|
Sebelum ini, tular di media sosial video rakaman memaparkan seorang wanita hamil menyerang suaminya sedang dating dengan pelajar universiti di sebuah kedai makan.
Dalam video itu, si isteri dilihat menghempuk pinggan nasi ke kepala pelajar universiti kemudian menarik tudungnya. Terbaru, wanita hamil itu mengaku masih memilih untuk bersama suaminya walaupun didakwa berlaku curang.
Menurutnya, walaupun ramai mempersoalkan tindakannya memberi peluang, dia menganggap apa yang berlaku sebagai khilaf suami dan dirinya juga tidak sempurna.
Apa yang lebih menyentuh hati, keputusan itu dibuat kerana dia memikirkan masa depan anak yang sedang dikandung.
Tambahnya lagi, tindakan menyerang suami sebelum ini berlaku kerana dia tidak mampu mengawal emosi selepas melihat sendiri suaminya bersama wanita lain. Dalam masa sama, wanita itu merayu agar orang ramai berhenti menyebarkan maklumat peribadi serta mengganggu keluarga mentuanya Dia berharap keadaan tidak terus diperbesarkan dan semua pihak memberi ruang untuk mereka menyelesaikan hal rumah tangga secara peribadi
|