CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1718|Reply: 9

[Tempatan] Peniaga ini sungguh kiciwa Makcik 70 tahun beli barang 2 pagi,takde reply anggap scammer,lapor pada NSRC anda BNM,akaun peniaga kena beku.Nota:barang sampai esoknya

[Copy link]
Post time 14-4-2026 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 14-4-2026 04:00 PM

https://www.facebook.com/share/v/1BJRciujec/



KELEMAHAN SOP NSRC & BANK: PENIAGA SME JADI MANGSA KEADAAN
​Video ini adalah luahan kekecewaan saya mewakili peniaga-peniaga SME di luar sana. Kami sokong penuh penubuhan NSRC untuk banteras penipuan online. Tapi SOP sekarang ini jelas mempunyai "loopholes" yang sangat menindas perniagaan yang sah (legit).
​Walaupun kami sudah berikan BUKTI KUKUH bahawa barang tersebut telah dipos dan selamat diterima oleh pelanggan, proses untuk membuka kembali akaun tersebut memakan masa berbulan-bulan, malah ada yang bertahun tiada kesudahan. Pegawai hanya suruh tunggu dan rujuk sana-sini tanpa jalan penyelesaian yang pantas.
​Apa kesan pada SME bila akaun dibekukan secara tak adil?
❌ Operasi syarikat lumpuh serta-merta.
❌ Gaji pekerja tertunggak (mereka ada keluarga nak disara).
❌ Bayaran kepada pembekal terbantut.
❌ Kerugian ribuan/ratusan ribu ringgit hanya kerana aduan palsu
​Saya menyeru pihak NSRC, PDRM (Unit Komersial/JSJK), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank-bank Komersial untuk duduk berbincang dan perhalusi kembali SOP sedia ada. Kaji semula bagaimana status "Suspicious" itu dinilai sebelum membekukan akaun perniagaan secara total.
​Jangan biarkan sistem ini disalahguna untuk sabotaj perniagaan orang lain. SME pembayar cukai dan penyumbang ekonomi negara, tolong jangan aniaya kami.
​Sila tonton video penuh untuk faham realiti yang SME terpaksa hadapi sekarang. Mohon rakan-rakan bantu share.




4.7K



https://www.facebook.com/share/v/1BJRciujec/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2026 09:51 AM | Show all posts
kesian peniaga kecil..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2026 12:00 PM | Show all posts
apa benda? tak faham aku. NSRC tu apa bagi le nama penuh ingat org sume kenal ke NSRC tu apa
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2026 12:10 PM | Show all posts
AI Overview
National Scam Response Centre (NSRC) ialah pusat sehenti yang menghimpunkan sumber daripada PDRM, Bank Negara Malaysia, dan agensi lain untuk memerangi penipuan kewangan dalam talian. Mangsa yang kehilangan wang akibat scam perlu segera menelefon 997 (24/7) untuk membekukan akaun.
Maklumat Penting NSRC (997):

Fungsi: Menerima laporan pantas, menyekat aliran wang keluar, dan menyelaras tindakan penguatkuasaan.

Waktu Operasi: 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Tindakan Pantas: Hubungi 997 secepat mungkin, sebaik-baiknya dalam masa 24 jam selepas sedar ditipu.

Amaran Penting: NSRC TIDAK PERNAH membuat panggilan keluar. Jika ada yang mendakwa dari NSRC dan meminta maklumat bank, itu adalah scammer.

Konsep 3S: Soal (tanya identiti), Sekat (jangan beri maklumat), Sebar (kongsi kesedaran).

Agensi yang terlibat dalam NSRC:

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC)
Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Bank Negara Malaysia (BNM)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2026 12:16 PM | Show all posts
Kelakar betullah.... scammer menyamar wakil NSRC

Mangsa scam kena tipu lagi, sindiket menyamar wakil NSRC

13 April 2026 11:26am

KUALA LUMPUR – Sindiket penipuan dikesan menawarkan perkhidmatan mendapatkan semula wang mangsa kes penipuan dengan menyamar sebagai wakil Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, mangsa tertarik dengan iklan di Facebook sebelum dihubungi melalui aplikasi WhatsApp oleh suspek yang menyamar sebagai wakil NSRC.

“Suspek kemudiannya mendakwa boleh membantu mendapatkan semula wang mangsa yang telah ditipu, namun mengenakan bayaran pendahuluan sebagai syarat perkhidmatan.

“Mangsa yang mempercayai tawaran tersebut telah membuat beberapa transaksi pembayaran ke beberapa akaun bank berbeza seperti yang diarahkan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Rusdi berkata, walau bagaimanapun, mangsa terus diminta membuat bayaran tambahan tanpa sebarang pemulangan wang seperti yang dijanjikan sebelum menyedari telah menjadi mangsa penipuan.


Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2026 12:17 PM | Show all posts
Baguslah... susah sedikitlah scammer lepas ni.

kena report akaun kena block...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2026 12:21 PM | Show all posts

AI Overview

[Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC)] ditubuhkan secara rasmi pada 14 Oktober 2022 (atau diumumkan sekitar 12-13 Oktober 2022) sebagai pusat tindak balas pantas setempat bagi menyelaraskan tindakan terhadap jenayah penipuan kewangan dalam talian. Ia diwujudkan bagi menangani peningkatan kes penipuan siber melalui kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), BNM, MCMC, dan institusi perbankan, dengan talian khas 997.

Maklumat Utama Penubuhan NSRC:

Tujuan: Menyekat aliran wang haram daripada mangsa kepada penipu dengan pantas (fokus utama adalah mengejar wang).

Tarikh Rasmi: Dilancarkan pada 14 Oktober 2022.

Komponen Utama: Gabungan sumber dari Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), PDRM, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), serta bank-bank tempatan.


Penubuhan NSRC perlu diumumkan leibh meluas... biar ramai orang tau terutama orang2 tua yang dah pencen selalu jadi sasaran scammer


Talian Kecemasan: 997 (boleh dihubungi jika menjadi mangsa scam).

Operasi: Pada mulanya beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam, bertujuan memperkasa tindakan banteras penipuan siber.

NSRC bertindak sebagai pusat sehenti yang mempercepatkan proses laporan dan penyekatan akaun keldai bagi mengurangkan kerugian mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2026 12:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2026 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 15-4-2026 12:17 PM
Baguslah... susah sedikitlah scammer lepas ni.

kena report akaun kena block...

Msalahnya scammer selalu lepas je kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2026 10:38 PM | Show all posts
skeriii nyaa .. naya ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.494492 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list