Sukan & e-sport
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1840869   
Iran tetap akan beraksi di Piala Dunia - Infantino

AFP - Mac 31, 2026 @ 10:56pm





Gianni Infantino hadir menyaksikan perlawanan persahabatan antara Iran dan Costa Rica di Antalya. Foto: AFP



ANTALYA: Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino menegaskan Iran akan tetap menyertai Piala Dunia dan beraksi dalam semua perlawanan kumpulan mereka di Amerika Syarikat (AS) seperti dijadualkan, walaupun sedang berdepan konflik di Timur Tengah.

"Iran akan berada di Piala Dunia.

Kami gembira kerana Iran adalah pasukan yang sangat kuat.

Saya bertemu pemain dan jurulatih mereka, semuanya baik-baik sahaja," kata Infantino kepada AFP pada separuh masa perlawanan persahabatan Iran menentang Costa Rica di sini, hari ini.

Iran dijadual memulakan saingan Kumpulan G menentang New Zealand di Los Angeles pada 15 Jun, diikuti Belgium di Los Angeles pada 21 Jun, dan Mesir di Seattle pada 27 Jun.

Penyertaan Iran sebelum ini diragui ekoran perang yang meletus antara AS dan Israel pada 28 Februari lalu.

Persatuan Bola Sepak Iran dilaporkan sedang berunding dengan FIFA untuk memindahkan perlawanan mereka ke Mexico, manakala Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum menyatakan kesediaan negaranya menjadi tuan rumah sekiranya diperlukan.

Infantino dalam pada itu turut menekankan bahawa perlawanan Iran akan berlangsung mengikut undian asal.

"FIFA berharap semua pasukan dapat bertanding dalam semangat sukan yang adil dan hormat-menghormati," katanya.

Piala Dunia dijadual berlangsung di AS, Mexico dan Kanada bermula 11 Jun ini.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/03/1527795/iran-tetap-akan-beraksi-di-piala-dunia-infantino





Rate
There are 1 People reward the building owner
707 Views
7 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


hayrin86 Lv.12 2#

Defender | Credits 14918   

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register

hayrin86 Lv.12 3#

Defender | Credits 14918   

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register

hayrin86 Lv.12 4#

Defender | Credits 14918   

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Follow Us

hayrin86 Lv.12 5#

Defender | Credits 14918   

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register

hayrin86 Lv.12 6#

Defender | Credits 14918   

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register

hayrin86 Lv.12 7#

Defender | Credits 14918   




Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register

ADVERTISEMENT


sfhzuraz Author 8#

Moderator | Credits 1840869   

hayrin bukalah thread khas untuk piala dunia.
nti sy bg kedit.

All contents are displayed