|
View: 19089|Reply: 108
|
[Tempatan]
Raya GenZ serba serbi tak kena, tolong jangan normalisasi
[Copy link]
|
|
|
Raya GenZ serba serbi tak kena, tolong jangan normalisasi
Oleh ELLIANA MD ILIAS
23 Mac 2026, 12:02 pm
Gambar hiasan. - Foto JANAAN AI
PETALING JAYA – Kritikan Gen Z yang mempersoalkan pelbagai peraturan pelik ketika Aidilfitri membuat orang ramai tidak puas hati terutamanya dalam kalangan Gen X.
Ramai tidak mahu perkara itu dinormalisasikan dalam kehidupan kita kerana ia boleh membuatkan suasana tidak harmoni.
Keadaan yang dianggap serba tidak kena oleh Gen Z itu termasuklah kunjungan tetamu dalam jumlah kenderaan yang banyak secara serentak, waktu ziarah seawal jam 10 pagi, sehinggalah kepada isu meminta air kosong di rumah orang.
Menerusi hantaran seorang pengguna di Threads, sikap tersebut dianggap tidak masuk akal dan menunjukkan kelemahan dalam kemahiran berkomunikasi.
“Segelintir Gen Z ni semua benda tentang raya kalau boleh tak nak dinormalisasikan, ada sahaja yang tidak kena,” katanya.
Dia turut berkata, tindakan itu seolah-olah mengharamkan segala bentuk soalan tradisi daripada orang tua seperti isu jodoh atau kerjaya sehingga suasana raya menjadi kaku dan hambar.
Tangkap layar hantaran pengguna di media sosial mengenai tingkah laku Gen Z semasa perayaan Aidilfitri.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa rimas dan menyifatkan segelintir Gen Z sebagai ‘kera sumbang’ kerana lebih gemar menghadap telefon bimbit berbanding melayan tetamu yang datang.
Seorang pengguna turut meluahkan rasa kesal dengan sikap tersebut yang dianggap melampau sehingga sanggup mengutuk tetamu di media sosial.
“Ada yang tak halalkan tetamu makan, seram perangai masing-masing. Makin lama makin pupus adat ziarah-menziarah ni,” luahnya.
Malah, perdebatan itu tidak hanya terhad kepada satu generasi apabila ada yang mendakwa golongan ‘Millennial’ juga mula berfikiran serupa.
“Bukan setakat Gen Z sahaja, aku Gen Y pun dah mula mempersoalkan banyak benda,” kata seorang pengguna lagi.
Isu berkenaan turut mendapat perhatian ramai yang menyifatkan anak muda sekarang terlalu cepat melatah sedangkan rumah yang diziarahi itu merupakan rumah ibu bapa mereka sendiri, bukannya kediaman peribadi mereka. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Gen Z..kuat berbelanja...biar papa asal bergaya..tambah2 pembelian boleh dibeli secara online.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Gen z mak bapak masih hidup lagi, ada masalah duit ka kereta ka apa ka masih ada mak bapak boleh tolong |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jari10 at 23-3-2026 01:39 PM
noor2 replied at 23-3-2026 01:27 PM
Gen Z..kuat berbelanja...biar papa asal bergaya..tambah2 pembelian boleh dibeli secara online..
Mekap 9 lapis..itu yg harus dinormalisasi bg mereka. Pastu tergedik2 buat konten. Itu barulah harus dinormalise bg mereka ..memanglah mereka merentan, tgh sibuk nak menggedik rakam konten, tetamu sudah serbu bertamu nak beraya hehe |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 23-3-2026 01:34 PM
Gen z mak bapak masih hidup lagi, ada masalah duit ka kereta ka apa ka masih ada mak bapak boleh tol ...
Mengade2.. Generasi goyang kaki.  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
5 kereta dtg serentak better la yg dtg satu-satu dek sampai malam kau kena bancuh air kalau gitu. Semua nak complain eloklah beli baju 500 lepas tu koyak. Adan uker. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by noor2 at 23-3-2026 02:49 PM
jari10 replied at 23-3-2026 01:37 PM
Mekap 9 lapis..itu yg harus dinormalisasi bg mereka. Pastu tergedik2 buat konten. Itu barulah haru ...
Betul sgt...mekap kalah artis...lepas mekap muka mereka mmg jadi lawa sgt..jd lain sikit muka..lebih lawa mcm.anak patung pandai gen Z mekap..kereta pulak x50, yaris...kemain..tp duit depa la |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ujung-ujung Buy Now Default Later |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ahhh 5 keta tuuu kacang.. Aku hadaaaap 10-15 keta sekali datang. Nangis je la tai layan jugak... Idok la kita komplen ngapa dtg reramai.. Helok la dtg sekali gus.... Penatnya sekali |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 24-3-2026 12:10 AM
Kitaorg setting time slot pagi tghr ptg
Naya kalau dtg serentak sbb 1 group set2 ustaz org masjid, 1 group set2 free hair urban, 1 group anak2 nakal dan buas, 1 group set2 kaya keta besar emas besar, 1 group x berapa kaya ada anak oku, 1 group jenis x reti nak balik suka santai2 melepak lama 4 jam so kasi slot ptg- mlm |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Have to agree. Semua nak complain. Mintak air kosong tak boleh, budak2 kecik menangis tak boleh sebab serabut (walhal tak sedar diri dulu dia kecik macam tu jugak), kemain mekap tebal kalau bersalam taknak langsung kena pipi dia ke, dahi dia ke. Kau kenapa dek? Panas sikit tak boleh. Makcik tanya sikit tak boleh. Belajar kat mana, kerja kat mana, semua tak boleh.
Generasi lembik. Seram tengok generasi macam ni. Semua vent dekat social media masing-masing. Yang menyokong pun spesis dia jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
annoying kalau kena salam dengan gen z..
nak tak nak je sambut salam kita..
siap salam tangan kita kena senget kan nak letak kat pipi dia or shawl kat pipi dia..
tu pun sipi2 je sentuh..
kau tak boleh sambut salam elok2 ke guna dahi? or lapik je tangan kau as cover before mulut kau tecium tangan orang tu?
jenis2 salam shawl pipi ni, bila nak balik, memang iolss tarik tangan cepat2 macam i pulak yang geli euww nak pegang tangan dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah mak bapak pun perangai bahlol nak salahkan generasi. Tengok dlm forum ni cukop....cuti raya pon kena tanya org.
Bengap tahap etis mengaku keterunan berok 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok aje aku rasa gen z cakap gitu. Yang ko pergi rumah orang sampai 5 kereta dah kenapa? Lepas tu pukul 10 pagi datang beraya? Orang pun tak sempat breakfast dik non. Kali ni aku team genzi  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
acik setuju ngan pendapat gen z yang datang beraya beramai-ramai sampai 7 - 10 buah kereta tu, kesian tuan rumahkan, acik yang tua ni pun, rimas dik kalau sekali datang ramai-ramai, bersesak-sesak...hehe..kesian menantu tuan rumah dik, basah-basah kain nak melayan tetamu yang ramai tu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by alesandra at 24-3-2026 08:10 AM
Selalunya yg beraya 5-6 kete sekali harung ni sedara rapat.usual suspect.dah biasa yg mmg tiap2 tahun muka tuuu yg dtg.dan mungkin itu jugak menandakan dlm rumah tu ada org tua yg dihormati utk diziarahi.embrace it jela genz bodoh oiii.once org tua tu dah takde mungkin org pun x hingin dtg dah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hanamunir replied at 24-3-2026 01:06 AM
annoying kalau kena salam dengan gen z..
nak tak nak je sambut salam kita..
siap salam tangan kita k ...
Ada yg stail salam cium tangan sendiri.pelik betul aku..what's the point nakk |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 24-3-2026 08:14 AM
Ada yg stail salam cium tangan sendiri.pelik betul aku..what's the point nakk
Salam letak tangan kat dahi lagi pelik.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ala korang yang datang sampai 10 kereta pun mesti bawak bebudak ramai nak duit raya kan? Mesti la bebudak genzi rengsa. Diorang lebih ada common sense dari acik2 yang sibuk tangkap gambar dalam rumah orang. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kau mekap siap rehearsal sebelum raya.
orang tua dekat rumah yg kau hambakan buat persiapan raya.
kemas rumah takdenye kau nak buat.
nak menghadap kuali besar masak rendang, jauh sekali.
cakap je kau pemalas, nak bergaya lebih tapi buta tanggungjawab.
cakap je kau pemalas tapi nak nampak relevant semua benda kau argue.
cakap je kau pemalas, pakai baju lawa, ootd, hujung2 melantak makan dekat rumah orang sedap2 jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|