CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19433|Reply: 141

[Tempatan] Ketidaktentuan harga minyak global boleh tekan kos sara hidup, persediaan menyeluruh diperlukan

[Copy link]
Post time 24-3-2026 05:52 PM | Show all posts |Read mode
Ketidaktentuan harga minyak global boleh tekan kos sara hidup, persediaan menyeluruh diperlukan
BERNAMA - Mac 24, 2026 @ 5:46pm


KUALA LUMPUR: Ketidaktentuan harga minyak global susulan konflik geopolitik berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup rakyat, sekali gus menuntut kesiapsiagaan menyeluruh oleh kerajaan serta tahap kesedaran lebih tinggi dalam kalangan pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Dr T Saravanan, berkata kerajaan perlu memastikan mekanisme pemantauan dan intervensi dilaksanakan dengan berkesan termasuk komunikasi yang telus, pemantauan rantaian bekalan dan langkah kawalan sekiranya perlu bagi mengelakkan manipulasi harga atau kekurangan bekalan.

"FOMCA menasihatkan pengguna supaya kekal tenang dan tidak terpengaruh dengan spekulasi atau berita tidak sahih, berbelanja secara berhemat dan mengutamakan keperluan berbanding kehendak serta mengelakkan pembelian panik yang boleh menjejaskan bekalan pasaran," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata krisis minyak dunia sememangnya boleh memberi kesan tidak langsung kepada pengguna di Malaysia terutamanya dari segi kenaikan kos pengangkutan, harga barangan dan tekanan terhadap kos sara hidup.

Walaupun Malaysia mempunyai beberapa mekanisme kawalan harga dan subsidi, Saravanan berkata sebarang ketidaktentuan global yang berpanjangan boleh memberi tekanan kepada kedudukan fiskal negara seterusnya memberi kesan kepada pengguna.

"Dari sudut kesedaran, pengguna di Malaysia secara amnya masih kurang peka terhadap bagaimana konflik geopolitik boleh memberi kesan terhadap kehidupan harian mereka. Dalam situasi semasa terutama dalam musim perayaan, terdapat risiko berlakunya pembelian panik sekiranya maklumat tidak disampaikan dengan jelas dan tepat.

"Sekiranya konflik (di Asia Barat) berlarutan, kesan langsung mungkin termasuk peningkatan harga bahan api, kos logistik dan akhirnya harga makanan serta barangan keperluan. Hal ini boleh memberi tekanan khusus kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana," katanya.

Sementara itu, Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Prof Tan Sri Noor Azlan Ghazali, berkata kenaikan harga minyak global dijangka memberi kesan meluas terhadap ekonomi dunia termasuk kos pengangkutan, kos pengeluaran, harga makanan, kadar inflasi serta dasar monetari.

Beliau berkata sebagai negara ekonomi terbuka yang mempunyai kebergantungan tinggi terhadap perkembangan global, Malaysia perlu membuat penilaian rapi dan bersedia menghadapi kemungkinan tekanan berterusan akibat ketidaktentuan pasaran tenaga.

Menurutnya walaupun Malaysia merupakan negara pengeluar minyak, kedudukannya bukan sebagai penentu harga di pasaran global sebaliknya lebih kepada penerima harga.

Beliau berkata rizab minyak negara dianggarkan sekitar 2.7 bilion tong yang dijangka bertahan kira-kira 12 tahun, jauh lebih kecil berbanding negara pengeluar utama seperti Arab Saudi.

Selain itu, katanya pengeluaran minyak Malaysia sekitar 570,000 tong sehari masih tidak mencukupi berbanding penggunaan domestik yang dianggarkan 747,000 tong sehari, menjadikan negara sebagai pengimport bersih minyak.

Sehubungan itu, beliau berpandangan kerajaan perlu meneliti semula kaedah penentuan harga minyak di pam serta meneruskan pelaksanaan subsidi yang lebih bersasar selaras dengan perkembangan harga minyak global.

Noor Azlan berkata semua pihak termasuk kerajaan, industri dan rakyat perlu bekerjasama dalam menghadapi cabaran ketidaktentuan geopolitik semasa tanpa menuding jari. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2026 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Raykat nak kena gelabah tetek ke tak ni?


Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2026 07:10 PM | Show all posts
Saiya tada risau la. Sumua supply chain ada kita kawan kirja. Gudang pun kita kawan kirja. Kidai runcit pun kita punya. Tada risau la....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2026 08:38 PM | Show all posts
Relaks la... sebelum ni KWSP umum 6 persen acik2 forum acah2 T20 tak mengharap, ringgit naik pun bising cakap better tunggu cecah 3.5 angka, emas naik korang masih tak bersyukur...mcm takde apa berlaku.

Hadap la... esok2 kompani tutup buang staff...korang mintak la kerja dgn Cari forem. Korang kan tak terkesan ...masing2 sembang taraf millionaire kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2026 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts


Dah kena buat persiapan ke?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2026 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Relax jangan panic. Kita ada Papa Non penyelamat negara kearah lebih baik.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2026 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat tengah sibuk beraya. Jangan nak serabutkan pemikiran rakyat boleh tak?? Taula kami nak maki kerajaan mintak subsidi, mintak bantuan, mintak keluar kwsp
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2026 10:05 PM | Show all posts
krisis ni akan berlarutan sampai 2028/ 29

sebelum 2026 : adalah masa sediakan payung sebelum hujan

la ni bole kata dah terlambat nak bersedia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2026 10:34 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 24-3-2026 08:44 PM
Dah kena buat persiapan ke?

Beraya dulu... berselfie dulu sesambil OOTD. Malaysia kan suka beraya sebulan.
Esok2 baru la bersefie dengan tong2 minyak depan rumah
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2026 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
manopBKK replied at 24-3-2026 02:34 PM
Beraya dulu... berselfie dulu sesambil OOTD. Malaysia kan suka beraya sebulan.
Esok2 baru la bers ...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2026 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
support iran kan?

Kenapa complain... Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2026 11:48 PM | Show all posts
Zionist akan melingkup

Global Monetary/ Currency Reset akan berlaku

kat U.S akan berlaku Civil War
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2026 11:54 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 24-3-2026 11:48 PM
Zionist akan melingkup

Global Monetary/ Currency Reset akan berlaku

Yakyakyay!

Teringat pulak kt sekor forummer fosil yg komplain passport Msia tak boleh masuk Yeastrael.
Tak teringin ke sekrang nk melawat tanah suci, duduk dlm lindungan Iron Dome dah jd besi karat tu?




Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2026 12:08 AM | Show all posts
Minami2013 replied at 24-3-2026 12:44 PM
Dah kena buat persiapan ke?

kena tnggalkan rumah. .. duduk la hutan ke mana ke . tapi bukan rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2026 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 24-3-2026 08:44 PM
Dah kena buat persiapan ke?

Yg gambar bawah tu apa sis
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2026 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
manopBKK replied at 24-3-2026 10:34 PM
Beraya dulu... berselfie dulu sesambil OOTD. Malaysia kan suka beraya sebulan.
Esok2 baru la bers ...

Nak tengok masih jem melekat tka selangor kl sabu ahad org pegi openhouse sepanjang syawal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2026 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
fattymah replied at 24-3-2026 06:18 PM
Yg gambar bawah tu apa sis

Dokumen penting, gambar kunci tu maybe berkaitan petrol kena isi tangki kereta, gambar resit i tak pasti berkaitan apa dan last sekali ORS utk rehydration salt.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2026 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 24-3-2026 04:08 PM
kena tnggalkan rumah. .. duduk la hutan ke mana ke . tapi bukan rumah.

Kenapa nk kena keluar rmh?  
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2026 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
rakyat masih watlek watpis ni ootd raye
lekaaa

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2026 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 24-3-2026 08:44 PM
Dah kena buat persiapan ke?

Nak wat bekalan utk baper bulan? Baper tahun?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2026 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.590737 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list