Utara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1757310   
Gunting rambut percuma untuk golongan rentan

Nurul Hidayah Bahaudin[email protected]





Sam Khong memberikan servis secara percuma kepada golongan rentan di kedai gunting khas di Bukit Jambul, Pulau Pinang.




Kuala Lumpur: Niat murni bagi menyantuni golongan rentan mendorong seorang anak muda untuk membuka kedai gunting rambut khas yang memberikan perkhidmatan percuma kepada golongan berkenaan.

Menceritakan mengenai inisiatif itu, tukang gunting rambut, Sam Khong Feng Haur, 27, berkata, pihaknya ingin menggunakan kemahiran yang mereka ada untuk membantu komuniti sekitar.

"Saya sudah berada dalam bidang ini hampir lebih 10 tahun dan mendapati masih ramai yang tidak mampu untuk membayar walaupun sekadar memotong rambut.

"Sebelum ini, kami memang ada membuat aktiviti gunting rambut percuma setiap bulan di rumah anak yatim, rumah orang tua dan untuk kumpulan orang kelainan upaya (OKU).

"Dari situ, kami terfikir kenapa tidak buka saja sebuah kedai khas untuk tujuan ini?

Jadi dari situlah, idea ini bermula," katanya ketika dihubungi.

Sam berkata, pihaknya sudah memberikan khidmat gunting rambut di kedai berkenaan di Bukit Jambul, Pulau Pinang, kepada 100 hingga 200 individu sejak dibuka kira-kira sebulan lalu.

"Perkhidmatan ini terbuka kepada semua lelaki kerana kami adalah 'barbershop' (kedai gunting rambut lelaki).

Ia merangkumi mereka yang bergelar ayah, anak, suami atau mana-mana lelaki yang memerlukan perkhidmatan ini.

"Namun, jika wanita yang dalam golongan rentan ingin mendapatkan potongan rambut gaya lelaki, kami juga sangat mengalu-alukan," katanya.

Menurutnya, kebanyakan mereka yang mendapatkan khidmat gunting rambut percuma itu adalah dari komuniti di kawasan sekitar.

"Sejujurnya, aktiviti seperti ini memang tidak menguntungkan dari segi kewangan.

Namun, kami cuba melakukan apa termampu untuk membantu mereka yang memerlukan.

"Namun, kami mahu melatih generasi baru tukang gunting rambut supaya mereka boleh belajar satu kemahiran berguna selain membantu golongan memerlukan," katanya.

Beliau berharap lebih ramai orang mengetahui mengenai inisiatif berkenaan dan amat dialu-alukan untuk datang sekiranya memerlukan.

"Harapan saya adalah supaya inisiatif ini dapat diteruskan dalam jangka masa panjang dan semoga usaha ini dapat bertahan lama serta tidak 'tutup' dalam masa terdekat.

"Bagi saya, usaha ini bukan sekadar menggunting rambut, tetapi juga mengenai memberi keyakinan dan maruah kepada setiap orang," katanya.

Terdahulu, Sam memuat naik hantaran di Threads bagi mengundang golongan memerlukan menggunting rambut secara percuma di kedai berkenaan.



Disiarkan pada: April 11, 2026 @ 2:25pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/04/1344480/gunting-rambut-percuma-untuk-golongan-rentan




110 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch