Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

FOTHER-MUCKER Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 141210   
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-3-2026 02:23 PM





Sarawak Teruskan Rumah Terbuka Aidilfitri, Tidak Ikut Arahan Pembatalan Kerajaan Persekutuan.13/03/2026






KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak akan mengikut arahan kerajaan Persekutuan untuk membatalkan penganjuran majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri tahun ini, namun sambutan itu akan diadakan secara lebih sederhana.

Memetik laporan The Borneo Post, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya terpakai kepada kementerian, jabatan serta agensi di peringkat Persekutuan.

Beliau berkata, arahan tersebut tidak semestinya terpakai kepada kerajaan negeri.
“Arahan PMX ditujukan kepada kementerian, jabatan dan agensi Persekutuan. Secara peribadi, saya tidak melihat ia terpakai kepada Sarawak,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Abdul Karim berkata, walaupun Sarawak akan meneruskan sambutan Hari Raya Aidilfitri, kerajaan negeri akan memastikan penganjuran majlis berkenaan dilaksanakan dalam skala yang lebih sederhana.

“Sarawak tidak akan mengikut arahan Persekutuan. Kita masih akan menyambut Hari Raya tetapi pada skala yang lebih sederhana,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata majlis rumah terbuka Aidilfitri merupakan acara penting bagi umat Islam meraikan berakhirnya bulan Ramadan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan sambutan tersebut perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab tanpa perbelanjaan berlebihan.
“Sudah tentu ketika menyambut Hari Raya pada 1 Syawal, kita perlu sentiasa ingat agar tidak berbelanja secara berlebihan,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Karim berkata musim perayaan juga memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengetepikan perbezaan dan mengeratkan hubungan silaturahim.

“Kita tidak boleh mengetepikan terus sambutan Hari Raya kerana situasi global semasa. Hari Raya adalah masa untuk semua rakyat Malaysia mengetepikan perselisihan dan bersatu serta mengeratkan silaturahim,” katanya.

Sementara itu, kerajaan Persekutuan pada Rabu memutuskan semua kementerian, agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak akan menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri tahun ini sebagai langkah menggalakkan perbelanjaan lebih berhemat susulan ketidaktentuan ekonomi global.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet sebelum ini bagi memberi isyarat mengenai keperluan disiplin fiskal yang lebih ketat dalam sektor awam.

Beliau berkata langkah tersebut diambil sebagai langkah berjaga-jaga walaupun bekalan barangan keperluan seperti minyak dan gas di Malaysia masih stabil ketika ini.




Rate
There are 1 People reward the building owner
1866 Views
13 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


B40tastePosh Lv.13 2#

Challenger | Credits 17759   
Nampak sangat tak hormati rakyat Gaza dan Iran.

Penyokong Israel kot

B40tastePosh Lv.13 3#

Challenger | Credits 17759   
Edited by B40tastePosh at 18-3-2026 10:09 AM

Beliau yang juga Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata majlis rumah terbuka Aidilfitri merupakan acara penting bagi umat Islam meraikan berakhirnya bulan Ramadan.

Agama Islam Mazhab Sarawak. Supaya nampak Harmoni padahal nganok nganok antara suku. Antara acara penting yang ketua penerangan ini lupa adalah Acara Nganok Nganok

Decaffeinated Lv.18 4#

Master | Credits 64877   
Quote: B40tastePosh replied at 18-3-2026 09:02 AM
Nampak sangat tak hormati rakyat Gaza dan Iran.

Penyokong Israel kot

Tak hormat Iran ok lagi yang ini nampak sangat dorang who are yous kan saja perintah perdana menteri Malaya.
Follow Us

B40tastePosh Lv.13 5#

Challenger | Credits 17759   
Quote: Decaffeinated replied at 18-3-2026 09:13 AM
Tak hormat Iran ok lagi yang ini nampak sangat dorang who are yous kan saja perintah perdana mente ...

Sebab join Kerajaan Madani secara terpaksa, hantu hantu kat DUN Sarawak tu masih nak sembah UMNO dan BN.

kemaruk Lv.16 6#

Conqueror | Credits 41562   
Quote: Decaffeinated replied at 18-3-2026 09:13 AM
Tak hormat Iran ok lagi yang ini nampak sangat dorang who are yous kan saja perintah perdana mente ...

Bukan ke wajib sambut raya hari kemenangan dan tak boleh bersedih bagai

Tak perlu la acah2 berjimat.. bajet kerajaan pecah rekod rm400 bilion kot

renko Lv.13 7#

Challenger | Credits 19160   
macam tu je arahan bangnon kena tepis

ADVERTISEMENT


FOTHER-MUCKER Author 8#

Legenderer | Credits 141210   
Quote: renko replied at 17-3-2026 05:31 PM
macam tu je arahan bangnon kena tepis

Nuar brahim nak sebut KUIL HARAM pun tak berani! Jadi.... selayaknyalah kena tepis.

B40tastePosh Lv.13 9#

Challenger | Credits 17759   
Quote: kemaruk replied at 18-3-2026 09:18 AM
Bukan ke wajib sambut raya hari kemenangan dan tak boleh bersedih bagai

Tak perlu la acah2 berjim ...

Mungkin ko dah tak anut Islam Wassatiyah Najib Razak

vanilacup Lv.15 10#

Gladiator | Credits 33949   
Kalau Melaka sbb bunga2 utk kepentingan pilihanraya jadi Sarawak ni memang dah rancang lama kot maybe semua dah ditempah awal tak boleh batal...

B40tastePosh Lv.13 11#

Challenger | Credits 17759   
Quote: vanilacup replied at 18-3-2026 10:09 AM
Kalau Melaka sbb bunga2 utk kepentingan pilihanraya jadi Sarawak ni memang dah rancang lama kot mayb ...

Gula gula dari penyembah Islam Wassatiyah Najib Razak

renko Lv.13 12#

Challenger | Credits 19160   
Quote: FOTHER-MUCKER replied at 18-3-2026 10:02 AM
Nuar brahim nak sebut KUIL HARAM pun tak berani! Jadi.... selayaknyalah kena tepis.

selayaknya la kena whoryusss gitu je

kemaruk Lv.16 13#

Conqueror | Credits 41562   
Quote: B40tastePosh replied at 18-3-2026 10:08 AM
Mungkin ko dah tak anut Islam Wassatiyah Najib Razak

rosmah owner grab

manopBKK Lv.7 14#

Revolutioner | Credits 1077   
Quote: B40tastePosh replied at 18-3-2026 10:11 AM
Gula gula dari penyembah Islam Wassatiyah Najib Razak

Macai bapok tua yg gogoh menyembah Jibun

All contents are displayed