Borneo
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 1067445   


KUCHING: Perbuatan seorang penganggur lelaki yang mengugut hendak melanggar isterinya menggunakan kereta sehingga mati membawa padah apabila dia dipenjara 12 bulan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Ling Hui Chuan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Yusof Abu Bakar, 39, yang mengaku bersalah sebaik didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Seksyen berkenaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap isterinya, 39, dengan cara mengugut hendak membunuhnya menggunakan kereta dalam satu kejadian pada 2 April 2026, sekitar jam 7.45 pagi di sebuah pejabat konsulat di Jalan Central Timur di sini.

Fakta kes mendedahkan pasangan itu bertengkar mulut di hadapan pejabat tersebut pada hari kejadian, sebelum tertuduh bertindak agresif dengan mengeluarkan kata-kata kesat.

Tertuduh seterusnya mengugut mangsa dengan menyatakan: “Aku sik lepaskan kau, tunggu kitak kamek akan langgar kitak balit kerja kau sampei mati” yang bermaksud “Saya tidak akan lepaskan kamu, kamu tunggu saya akan langgar kamu balik kerja sampai kamu mati”.

Mangsa sempat melarikan diri semasa kejadian namun dia berasa takut dengan perbuatan tertuduh.

Khuatir akan keselamatan diri, mangsa membuat laporan polis dan ini membawa kepada penangkapan tertuduh pada 7 April 2026.

Hasil siasatan mendapati mangsa tertekan dengan sikap tertuduh yang sering mengganggunya di tempat kerja, malah kejadian itu turut menimbulkan ketakutan dan trauma terhadap mangsa.

Difahamkan, suami isteri tersebut sudah tinggal berasingan ketika kejadian berlaku.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin sementara tertuduh tidak diwakili peguam.


Sumber : Utusan Borneo
92 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch