Borneo
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 1074206   


Chiew menyampaikan cenderamata kepada Syed Azhar pada pertemuan itu.

MIRI: Perkhidmatan bas henti-henti wajar diperluaskan ke bandar-bandar lain di seluruh negara bagi meningkatkan lagi sektor pelancongan, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Chiew Choon Man.

Chiew berkata, perkhidmatan tersebut menawarkan pengenalan yang menyeluruh kepada sesuatu bandar, selain menjadi pilihan ramai pelawat kerana kaedahnya yang mudah dan efisien untuk meneroka destinasi pelancongan.

Menurutnya, perkara itu dilihat berdasarkan kejayaan perkhidmatan KL Hop-On Hop-Off di Kuala Lumpur yang telah menjadi antara produk pelancongan bandar yang berjaya di peringkat antarabangsa.

Katanya, perkhidmatan itu turut boleh dilihat di pelbagai negara seluruh dunia termasuk di London, United Kingdom; Rome, Itali; Paris, Perancis; Cape Town, Afrika Selatan serta Guangzhou dan Beijing di China.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan libat urus bersama Ketua Pegawai Eksekutif KL Hop-On Hop-Off Syed Azhar Syed Nadzir bagi meneliti potensi dan impak perkhidmatan tersebut di Malaysia.

Menurutnya, di Kuala Lumpur, KL Hop-On Hop-Off menawarkan lawatan siang dan malam dengan bas berhenti di lokasi-lokasi ikonik sekitar ibu negara serta dilengkapi pengumuman dalam bas bagi memudahkan pelancong.

“Pada kapasiti tertinggi, lebih 10 buah bas beroperasi sehari dengan jumlah penumpang melebihi 1,800 orang, menunjukkan sambutan yang sangat baik,” katanya.

Tambah beliau, pelawat yang mempunyai masa transit singkat di Kuala Lumpur turut boleh menggunakan pakej KL Hop-On Hop-Off bersama KLIA Ekspres yang membolehkan mereka melawat ibu negara dalam tempoh beberapa jam sahaja, termasuk kemudahan perjalanan dari KLIA ke pusat bandar.

“Pakej ini turut menjadi tarikan kepada pelancong antarabangsa khususnya dari China, India dan Indonesia,” katanya.

Chiew berkata, melalui libat urus itu, beliau turut meneroka kemungkinan untuk memperkenalkan konsep sama di Miri supaya pelawat dapat menikmati lawatan lengkap ke lokasi-lokasi utama di bandar ini.

Beliau berkata, pelaksanaan perkhidmatan berkenaan juga dijangka dapat meningkatkan reputasi Miri sebagai bandar mesra pelancong, selain mengetengahkan restoran serta perniagaan tempatan kepada pelawat.


Sumber : Utusan Borneo
141 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch