|
View: 8457|Reply: 2001
|
[Borneo]
RUMAH BORAK BORNEO~JOM PORET
[Copy link]
|
|
|
|
ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG KE RUMAH BOD BORNEO
Terima kasih kerana sudi singgah Rumah poret (ahli mesyuarat tingkap) Kita sembang-sembang santai Review drama, berita, bebel dan lain2
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Vellfire replied at 7-4-2026 10:09 AM
@tari @Tashu @seribulan @telracs @sfhzuraz @amiraira @yangsemb @nafizzz @TTun_Teja @Tinot7 @semangka ...
Okayy.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Perayaan Easter mengajak komuniti Kristian melihat melangkaui batasan kepercayaan, warna kulit: Danald
April 4, 2026, Sabtu - 1:18pm

KUCHING: Perayaan Easter mengajak komuniti Kristian untuk melihat melangkaui batasan kepercayaan dan warna kulit, kata Bishop Gereja Anglikan Sarawak dan Brunei Darussalam Datuk Danald Jute (gambar).
Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Gereja-Gereka Sarawak (ACS) berkata, kegembiraan Easter tidak seharusnya terbatas dalam dinding gereja atau ruang peribadi di rumah.
“Seorang penganut yang telah berubah ialah individu yang diutus ke dunia sebagai alat keamanan dan pendamaian.
“Komuniti kita terlalu kerap berpecah akibat perkara yang sepatutnya menjadikan kita indah, iaitu kepelbagaian kita,” katanya dalam perutusan sempena perayaan Easter.
Danald berkata, kepelbagaian tidak seharusnya menjadi tembok pemisah dalam komuniti atau alasan untuk permusuhan.
“Apabila kita menghayati mesej makam kosong, kita menyedari bahawa setiap insan membawa imej Ilahi, di mana setiap orang adalah berharga dan memiliki maruah.
“Sebagai umat meraikan Easter, semoga kita dikenali melalui perbuatan dan kata-kata penuh kebaikan. Marilah kita menghulurkan tangan persahabatan dan kebersamaan serta membina jambatan persefahaman, rasa hormat dan penerimaan,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa Easter dan kuasanya bukan sekadar kenangan sejarah, tetapi realiti masa kini bagi penganut Kristian yang percaya kepada Yesus.
“Percaya kepada Kristus yang bangkit bermakna percaya kepada kemungkinan permulaan baharu. Ia adalah jemputan untuk melangkah keluar daripada bayangan ketakutan menuju sinar iman yang mengubah hati,” katanya.
Pada perayaan Easter yang mulia ini katanya, penganut Kristian meraikan kemenangan muktamad kehidupan mengatasi kematian, cahaya mengatasi kegelapan dan harapan mengatasi keputusasaan.
Lebih bermakna, beliau berkata ACS amat terharu dengan ucapan Selamat Hari Good Friday dan Easter yang penuh mesra daripada Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi serta Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan pemimpin lain.
“Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dari lubuk hati kami.
“Semoga anda semua diberkati dengan sambutan Easter yang suci dan penuh makna, dipenuhi kuasa Kristus yang bangkit,” tambah Danald.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
KEMAS anjur program kesihatan, gaya hidup sihat untuk warganya
April 4, 2026, Sabtu - 1:37pm

Taufik (berdiri tengah) merakamkan kenangan bersama kakitangan yang menyertai Program Weight Off Challenge KEMAS Sarawak 2026 di Kuching pada Khamis.
KUCHING: Program Weight Off Challenge KEMAS Sarawak 2026 dengan tema 'Transform Yourself, Embrace Health' telah berlangsung dengan jayanya di Taman Perpaduan, Kuching pada Khamis lalu.
Program anjuran Biro Sukan Kelab Rekreasi, Kebudayaan dan Sukan Anggota Pejabat KEMAS Sarawak (KRISMA) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sarawak itu telah dirasmikan oleh Pengarah KEMAS Negeri Taufik Mohd Yusop.
Pelbagai pengisian menarik telah diadakan sepanjang program termasuk senaman aerobik, sesi timbang berat badan, demonstrasi penyediaan makanan sihat serta larian sejauh lima kilometer.
Dalam ucapannya, Taufik yang juga pencetus idea program itu menekankan kepentingan menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga KEMAS.
Menurut beliau, program sebegini mampu meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental, di samping membentuk amalan gaya hidup sihat yang berterusan dalam kalangan kakitangan, keluarga serta masyarakat secara keseluruhannya.

