Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 211025   





IPOH – Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menerima rasuah sebanyak RM600 pada Jun tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Nazmi Khalid, 41, membuat pengakuan tersebut selepas satu pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh sebagai seorang penjawat awam iaitu Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U6 yang bertugas di Unit Inspektorat Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama telah menerima bagi dirinya suatu barang berharga sebagai balasan iaitu wang berjumlah RM600 daripada seorang wanita berusia 45 tahun melalui akaun simpanan milik tertuduh.

Penerimaan tersebut berkaitan dengan tugas rasmi apabila tertuduh memaklumkan kepada wanita berkenaan boleh membantu mengurangkan bayaran saman kompaun terhadap dua notis kesalahan berhubung kegagalan memastikan premis perniagaan berada dalam keadaan bersih serta kesalahan pekerja berkuku panjang mengikut Peraturan 11(1)(a) dan 33(1)(a) di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 serta memerintahkan tertuduh dihukum penjara selama sebulan jika gagal membayar denda.


Sumber:– KOSMO! ONLINE
1901 Views
9 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


plywood Lv.12 2#

Defender | Credits 11335   
Adakah penjawat awam yang didapati bersalah melakukan rasuah akan dibuang kerja?

AI Overview
Ya, penjawat awam yang didapati bersalah melakukan rasuah oleh mahkamah boleh dibuang kerja atau dikenakan tindakan tatatertib yang berat.

Tindakan ini selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, di mana sabitan jenayah rasuah membolehkan pegawai diberhentikan kerja demi kepentingan perkhidmatan awam.

Implikasi Rasuah Terhadap Penjawat Awam:

Tindakan Tatatertib: Ketua jabatan bertanggungjawab mengambil tindakan, termasuk buang kerja, turun pangkat, atau denda, bergantung kepada keseriusan kesalahan.

Hilang Pencen: Sabitan rasuah yang membawa hukuman penjara, walaupun sehari, boleh menyebabkan kehilangan faedah pencen di bawah Akta Pencen 1980.

Sita Harta: Harta yang diperoleh daripada aktiviti rasuah akan disita dan dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia.

Proses pembuangan kerja melibatkan prosiding tatatertib di mana lembaga tatatertib mempunyai kuasa mutlak untuk membuat keputusan berdasarkan sabitan mahkamah.


supernaturalee Lv.17 3#

Superior | Credits 56768   
Quote: plywood replied at 14-4-2026 07:43 PM
Adakah penjawat awam yang didapati bersalah melakukan rasuah akan dibuang kerja?

AI Overview

600 punya hal

tak memasal

gred pun dah 6

tah ke pernah buat cuma tak direport dan kantoi ja





KamikuP Lv.12 4#

Defender | Credits 11230   
Natijahnya :

Melayu - rasyuah
Keling - mabuk langgar mati org/curik kabel
Cina - money laundering
Follow Us

rosa_canina Lv.15 5#

Gladiator | Credits 37344   
hmm tak berbaloi lgsung rasuah 600 je tp denda 10x ganda
dgn tatatertib lg

Dalcott Lv.9 6#

Adventurer | Credits 4671   
tak berbaloi

Blu3butter Lv.5 7#

Minder | Credits 669   
Demi 600 hilang maruah dgn bayar denda berkali ganda... Ngok bethol
Tah hapa2 ntah

ADVERTISEMENT


crazybeach Lv.4 8#

Keeper | Credits 529   
padan muka ko babi

manopBKK Lv.7 9#

Revolutioner | Credits 1179   
Lain kali masuk UMNO bruh...terus dapat penyucian secara automatis

FOTHER-MUCKER Lv.20 10#

Legenderer | Credits 142330   
Biasalah itu bisnes kadang kadang ada untung dan kadang kadang ada rugi

All contents are displayed