Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69796   




Kehidupan mereka sekeluarga berdepan ujian selepas ibunya jatuh sakit, anak kepada Norish Karman dikenali sebagai Manda berkata dia perlu memikul tanggungjawab menjaga ibu dan menguruskan adik-adik.

Menerusi sesi siarang langsung di TikTok, Manda berkata dia perlu menjaga ibunya yang kini tidak boleh berdiri lama serta menguruskan adik-adik tanpa bantuan kewangan yang cukup.

Kongsi Manda, apabila mahu mendapatkan bantuan ada yang membalas dengan kata-kata sindiran sehingga ada yang mempersoalkan mengapa ibunya menjaga ramai anak angkat.

“Kami menghadapi kesukaran dalam kehidupan dan  ia sangat mencabar. Apabila saya ingin meminta bantuan untuk membayar bil perubatan bonda, semua orang berkata, ‘Mintalah dengan bapa awak. Siapa suruh mak awak menjaga terlalu ramai anak angkat?’

“Saya juga cuba sedaya upaya untuk menguruskan semuanya, berulang-alik antara hospital dan rumah, menjaga bonda serta menyediakan makanan untuk adik-adik.

“Bonda tidak boleh ke tandas seorang diri kerana tidak boleh berdiri lama dan pernah beberapa kali tergelincir serta jatuh di dalam bilik air,” katanya.

Sementara itu, Manda berkata bapanya bapanya,Datuk Hashimuddin Abdul Kadir tidak boleh membantu mereka sekeluarga kerana kini sudah uzur dan tiada wang.

“Bapa saya juga sudah tiada wang. Tolong jangan suruh saya meminta daripadanya kerana dia memang tidak mampu membantu kami.

“Jangan mengatakan bapa saya seorang Datuk. Bekas suami ibu saya yang bergelar Datuk itu juga tidak perlu disebut lagi. Dia memang sudah tiada wang dan tidak dapat membantu kami, malah dia juga sedang uzur,”katanya.

Dalam pada itu, Manda berkata dengan gaji diterima daripada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, dia akan membaiki kereta untuk menghantar adik-adik ke sekolah serta ibunya ke hospital serta ubat-ubatan Norish mencecah RM3,000 sebulan.

“Dengan gaji RM20,000 yang diberikan Aliff Syukri, saya ingin membaiki kereta supaya adik-adik dapat ke sekolah, membayar tunggakan bil elektrik serta membeli suplemen dan ubat-ubatan bonda. Itu yang utama.

“Kalau diikutkan, perbelanjaan bulanan ubat-ubatan bonda mencecah sekurang-kurangnya RM3,000. Saya juga ingin membelikan kasut baharu untuk adik-adik ke sekolah,”katanya.

Sumber: Utusan Online, Rotikaya
13.5K Views
114 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


lanacondor Lv.7 2#

Revolutioner | Credits 1591   
Jual aset2 sedia ada.. dduk lah rumah yg lebih kecik.. semua org Pon terkesan dgn ekonomi skg ni.. pandai2 lah manage duit masing2

airfilterkotor Lv.15 3#

Gladiator | Credits 33978   
Quote: “Dengan gaji RM20,000 yang diberikan Aliff Syukri, saya ingin membaiki kereta supaya adik-adik dapat ke sekolah, membayar tunggakan bil elektrik serta membeli suplemen dan ubat-ubatan bonda. Itu yang utama.

“Kalau diikutkan, perbelanjaan bulanan ubat-ubatan bonda mencecah sekurang-kurangnya RM3,000. Saya juga ingin membelikan kasut baharu untuk adik-adik ke sekolah,”katanya.


Ralat ke tidak ni?

plywood Lv.12 4#

Defender | Credits 11334   

Ada yang nak ‘halalkan’ Norish, tapi enggan tanggung anak-anak

Oleh NUR AL-FAIRUZA SYARFA NOR SAIDI
16 April 2026, 12:10 pm

PETALING JAYA – Lebih sedekad menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal, pelakon Norish Karman mengakui ramai yang cuba untuk memikat hatinya.

Bagaimanapun, Norish atau nama lengkapnya, Nor’Ashikin Karman, 52, mengakui dia terpaksa menolak pinangan beberapa individu atas beberapa faktor termasuk berstatus suami orang.

“14 tahun saya jadi ibu tunggal ramai yang memasuk meminang sebenarnya.

“Saya pernah tolak suami orang, ada juga yang mak dia tak suka saya sebab saya tidak kaya macam Datuk Vida.

“Ada juga yang nak (isterikan) saya tapi tak nak anak-anak saya, jadi saya tak boleh teruskan,” katanya dalam siaran langsung TikTok bersama usahawan dan pempengaruh Datuk Seri Aliff Syukri, semalam.

Berkongsi lanjut, pelakon drama Spa Q itu menceritakan beberapa insiden yang masih basah dalam mindanya mengenai perkenalan dengan individu sehingga dituduh sebagai perempuan neraka kerana tidak bertudung.

“Ada mak dia tanya ‘apa kau dapat kawan dengan dia (Norish), dia miskin, ramai anak’. Mak dia tak suka.

“Ada juga yang ketika itu saya belum bertudung lagi, rambut kuning. Mak dia cakap mesti masuk neraka, buat apa cari perempuan neraka, cari perempuan syurga,” ujarnya.

Bagaimanapun, Norish masih berfikiran positif menganggap harus memberi fokus terlebih dahulu kepada lapan orang anaknya.

