Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

FOTHER-MUCKER Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 142204   


JPN tahan 46 warga asing bekerja guna MyKad orang lain, palsuSebahagian 46 individu warga asing yang menggunakan MyKad milik orang lain dan palsu untuk bekerja di sebuah kilang motosikal ditahan menerusi Ops Roda JPN Putrajaya di Klang hari ini - Foto NSTP/Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

KLANG: Seramai 46 warga asing, sebahagian besar warga Indonesia dan Filipina ditahan kerana menggunakan MyKad milik orang lain dan palsu dalam operasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini.

Mereka yang berusia 20 hingga 45 tahun mengaku melakukan kesalahan itu dalam, Ops Roda JPN di sebuah kilang motosikal di Kawasan Perindustrian Bukit Raja di sini.

Antara yang ditahan seorang wanita warga Indonesia dikenali dengan Faizah, 23, yang mengakui menggunakan MyKad milik orang lain untuk mendapatkan pekerjaan di kilang berkenaan.

"Saya minta kerja guna IC kawan kepada sepupu sebab muka kami lebih kurang sama, saya kerja di sini lebih kurang enam bulan, sebelum itu bekerja dengan taukeh sarang burung.

"Pada mulanya saya masuk Malaysia pada 2023 untuk makan angin, tetapi bila dapat peluang bekerja di negara ini saya teruskan sahaja sampai sekarang," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui hari ini.

Asman, 21, pula berkata dia menggunakan MyKad palsu yang dibeli daripada seorang kenalan dengan harga RM500 yang kemudian digunakan untuk mencari pekerjaan secara haram di Malaysia.

Pemuda itu memberi alasan terpaksa menggunakan cara itu bagi mendapatkan kerja untuk menyara kehidupan dan paling utama mengelak ditahan pihak berkuasa namun tembelangnya pecah jua.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JPN, Mazhad Abdul Aziz berkata kecuaian pihak majikan yang tidak membuat pengesahan dengan teliti dengan pihak pembekal tenaga buruh antara punca perkara itu berlaku.

"Ada yang mengaku meminjam kad pengenalan orang lain semata-mata untuk memohon kerja. Selepas berjaya mendapat kerja, mereka pulangkan semula kad tersebut kepada pemilik asal.

"Majikan pula mungkin terlepas pandang atau terlalu percaya kepada ejen sehingga tidak menyemak sama ada gambar di kad itu sepadan dengan orangnya atau tidak.

"Pihak kilang mendakwa mereka tidak mengambil pekerja asing, tetapi ejen yang membekalkan mereka (pekerja) ini," katanya kepada pemberita selepas serbuan.

Menurutnya, pihak kilang mendakwa polisi mereka tidak menggajikan buruh asing dan majoriti tangkapan dalam operasi itu membabitkan pekerja dibekalkan oleh syarikat atau ejen membekal sumber manusia.

Katanya, kesemua tangkapan di tahan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
"Kita juga akan menjalankan siasatan terhadap ejen-ejen yang membekalkan pekerja ini.

"Untuk tindakan terhadap majikan, itu kita serahkan kepada pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Imigresen mengikut bidang kuasa mereka," katanya.

Rate
There are 1 People reward the building owner
1534 Views
10 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


FOTHER-MUCKER Author 2#

Legenderer | Credits 142204   
Katanya ic Malaysia adalah ic yang tercangih di dunia. Sungguh bangga dengan negara jiran. Tetapi Kenapa setiap urusan tidak menggunakan thumb print? Kenapa system di Malaysia ni terlalu lemah?

mejaputih Lv.13 3#

Challenger | Credits 16695   
Quote: FOTHER-MUCKER replied at 14-4-2026 06:21 PM
Katanya ic Malaysia adalah ic yang tercangih di dunia. Sungguh bangga dengan negara jiran. Tetapi Ke ...

Nak gajikan pekerja kalau my conpany takde pula guna thumbprint...even medical benefit pun boleh guna di mana2 tana perlu thumbprint. Just represent ic.
Kes yg ini agaknya masing2 mengaku asal sabah (ic palsu pun sabah) jd dialek dorg org lain  takleh nk differentiate org sabah atau org indon.

Skuau Lv.15 4#

Gladiator | Credits 34769   
Hello!..Bangla saudara Malaydesh...kita Bangladesh lagi 30k-40k mau mari.....u worang tunggu airport angkat merah karpet la....
Follow Us

Skuau Lv.15 5#

Gladiator | Credits 34769   
Quote: FOTHER-MUCKER replied at 14-4-2026 06:21 PM
Katanya ic Malaysia adalah ic yang tercangih di dunia. Sungguh bangga dengan negara jiran. Tetapi Ke ...

Lemah la abg..tak larat kejar pakis tu......Begitula Msia yg hang tinggalkan....

Firenzza Lv.13 6#

Challenger | Credits 17639   
Habis tu gaji masuk akaun org lain jugak ke?

Skuau Lv.15 7#

Gladiator | Credits 34769   
Quote: Firenzza replied at 14-4-2026 08:20 PM
Habis tu gaji masuk akaun org lain jugak ke?

Cash jer....

ADVERTISEMENT


Firenzza Lv.13 8#

Challenger | Credits 17639   
Quote: Skuau replied at 14-4-2026 08:15 PM
Hello!..Bangla saudara Malaydesh...kita Bangladesh lagi 30k-40k mau mari.....u worang tunggu airport ...

1 kapla muntri wuntong 10k, kita worang jual tanah dekat kg bangla mahu kelija sini, gaji banyak busar wooo 1 bulan 5k tiap2 bulan kasi hantar wang kg balik 4.8k, hari2 kita worang makan basmati nasi kuah Kari wooo , rumah duduk, api, ayer, wifi semua free....msia  worang banyak hati baik...adik Manis manyak santeek sini......ammmaaaa

rikiruj Lv.12 9#

Defender | Credits 10070   
Quote: FOTHER-MUCKER replied at 14-4-2026 06:21 PM
Katanya ic Malaysia adalah ic yang tercangih di dunia. Sungguh bangga dengan negara jiran. Tetapi Ke ...

Sebab majikan tu memang tau pun warga asing sebenarnya.. mana boleh tak tau.. pelat indon takkan boleh hilang.. tapi dia mitigate risk kepada ejen pembekal pekerja.  Sebab tu bila kena tangkap dia blame ejen, ejen kata orang lokal ada IC padahal IC curi / pinjam.  Ambik indon gaji murah sebab tu sanggup ambik risiko.  

silance Lv.8 10#

Honour | Credits 2276   
Inilah berita yang kita mau baca selalu. Menjana ekonomi bersepadu, tatadunia, critical thinking, katak keluar tempurung, elevate yourself.

crazybeach Lv.4 11#

Keeper | Credits 529   
padan muka ko babi

All contents are displayed