Utara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1757406   
Pusat cuci kereta bantu bekas banduan bina semula kehidupan

Noor Sara Mohamad Hanif - April 11, 2026 @ 10:20am





Pusat cuci kereta diusahakan Mohamad Halimi Mohamad.



KANGAR: Seorang pemilik pusat cuci kereta memberi sinar baharu kepada individu di bawah sistem parol, iaitu mereka yang dibebaskan lebih awal awal dari penjara melalui pelepasan bersyarat.

Mereka dirujuk Orang DiParol (ODP) diambil bekerja oleh majikan berkenaan yang turut memberi peluang dua orang kurang upaya (OKU) mencari rezeki.

Mohamad Halimi Mohamad, 40, berkata inisiatif membantu golongan itu kembali ke pangkal jalan dan membina semula kehidupan tercetus selepas pegawai parol meminta bantuannya untuk mendidik dan membimbing golongan berkenaan.

Katanya, dia bukan saja menawarkan pekerjaan, malah turut menyediakan kemudahan seperti tempat tinggal, makan minum serta pakaian demi memastikan kebajikan pekerja terbela.

"Berbanding segelintir pekerja biasa yang kadang-kala kurang konsisten, ODP lebih berdisiplin dan patuh pada arahan.

Waktu bekerja bermula jam 7 pagi, tetapi seawal 6.30 pagi mereka sudah bersiap sedia di premis.

"Masyarakat tidak sepatutnya memandang serong mereka.

Jangan anggap mereka teruk sangat, sebaliknya jika kita ajar dan bimbing dengan betul, mereka tiada masalah kerja dengan cemerlang," katanya.

ODP adalah individu telah dibebaskan lebih awal dari penjara melalui sistem parol, iaitu pelepasan bersyarat kepada banduan sebelum tamat tempoh hukuman sebenar.

Mereka masih dianggap menjalani hukuman, tetapi di luar penjara dan masih perlu patuh syarat tertentu seperti melapor diri kepada pegawai parol, tidak melakukan jenayah baharu.

Jika melanggar syarat, mereka boleh ditangkap semula dan dihantar balik ke penjara untuk menyambung hukuman.

Di Malaysia, sistem ini dikendalikan oleh Jabatan Penjara.

Bagi seorang daripada mereka, peluang kedua diberikan majikannya itu dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk berubah selepas lapan kali terbabit dengan kesalahan penyalahgunaan dadah.

Lelaki berusia 32 tahun yang juga bapa seorang anak ini menyifatkan persekitaran kerja yang positif serta sokongan rakan sekerja banyak membantunya untuk terus istiqamah meninggalkan sejarah hitam masa lalu.

"Majikan sudah sediakan semua kemudahan, sekarang tinggal pada diri sendiri saja sama ada mahu berubah atau tidak.

Saya sudah selesa bekerja di sini.

"Pesanan saya kepada rakan-rakan di luar sana yang pernah melakukan kesilapan sama, jika ada ruang untuk ubah hidup, berubahlah," katanya.

Pengurus pekerja, Siti Nurhartini Abu Bakar, 38, yang sudah tujuh tahun berkhidmat, berkata tidak sukar menguruskan ODP mahupun pekerja OKU di premis itu.

"Disiplin mereka baik dan patuh arahan.

Bagi pekerja OKU pula, saya mempunyai asas bahasa isyarat, jadi komunikasi tidak jadi halangan.

"Setakat ini, penerimaan pelanggan juga baik dan hasil kerja mereka memuaskan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2026/04/1532220/pusat-cuci-kereta-bantu-bekas-banduan-bina-semula-kehidupan





120 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch