Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 210975   





JASIN – Pemandu bas ekspres yang tular videonya meriba seorang wanita ketika kenderaan itu sedang bergerak dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Larkin Sentral, Johor Bahru disahkan telah berkahwin.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, hasil siasatan awal mendapati, lelaki berusia 36 tahun terbabit merupakan suami orang dan wanita dalam rakaman itu bagaimanapun dipercayai kenalannya.

Katanya, kedua-dua individu berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Pemandu bas ekspress tersebut sudah berkahwin, manakala kita belum mendapat apa-apa maklumat mengenai kenalan wanitanya.

“Kita telah minta kerjasama pasangan itu untuk tampil segera ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 12 April kira-kira pukul 7.30 malam di kawasan susur masuk Rehat dan Rawat (RnR) Bemban (arah selatan) sebelum dikesan tular pada keesokkannya.

“Polis kesan video terbabit pada pukul 5.30 petang 13 April dan mendapati perbuatan meriba itu sangat berbahaya kerana boleh menjejaskan kawalan kenderaan, menganggu tumpuan pemandu serta membahayakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya lain.

“Kertas siasatan akan dibuka di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Katanya lagi, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Marwan Shafiq Mohd Latfi di talian 011-11127533 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran.

Semalam Kosmo! melaporkan, tular satu rakaman video memaparkan seorang pemandu bas ekspres didakwa memandu dalam keadaan berbahaya apabila meriba seorang wanita ketika kenderaan itu sedang bergerak dari TBS menuju ke Larkin Sentral.

Rakaman video berdurasi sembilan saat itu mencetuskan kemarahan orang ramai apabila tindakan pemandu berkenaan dilihat bukan sahaja tidak profesional, malah berisiko tinggi terhadap keselamatan penumpang.

Menurut maklumat yang dikongsikan di media sosial, kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika bas berada di lebuh raya antara kawasan R&R Seremban sehingga ke R&R Kulai.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita duduk di atas riba pemandu ketika bas sedang bergerak laju, sekali gus menimbulkan persoalan tentang tahap keselamatan serta disiplin pemandu terbabit.

Susulan kejadian itu, syarikat bas terlibat, Sri Maju Group turut mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dan menyatakan tindakan pemecatan serta-merta telah diambil ke atas lelaki berkenaan.


Sumber – KOSMO! ONLINE
2277 Views
16 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


BoongaKertas Lv.14 2#

Fighter | Credits 22668   
hinanya perbuatan mamat ni. moga isteri dia tahu lah apa next action to take. dpn org ramai pun dia x segan silu pompuan lain boleh duduk atas riba.

Decaffeinated Lv.18 3#

Master | Credits 65061   
Kenapa polis yang umum dia dah berkahwin?

mejaputih Lv.13 4#

Challenger | Credits 16695   
Quote: Decaffeinated replied at 15-4-2026 08:36 AM
Kenapa polis yang umum dia dah berkahwin?

agaknya wartawan tanya la kot...
Follow Us

piyek92 Lv.7 5#

Revolutioner | Credits 1216   
confirm keras dah adik dalam seluar..

Supersirap Lv.12 6#

Defender | Credits 14093   
macam-macam hal, tiada penyakit cari penyakit

afie_m Lv.10 7#

Survivor | Credits 5834   
harap hukuman keras sikit, bus tu, apa2 jadi banyak yang akan terbabit

ADVERTISEMENT


KamikuP Lv.12 8#

Defender | Credits 11341   
Moga bini dia mintak cerai.. apa le punya driver bangang bertingkek tingkek

Rdizz Lv.10 9#

Survivor | Credits 6182   
Padan muka kena pecat serta merta, yg betina tu pun murahan sgt. Driver jahat ni patut dikenakan kena hukum penjara ke atau denda byk sebab merisiko nyawa org, bygkan kalau bas tu melelong pegi langgar kereta ke, moto je atas jln, byk nyawa melayang kerana kegatalan seorg driver lowclass. Bas dan lori tu mcm kingkong atas jln, nk ngap org je. Byk akibat buruk hasil perangai bodoh dia ni.

pocongkiutss Lv.14 10#

Fighter | Credits 27340   
Padan muka..vavi..kalau terlibat accident, melibatkan ahli keluarga kita..mmg sakit hati la..mmg SENGAJA cari pasal.. bukan kes tak sengaja mcm microsleep dsbgnya

Purplehaz Lv.9 11#

Adventurer | Credits 4715   
dh duk atas riba..dibiarkan cewek yg pegang stereng bas. patutlah tgok org rakam bas laju masuk lane kiri kanan x betul. patut dua2 ekor tu kena tangkap.

penmerah Lv.13 12#

Challenger | Credits 15497   
Ada ke gambar setan 2 ekor ni digari?
Nak cerca kejap
Mesti kedua2 ni huduh
Apa kabar sang bini? Laki ko jahat kak!

tumpanglalu74 Lv.17 13#

Superior | Credits 50545   
"Boooooolan madooo di awan biroooo...  Tiada yang mengganggooooo.."

zuuu Lv.9 14#

Adventurer | Credits 4234   
Moga2 wife driver bus tu mintak cerai lepas kes dh viral ni

supernaturalee Lv.17 15#

Superior | Credits 56732   
dah kenapa aku baca riba kemaluan???


ptg2 ni mata pun dah kero



ADVERTISEMENT


cm_vungtau Lv.12 16#

Defender | Credits 12957   
Gepren dari gua mana ni kemaruk sangat naik bas?

gideoncross Lv.15 17#

Gladiator | Credits 36647   
Quote: Purplehaz replied at 15-4-2026 07:19 PM
dh duk atas riba..dibiarkan cewek yg pegang stereng bas. patutlah tgok org rakam bas laju masuk lane ...

Yg iol hairan kat sini, asal pompuan tu brani buat cmni? X tkut ke apa? Yg llaki tu pun stu, yg d galakkan gf apahal? Pelik, klau slh langkah, boleh mmpus kat situ juga

All contents are displayed