Antara kakitangan KEMAS yang menyertai Program Weight Off Challenge KEMAS Sarawak 2026 di Kuching pada Khamis.
“Sayangi diri anda kerana anda merupakan aset negara. Kita memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan, keharmonian dan kemajuan negara dapat dicapai melalui masyarakat yang sihat, berdaya tahan, bermotivasi tinggi serta berfikiran positif,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, kesedaran terhadap kepentingan kesihatan seringkali hanya timbul apabila seseorang telah jatuh sakit, sedangkan amalan gaya hidup sihat seharusnya dijadikan satu kewajipan dalam kehidupan seharian.
Justeru katanya, program itu dilihat sebagai platform untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan kakitangan, selaras dengan konsep 'Keseronoknya Bekerja' yang menjadi salah satu elemen penting dalam Tonggak 12 Perkhidmatan Awam.
Program Weight Off Challenge itu berlangsung bermula bulan ini hingga November 2026 dan dijangka melibatkan penyertaan hampir 2,070 anggota KEMAS dari seluruh Sarawak, sekali gus mewujudkan persaingan sihat dalam usaha meningkatkan tahap kesihatan masing-masing.
"Kesihatan merupakan aset paling penting dalam kehidupan dan menjadi asas kepada kesejahteraan serta kemakmuran sesebuah masyarakat.
"Tanpa kesihatan yang baik, pembangunan dalam pelbagai bidang akan terjejas.
"Seiring dengan perubahan gaya hidup masa kini, cabaran dalam penjagaan kesihatan semakin meningkat termasuk aspek pemakanan, gaya hidup serta kos rawatan yang semakin tinggi.
"Oleh itu, kesedaran dan disiplin dalam menjaga kesihatan perlu dipupuk secara berterusan," tegasnya.

Taufik (depan) ketika bersama para kakitangannya menyertai Program Weight Off Challenge KEMAS Sarawak 2026 di Kuching pada Khamis.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Suspek kes cubaan membunuh dan memiliki senjata berbahaya ditahan
April 4, 2026, Sabtu - 1:54pm
BINTULU: Pihak polis di bahagian ini bertindak menahan seorang lelaki yang merupakan suspek kes cubaan membunuh dan memiliki senjata berbahaya di tempat awam pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Nixon Joshua Ali dalam kenyataannya hari ini berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan telah didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 di Mahkamah Bintulu hari ini kerana cuba membunuh seorang mangsa di Bintulu dan memiliki senjata berbahaya iaitu pisau di tempat awam.
"Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, pesalah boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun," ujarnya.
Manakala katanya, jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, suspek boleh dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun beserta sebatan.
Nixon pada masa sama menyeru orang awam agar sentiasa menyalurkan maklumat ke Bilik Gerakan IPD Bintulu 086-318304 bagi memastikan jenayah dapat dibendung demi kesejahteraan semua pihak.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Manjeet dinobat sebagai antara 100 Wanita Inspirasi Malaysia
April 4, 2026, Sabtu - 1:58pm

Manjeet (kanan) menerima sijil, selempang dan trofi daripada Puteri Shahanaz (dua kanan) sambil disaksikan oleh Presiden Persatuan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana Wanita (IKSnita) Sabah Datuk Dayang Khatijah Datu Bachtiyal (dua kiri) dan Pro Canselor Universiti Kolej Lincoln Malaysia Datuk Bibi Florina Abdullah (kiri).
KUCHING: Manjeet Kaur Sidhu, seorang tokoh wanita istimewa yang mempunyai hati cekal, penuh empati dan komitmen tinggi terhadap isu kemanusiaan, dinobatkan sebagai antara 100 Wanita Inspirasi Malaysia, baru-baru ini.
Sebagai salah seorang tokoh yang tidak pernah jemu memperjuangkan nasib golongan rentan, sumbangan Manjeet memberi sinar harapan kepada ribuan kehidupan di seluruh Sarawak.
Beliau menerima sijil, selempang dan trofi pengiktirafan daripada tetamu kehormat, YM Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan pada majlis 100 Wanita Nasional Inspirasi 2026 di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, 28 Mac lalu.
Manjeet turut menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Premier Sarawak 2023 bagi kategori Aktivis Sosial, pengiktirafan antarabangsa menerusi Queenbook di Australia serta gelaran Wanita Harmony sempena Hari Wanita Antarabangsa.
Beliau turut tersenarai di dalam Top 50 Women of Excellence in Malaysia, sekali gus menjadi bukti peranannya sebagai pemimpin transformasi dalam sektor sosial.
Namun, di sebalik deretan anugerah berkenaan, terserlah usaha gigih beliau di lapangan yang menjadi nadi sebenar perjuangannya.
Sebagai pengasas Pertubuhan Pembangunan Insan Sarawak (PPIS), Manjeet bukan sekadar membina sebuah organisasi, malah mewujudkan talian hayat kepada komuniti yang sering terpinggir seperti golongan B40, ibu tunggal, mangsa penderaan serta belia berisiko.
Di bawah kepimpinannya, PPIS menjadi simbol harapan dengan pendekatan menyeluruh menggabungkan bantuan segera dan pemerkasaan jangka panjang.

Manjeet adalah antara yang dinobatkan pada 100 Wanita Inspirasi Malaysia pada majlis 100 Wanita National Inspirasi 2026 di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, 28 Mac lalu.
Program bakul makanan kepada keluarga yang memerlukan bukan sekadar bantuan tetapi lambang maruah.
Manakala, inisiatif luar bandar menumpukan pendidikan, kesedaran dan perubahan mampan.
Salah satu usaha paling signifikan beliau adalah penubuhan Dawn Hope Shelter Home, sebuah pusat perlindungan khusus untuk remaja hamil dan wanita muda yang terdedah.
Inisiatif berkenaan direalisasikan dengan sokongan Kementerian Kewangan serta Yayasan Sime Darby.
Dawn Hope bukan sekadar tempat perlindungan, tetapi juga ruang pemulihan dan peluang kedua.
Penghuninya mendapat akses kepada rawatan kesihatan, kaunseling, pendidikan serta latihan kemahiran bagi membina semula kehidupan dengan lebih berdikari.
Pada masa sama, Manjeet turut aktif membantu mangsa keganasan rumah tangga dan penderaan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, pekerja sosial dan pemimpin komuniti bagi memastikan perlindungan serta keadilan dapat dicapai.
Pendekatan beliau yang sering turun padang membezakan dirinya daripada yang lain.
Sama ada menangani kes krisis, menggerakkan bantuan atau menjalin kerjasama strategik, beliau kekal berada di barisan hadapan dengan didorong rasa empati.
Gaya kepimpinannya yang tegas namun penuh ihsan turut berjaya menggerakkan jaringan sukarelawan dan rakan strategik yang berkongsi visi membina masyarakat lebih inklusif dan penyayang.
Hakikatnya, Manjeet melambangkan generasi baharu kepimpinan sosial menghubungkan realiti akar umbi dengan penyelesaian tersusun.
Hari ini, impak perjuangannya bukan sahaja diukur melalui anugerah tetapi melalui kisah-kisah kehidupan yang berubah daripada ibu muda yang diberi peluang kedua kepada keluarga yang dibantu keluar daripada kesusahan.
Seiring pembangunan Sarawak, kehadiran tokoh seperti beliau mengingatkan bahawa kemajuan sebenar bukan hanya diukur melalui pembangunan fizikal tetapi nilai kemanusiaan.
Perjalanan hidupnya membuktikan satu perkara iaitu legasi sejati bukan sekadar tentang kejayaan tetapi tentang kehidupan yang kita angkat dan pulihkan sepanjang jalan.

Manjeet (kiri) turut merakamkan kenangan bersama YM Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan (kanan), baru-baru ini.
Sumber : Utusan Borneo
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki maut motosikal bertembung pikap di Permyjaya
April 4, 2026, Sabtu - 2:02pm
MIRI: Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Indah 2, Permyjaya di sini, petang Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis pikap dan dua motosikal.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut yang melibatkan dua penunggang motosikal lelaki tempatan masing-masing berusia 21 dan 32 tahun.
“Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati pemandu pikap, seorang lelaki tempatan berumur 45 tahun, dalam perjalanan dari tempat kerjanya menuju ke rumahnya di Desa Pujut 2, Permyjaya.
“Setibanya di Jalan Indah 2, pemandu tersebut dipercayai telah memasuki laluan bertentangan lalu berlanggar dengan kedua-dua motosikal terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, salah seorang penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi penunggang serta pemandu pikap tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Nor Afifah Nordin di talian 019-5264640 atau 085-430479 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Dalam pada itu, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan mengamalkan pemanduan berhemah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Industri kek lapis Sarawak perkenal identiti, budaya Sarawak kepada dunia luar
April 4, 2026, Sabtu - 2:19pm

Chiew (dua kiri), Hafidz (kanan) serta yang lain bergambar ketika lawatan di Galeri dan Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung di Miri, petang Jumaat.
MIRI: Industri kek lapis Sarawak bukan sahaja menyumbang kepada ekonomi setempat, malah turut berperanan sebagai medium memperkenalkan identiti dan kepelbagaian budaya Sarawak kepada dunia luar.
Perkara itu dijelaskan Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Miri, Mohammad Hafidz Rohani semasa lawatan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Chiew Choon Man ke Galeri dan Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung di sini, petang Jumaat.
Menurut Hafidz, lawatan itu juga membuka ruang perbincangan dua hala antara pihak kementerian dan pengusaha tempatan berkaitan keperluan sokongan industri, termasuk aspek promosi, pembangunan bakat, latihan kemahiran serta akses kepada pasaran yang lebih luas.
"Pendekatan kolaboratif ini dilihat penting dalam memastikan industri berasaskan warisan terus kekal relevan dan berdaya saing.
"Secara keseluruhannya, lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa sektor pelancongan komuniti yang inklusif dan berimpak tinggi," jelasnya.
Hafidz berkata, dengan sokongan strategik serta penglibatan aktif pemain industri tempatan, Miri berpotensi untuk terus berkembang sebagai destinasi pelancongan budaya yang unggul di Malaysia.
Hafidz yang juga pemilik galeri itu berkata, lawatan Chiew itu dilihat sebagai satu langkah signifikan dalam usaha memperkukuh pembangunan pelancongan berasaskan budaya di Sarawak, khususnya di bandar Miri.
Lawatan itu bertujuan untuk meninjau sendiri potensi galeri berkenaan sebagai produk pelancongan baharu yang mampu menarik kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa.
"Pada masa sama, ia turut menjadi platform bagi pihak kementerian mengenal pasti bentuk intervensi strategik yang boleh dilaksanakan bagi menyokong pertumbuhan industri pelancongan tempatan secara mampan," ujarnya lanjut.
Sepanjang lawatan, Chiew yang juga Ahli Parlimen Miri telah diberikan taklimat mengenai operasi termasuk sejarah penubuhan, proses pembuatan serta keunikan kek lapis Sarawak sebagai warisan kulinari yang mempunyai nilai seni tinggi.
Sebagai sebahagian daripada pengalaman interaktif, Chiew turut berpeluang mencuba sendiri proses pembuatan kek lapis Sarawak.
Walaupun pada peringkat awal kelihatan sedikit kekok, beliau menunjukkan minat yang tinggi dan semakin mahir selepas beberapa percubaan, sekali gus mencerminkan keunikan serta ketelitian seni pembuatan makanan tradisional tersebut.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
BDR langkah strategik jimat kos sara hidup dan bahan api: Hasbi
April 4, 2026, Sabtu - 2:27pm

(Dari kiri), Ahmad, Najib, Sulaiman, Hasbi bergambar bersama tetamu pada Majlis Ramah-Tamah anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Patiambun, malam Jumaat.
LIMBANG: Dasar bekerja dari rumah (BDR) yang dilaksanakan kerajaan adalah langkah strategik untuk menjimatkan kos sara hidup harian dan bahan api, terutamanya ketika dunia berdepan situasi ekonomi tidak menentu dan konflik global.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, langkah itu dilaksanakan bagi memastikan kelangsungan operasi perkhidmatan tanpa menjejaskan produktiviti.
Kata beliau, ia juga dilihat usaha terbaik mengurangkan penggunaan bahan api serta memastikan kemampanan bekalan tenaga susulan konflik di Asia Barat.
“Di kementerian dan mungkin juga di Sarawak sudah ada arahan untuk bekerja dari rumah bagi menjimatkan minyak... tidak payah pergi pejabat.
“Di negara ASEAN, mereka turut menjalankan kerja dari rumah ini akibat perkembangan yang sedang berlaku di seluruh dunia,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Patiambun di sini, malam Jumaat.
Turut hadir ialah Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal, Pegawai Perpaduan Bahagian Limbang Suriani Yussop, Pemanca Sahat Bagol, Penghulu Ahmad Mail dan Pengerusi JKKK Kampung Patiambun Najib Osman.
Ahli Parlimen Limbang itu berkata lagi, masyarakat hari ini perlu mengekalkan perpaduan dan hidup dalam suasana harmoni.
Jelasnya perpaduan perlu dipupuk dari bawah antara masyarakat dan jiran tetangga dan dipertahankan dan dipelihara hingga ke peringkat daerah, negeri dan negara.
Ujarnya, semangat Adilfitri yang dirai menjadi platform terbaik untuk terus mengukuhkan silaturahim dan mentuburkan amalan saling memaafkan dalam kalangan masyarakat berlainan agama dan budaya.
Katanya, rakyat perlu bersedia dengan kenaikan harga barang yang berlaku ketika ini, kesan daripada konflik global, khususnya ketegangan di Asia Barat sehingga menjejaskan rantaian bekalan dan harga bahan api dunia.
“Walaupun konflik berlaku jauh dari Malaysia, harga minyak mentah dunia melonjak serta memberi kesan berantai kepada ekonomi global termasuk negara ini,” katanya.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Penyertaan dipelawa bagi pertandingan Pekit Kumang Saratok 2026 pada 9 Mei
April 4, 2026, Sabtu - 2:59pm

SDNU dan SIDS Bahagian Saratok mengalu-alukan penyertaan bagi Pekit Kumang Saratok 2026 sempena sambutan Gawai Dayak akan datang.
KUCHING: Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) dan Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Bahagian Saratok akan menganjurkan pertandingan Pekit Kumang Saratok 2026 pada 9 Mei depan sempena sambutan Gawai Dayak yang bakal tiba.
Pertandingan berprestij itu dianjurkan sebagai wadah untuk memelihara dan memartabatkan warisan budaya masyarakat Iban, di samping menonjolkan keanggunan, keperibadian serta keyakinan wanita Dayak dalam menghayati nilai-nilai tradisi yang diwarisi turun-temurun.
Pengerusi Pengatur Pekit Kumang Saratok 2026 Sita Inka berkata, penganjuran pertandingan itu bukan sekadar acara tahunan sempena Gawai Dayak, malah berperanan sebagai platform penting dalam memperkukuh jati diri serta identiti budaya masyarakat Dayak, khususnya dalam kalangan generasi muda.
Beliau berkata, penyertaan pertandingan ini dibuka kepada semua gadis bujang berbangsa Iban yang berasal dari Sarawak dengan beberapa syarat ditetapkan.
Antaranya peserta hendaklah berumur antara 18 dan 30 tahun, belum pernah memenangi gelaran Kumang di mana-mana pertandingan sebelum ini serta tidak pernah menyertai Pekit Kumang Saratok melebihi tiga kali.
“Golongan wanita muda yang memenuhi kriteria amat digalakkan untuk menyertai pertandingan ini sebagai satu usaha memartabatkan warisan budaya Iban, selain menyerlahkan keyakinan diri serta keperibadian yang unggul,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan harapan agar pertandingan edisi kali ini akan terus mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat serta menjadi medium efektif dalam memastikan kesinambungan warisan budaya terus dipelihara.
Pertandingan Pekit Kumang Saratok merupakan antara acara kemuncak yang dinanti-nantikan setiap kali sambutan Gawai Dayak, selari dengan usaha memperkasa nilai tradisi dan kebudayaan dalam kalangan masyarakat Dayak di Sarawak.
Pekit Kumang Saratok itu menawarkan hadiah wang tunai RM5,000 bagi yang bergelar Kumang; Lulong (RM4,000); Selingar Matahari (RM3,000); Ngepan Terbaik (RM1,000) dan Video Kreatif (RM250).
Pertandingan dijangka diadakan di Dewan SJKC Min Syn, Saratok dengan tarikh akhir penyertaan pada 2 Mei 2026 dan boleh menghubungi Gembie Adam di talian 019-4027856.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemerkasaan belia, perpaduan jadi teras Persatuan Lakiput Sarawak
April 4, 2026, Sabtu - 3:03pm

Dennis dan isteri (duduk, lima dan enam kiri) bersama Josephine (duduk, tiga kanan); Dr Gabriel (duduk, empat kiri) serta ahli-ahli jawatankuasa exco PLS.
MIRI: Perpaduan kukuh serta penglibatan aktif golongan belia menjadi antara fokus utama dalam memastikan kelangsungan dan kekuatan Persatuan Lakiput Sarawak (PLS) pada masa hadapan.
Penaung PLS Josephine Duyuk Tuah berkata, semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh ahli membuktikan masyarakat Lakiput terus utuh dan mampu bergerak ke hadapan sebagai sebuah komuniti yang bersatu.
“Sebagai sebuah persatuan, perpaduan adalah kekuatan utama kita. Tanpa perpaduan, kita tidak akan mampu bergerak jauh,” katanya dalam ucapan sempena Mesyuarat Agung Tahunan PLS 2026, baru-baru ini.
Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 28 Mac lalu di Bangunan Kebudayaan FORUM, Jalan Pujut Padang Kerbau dan dirasmikan oleh Ahli ADUN Telang Usan Datuk Dennis Ngau.
Dalam ucapannya, Josephine turut menekankan kepentingan memberi ruang kepada golongan muda untuk terlibat dalam kepimpinan persatuan sebagai pelapis masa depan.
“Mereka adalah generasi yang akan meneruskan perjuangan serta memelihara adat dan budaya kita,” ujarnya.
Selain itu, beliau turut menyeru masyarakat Kiput agar bersama-sama menyokong penganjuran Festival Adit Mucu’ut yang bakal diadakan tidak lama lagi sebagai platform mempromosikan budaya serta mengeratkan hubungan silaturahim.
“Festival ini merupakan peluang untuk kita memperkenalkan budaya, memartabatkan warisan nenek moyang dan mengukuhkan perpaduan dalam komuniti,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih bagi pihak PLS kepada Dennis yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak atas sokongan beliau turut mengumumkan sumbangan dana berjumlah RM10,000 untuk membantu menampung kos penganjuran festival tersebut.
Hadir sama ialah isteri Dennis Datin Debbie Erang, Presiden Dr Gabriel Karl Wing, Naib Presiden Zaini Esie dan ahli-ahli jawatankuasa serta ahli persatuan.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
JCI Mandarin Sibu anjur program Local Organization Academy secara dalam talian
April 4, 2026, Sabtu - 3:07pm

