Utara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1757362   
PDRM akan tempatkan anggota di stesen minyak berhampiran sempadan

Noor Sara Mohamad Hanif[email protected]





DATUK Seri Saifuddin Nasution. FOTO Noor Sara Mohamad Hanif.




Padang Besar: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di stesen minyak berhampiran kawasan sempadan bagi memantau dan mengekang ketirisan serta penyeludupan bahan api.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu susulan arahan terbaharu Kabinet minggu lalu berikutan krisis geopolitik di Asia Barat yang berisiko memberi kesan rantaian terhadap bekalan dan harga barangan negara.

Menurutnya, penugasan itu akan tertumpu kepada lebih 80 stesen minyak yang dikenal pasti berhampiran garis sempadan, daripada keseluruhan lebih 4,000 stesen minyak di seluruh negara.

"Arahan terbaharu Kabinet meminta polis turut mengatur gerak bagi mengawasi stesen minyak berdekatan sempadan supaya tidak berlaku aktiviti penyeludupan.

"Ia perlu disegerakan dan anggota akan terus digerakkan, namun mereka akan pastikan tugas hakiki lain seperti banteras jenayah narkotik, trafik dan jenayah komersial tidak terganggu atau dikompromi," katanya pada sidang media selepas melakukan Lawatan Kerja dan Pemantauan Operasi Kawalan Sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Mini KDN Padang Besar, di sini, hari ini.

Saifuddin berkata, langkah pemantauan ketat itu perlu memandangkan bebanan subsidi kerajaan untuk petrol dan diesel telah melonjak secara drastik susulan krisis di Asia Barat.

"Sebelum krisis bermula, kerajaan membelanjakan lebih kurang RM700 juta sebulan untuk subsidi petrol dan diesel secara bersasar.

"Namun, selepas krisis tercetus, tanggungan subsidi dua bahan api ini melonjak sehingga mencecah hampir RM6 bilion sebulan.

"Jika ketirisan akibat perbezaan harga dan aktiviti peralihan saluran (channel shifting) ini tidak dikawal, ia akan memberi kesan ekonomi yang sangat parah kepada negara," katanya.



Disiarkan pada: April 11, 2026 @ 9:28pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/04/1344597/pdrm-akan-tempatkan-anggota-di-stesen-minyak-berhampiran-sempadan




105 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch