon Industri Akuakultur (ZIA), Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) serta program Pertubuhan Peladang bagi meningkatkan pengeluaran domestik.

Dalam jangka panjang, beliau berkata kementerian merangka sembilan hala tuju strategik termasuk pengeluaran jagung bijian tempatan, pengukuhan industri ruminan, pembangunan baka Ayam Saga, peningkatan produktiviti padi serta pengukuhan industri akuakultur.

"Saya memberikan jaminan bahawa KPKM akan terus bekerja, memantau geopolitik, menstabilkan bekalan, mengurangkan kebergantungan import dan memperkukuh pengeluaran domestik," katanya.

Sumber : Harian Metro
1650 Views
12 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


sharlenetexas Lv.19 2#

Emperor | Credits 95557   
Tanam kat laman pejabat kerajaan. Ni pokok hiasan kering garing tinggal pasu dan tanah.


AWEKSAMURAI Lv.14 3#

Fighter | Credits 21498   
Aku nk g teroka tanah kerajaan.. benda pertama aku nk buat ikat kain hijau kat pokok tands nak buat masjid kat situ .. ikat dlu bincang kemudian

kemaruk Lv.16 4#

Conqueror | Credits 41562   
Lucu orang nya
Follow Us

Kitty_catz Lv.14 5#

Fighter | Credits 24681   
umah landed boleh lah syorkan tanam ubi kayu ka keledek keladi ka

umah pprt acano? so ummah bipoti still kena membeli

ninja boy Lv.16 6#

Conqueror | Credits 46488   
Tanah landed ni gangguan byk kumbang babi ayam kais kucing berak semut siput ulat melainkan tanam ubi betik tanaman yg lasak
Kalau rumah bertingkat balconi hanya pokok bawang, tapi kalau di singapore dan negara lain ada top roof dibenarkan berkebun atas sana, tanaman di rumah bertingkat xde semut kumbang ulat tanaman cantik

farlis Lv.14 7#

Fighter | Credits 29253   
iols nk sodok tanah lot yg ada tu nk tanam pokok2 sayur cili etc.. plan nk buat rumah, tp bila anak2 dh besar, malas pulak nk buat rumah lain. best dah duduk rumah skrg.kunun2 stdby tanah utk anak2 buat rumah, bila tgk rege rumah skrg x masuk akal

ADVERTISEMENT


kucingitam Lv.14 8#

Fighter | Credits 26534   
Quote: Kitty_catz replied at 17-3-2026 08:45 AM
umah landed boleh lah syorkan tanam ubi kayu ka keledek keladi ka

umah pprt acano? so ummah bipoti  ...

takyah la tanam ubi keledk, tanam la sayur..

kucingitam Lv.14 9#

Fighter | Credits 26534   
Quote: ninja boy replied at 17-3-2026 09:05 AM
Tanah landed ni gangguan byk kumbang babi ayam kais kucing berak semut siput ulat melainkan tanam ub ...

aku suka tgk ig mayvo_lifestyle. banyak pokok2 dia tanam kat balcony dia, walau nampak semak serabut.

FOTHER-MUCKER Lv.20 10#

Legenderer | Credits 141218   
Kau orang pergilah bercucuk tanam di tanah kerajaan ada banyak kosong di tepi tepi banggunan kerajaan tu. Silap silap kau orang boleh dapat juta juta rm  apabila kerajaan Suruh pindah

Zack8hunter Lv.10 11#

Survivor | Credits 6985   
rasanya lama dah abe mat ni pegang KPKM ni..dok pung pang psl food security dari dulu tapi habuk pun tak nmpk sampai skrg.. strategi jangka pjg hape nye.. isu psl jagung ni jadi dedak ayam tu dah lama kot.. industri ruminan pun mcm xde beza je dr dulu

Decaffeinated Lv.18 12#

Master | Credits 64881   
Nak bercucuk tanam kat bandar ni tengok cina pantang nampak tanah kosong. Belum suruh pun dah lama buat.

blue_blur Lv.11 13#

Highlander | Credits 8450   
nak sembang macam ni baik tak payah title menteri tu....

All contents are displayed