Sekitar program Local Organization Academy JCI Mandarin Sibu yang diadakan secara dalam talian, menampilkan sesi perkongsian ilmu dan pembangunan kepimpinan.
SIBU: JCI Mandarin Sibu berjaya menganjurkan program Local Organization Academy secara dalam talian, baru-baru ini.
Program tersebut menampilkan jurulatih kemahiran, Kenny Hii Shin Yao sebagai penceramah jemputan, serta turut disertai ahli dari JCI Youth MPI bagi menggalakkan pembelajaran bersama dan kerjasama antara organisasi belia.
Menurut kenyataan JCI Mandarin Sibu, objektif utama program ini adalah untuk memberikan pemahaman menyeluruh mengenai JCI, termasuk struktur organisasi, misi serta pelbagai aktiviti dan program yang dilaksanakan.
Peserta turut didedahkan kepada asas-asas JCI bagi memahami dengan lebih jelas peranan dan fungsi organisasi berkenaan.
Sepanjang sesi, Hii menyampaikan kandungan secara informatif melalui contoh praktikal, di samping membimbing peserta tentang bagaimana mereka boleh memainkan peranan aktif dalam organisasi sambil membangunkan kemahiran kepimpinan dan perkembangan diri.

Sekitar program Local Organization Academy JCI Mandarin Sibu yang diadakan secara dalam talian, menampilkan sesi perkongsian ilmu dan pembangunan kepimpinan.
Tambah kenyataan itu, program tersebut bukan sahaja meningkatkan kesedaran dan kefahaman ahli, malah memperkukuhkan semangat kekitaan serta menyediakan asas kukuh dalam melahirkan pemimpin masa depan.
“JCI Mandarin Sibu akan terus komited menganjurkan program pembangunan berkualiti bagi memperkasa golongan belia dan memberi impak positif kepada masyarakat,” katanya.

Sekitar program Local Organization Academy JCI Mandarin Sibu yang diadakan secara dalam talian, menampilkan sesi perkongsian ilmu dan pembangunan kepimpinan.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hantaran tular memetik ucapan tidak lengkap hingga timbulkan salah tafsir: Henry Kanyan
April 4, 2026, Sabtu - 3:09pm

SIBU: Ketua Penerangan Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Tamin Kaunselor Henry Kanyan Vincent Rawing (gambar) tampil memberi penjelasan berhubung satu hantaran tular di Facebook dan media sosial yang didakwa memetik secara tidak lengkap ucapan beliau ketika majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah rumah panjang di kawasan Pelagus, baru-baru ini.
Menurutnya, ucapan asal yang disampaikan dalam bahasa Iban itu telah dipendekkan sehingga menimbulkan salah tafsir dalam kalangan masyarakat.
Beliau menjelaskan penggunaan istilah ‘kera’ atau ‘monyet’ dalam ucapannya adalah berbentuk peribahasa bagi menggambarkan sikap pihak tertentu dalam politik, khususnya yang tidak menghargai usaha orang lain dan gemar menimbulkan isu.
Katanya, penggunaan istilah itu adalah untuk menggambar atau menerangkan calon-calon pembangkang yang hanya ingin meraih undi menjadi wakil rakyat tanpa memikirkan kemampuan mereka membawa pembangunan untuk kawasan Pelagus.
“Perumpamaan itu merujuk kepada sifat haiwan tersebut yang tidak peduli sama ada buah itu masak atau tidak, malah hanya memetik dan membuang tanpa menghargainya.
“Itu adalah analogi kepada sikap segelintir pihak dalam politik yang sentiasa membangkang tanpa mengira keadaan,” ujarnya menerusi kenyataan, hari ini.
Henry Kanyan menegaskan, ucapan tersebut tidak pernah merujuk kepada pengundi di Pelagus seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak di media sosial.
“Saya tidak pernah menyatakan pengundi sebagai kera. Kenyataan yang ditularkan itu tidak mencerminkan ucapan penuh saya dan telah disalah tafsir,”jelasnya.
Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus menyebarkan kandungan tidak tepat sehingga menjejaskan reputasi dan imejnya sebagai seorang pemimpin.
“Saya sedang berbincang dengan barisan peguam untuk meneliti perkara ini, termasuk mengenal pasti pihak yang tidak bertanggungjawab mempolitikkan dan menyebarkan ucapan yang telah disunting,” katanya.
Tambahnya, ucapan tersebut sebenarnya telah disampaikan kira-kira tiga minggu lalu, namun hanya kini menjadi tular, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai motif di sebalik penyebaran tersebut.
Henry Kanyan turut menggesa orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan potongan video atau kenyataan yang tidak lengkap, sebaliknya menilai sesuatu isu berdasarkan konteks penuh.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih menjemput saya...
Salam Aidilfitri...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelan strategik kekalkan ketahanan industri pelancongan Malaysia: Chiew
April 4, 2026, Sabtu - 3:13pm

MIRI: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengambil pendekatan strategik dengan menumpukan kepada pasaran bernilai tinggi dan konsisten seperti China, Indonesia, Thailand, Jepun, Republik Korea, Bangladesh dan Vietnam dalam pelan strategik untuk mengekalkan ketahanan industri pelancongan negara.
Timbalan Menterinya Chiew Choon Man dalam kenyataannya di sini berkata, langkah itu diambil bagi memastikan industri pelancongan negara kekal berdaya tahan meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik global, termasuk konflik di Timur Tengah.
Katanya, hasil sesi libat urus rapat antara kementerian dan pemain industri minggu ini, ia menunjukkan sektor tersebut masih kukuh dengan pertumbuhan berterusan ketibaan pelancong serta kestabilan industri penerbangan.
“Walaupun terdapat kebimbangan khususnya kesan konflik di Timur Tengah, kementerian memberi jaminan bahawa industri pelancongan negara terus menunjukkan daya tahan,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Miri memberitahu, Malaysia mencatatkan peningkatan jumlah pelawat pada Mac 2026 dengan 2,835,724 ketibaan berbanding 2,769,305 dalam tempoh sama tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 2.4 peratus.
“Pertumbuhan tersebut didorong prestasi kukuh pasaran ASEAN, Asia Timur, Asia Tengah, Oceania dan Eropah, meskipun terdapat penurunan ketibaan dari Asia Barat dan Afrika susulan situasi semasa,” katanya.
Selain itu, Malaysia turut memperluaskan pasaran baharu jarak jauh termasuk Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Rusia, Perancis, Jerman, Australia, Timor Leste, Ukraine, Denmark, Switzerland, Türkiye dan Poland.
Pada masa sama, agensi Tourism Malaysia diarahkan menyediakan laporan berkala mengenai ketibaan pelancong antarabangsa serta perkembangan pasaran global bagi membolehkan tindak balas pantas terhadap sebarang perubahan.
Mengulas cabaran operasi, Chiew berkata kementerian turut bekerjasama dengan Kementerian Kewangan bagi menangani peningkatan kos yang dihadapi pemain industri akibat ketegangan global.
“Kami menggalakkan pemain industri berkongsi maklum balas mengenai struktur kos supaya penyelesaian praktikal dapat dilaksanakan,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa kerajaan kini memberi penekanan kepada pelancongan berkualiti tinggi dengan pendekatan ‘kualiti berbanding kuantiti’, selain memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju pelancongan mesra Muslim.
“Malaysia mempunyai kelebihan kompetitif dalam penawaran halal yang maju serta standard hospitaliti mesra Muslim yang diiktiraf,” ujar beliau.
Tambahnya, kerajaan komited memastikan ekonomi negara kekal stabil, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|