“Mungkin Allah kata belum (kahwin semula) lagi. Mungkin jihad saya kepada anak-anak dulu,” tuturnya.

Untuk info, Norish Karman pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir namun bercerai pada 15 Julai 2008.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat anak kandung iaitu Muhammad Haqiem Amany, 27, Muhammad Hady Amieran, 23, Nur Hanyz Amanda, 25, dan Haq Alexander, 15.

Manakala, empat anak angkatnya ialah Hasbi Fadullah, 15, Hasya Farahiya,13, Haziq Fadillah, 12, dan Hazra Farisya, 7. – KOSMO! ONLINE


Follow Us

mejaputih Lv.13 5#

Challenger | Credits 16703   
Quote: airfilterkotor replied at 16-4-2026 06:03 PM
Ralat ke tidak ni?

Ikutkan live br ni aliff shukri bg rm30k ..
Iols pelik kes dia ni skjp sakit kritikal, ni ok pulak. Siap minta derma utk tanggung rawatan kat hospital glenegles ke kat mana ari tu.

plywood Lv.12 6#

Defender | Credits 11334   
Norish Karman, anak-anak 'berumah' dalam kereta dua bulan
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin - April 16, 2026 @ 1:31pm

KUALA LUMPUR: Pelakon Norish Karman mendakwa pernah 'berumah' dalam kereta bersama empat anak selama hampir dua bulan selepas bercerai.

Norish mendakwa kegagalan bekas suami membayar ansuran rumah kepada ejen hartanah menyebabkan dia dan anak-anak terpaksa tinggal dalam kereta.

Sepatutnya, bekas suami bayar, tetapi ada peringkat yang dia gagal jadi saya terpaksa tinggalkan rumah itu.

Hendak cari rumah lain pula perlu wang pendahuluan, jadi, saya pilih duduk dalam kereta. Kami tumpang mandi di gimnasium dan letak kereta di hadapan restoran mamak 24 jam.

Jadi, tidaklah bimbang dirompak dan sebagainya kerana ada lampu. Agak-agak tidak boleh tidur, kami lepak makan di mamak," katanya menerusi program audio siar Legasi Podcast kendalian Adlin Aman Ramlie dan Datuk Khairul Anwar Salleh.

Sepanjang tinggal dalam kereta, Norish berkata, ada kawan-kawan mempelawa dia dan anak-anak tinggal bersama. Namun, pelakon filem Sayang Salmah itu tidak mahu terhutang budi.

Ada kawan yang ajak tinggal di rumah mereka tetapi tapi demi menjaga persahabatan, saya terpaksa tolak.

Saya tahu Allah tidak kejam, saya yakin suatu hari nanti saya akan naik semula. Jadi, saya takut ketika di atas, saya terlalu sibuk mengatur hidup dah banyak duit hingga tidak sempat melayan kawan-kawan yang sudah membantu.

Jadi, saya tidak mahu mereka terasa hati, saya tidak mahu ada ruang itu. Sebab itu saya pilih tinggal dalam kereta Exora bersama anak-anak.

Anak-anak pun tidak mahu walaupun saya suruh tinggal di rumah kawan kerana mereka mahu teman saya," katanya.

Bagaimanapun, Norish bersyukur dikurniakan anak-anak yang sangat baik kerana tidak pernah merunggut biarpun terpaksa hidup dalam keadaan terumbang-ambing.

Anak-anak tidak pernah sekalipun merungut walaupun hanya ada wang tunai RM50 dalam tangan biarpun terpaksa menjamah nasi berlauk telur.

"Saya selalu ingatkan mereka mungkin inilah petanda mereka akan menjadi orang hebat suatu hari nanti.

Mereka sebenarnya boleh pilih untuk hidup mewah dan teratur tapi mereka masih memilih saya. Disebabkan itu, saya amat berterima kasih kepada anak-anak kerana sudi terus bersama saya.

Mereka adalah sayap dan kekuatan saya, katanya.

Norish berkata, anak-anak juga tidak pernah hakimi atau mempersoal tindakannya mengambil empat anak angkat dan tidak pernah persoalkan asal usul mereka.

"Saya tidak pernah belikan mereka barang kemas atau telefon bimbit, tetapi, mereka pandai berdikari dan cari duit sendiri membeli apa yang dimahukan," katanya.

Norish berkata, biarpun ketika itu, ibu bapanya masih ada, namun, mereka tidak tahu masalah dilalui kerana tidak mahu mereka risau.

Ada benda yang kita boleh cerita tetapi apabila sudah dewasa, takkan sikit-sikit nak bercerita.

Ketika saya bercerai pun mereka tidak tahu, saya hanya cerita apabila semuanya sudah selesai," katanya.

Norish dan anak-anak mula hidup normal selepas mengusahakan khidmat katering.

Ketika itu, saya gigih buat pengumuman dan kami dapat buat katering untuk 5,000 orang hingga 10,000 orang, cuma saya tak hebohkan," katanya.

Norish berkahwin dengan usahawan, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada 1998, namun, bercerai pada 2008.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Haqiem Armany, Muhammad Hardy Amiru, dan Nurul Hanyz Amanda serta empat anak angkat.

plywood Lv.12 7#

Defender | Credits 11334   
Kalau tengok artikel2 kat atas tu, dia dah ada problem lepas bercerai... suami dia yang bergelar datuk tak bayar duit untuk rumah... sampai kena keluar rumah.. bila masa tak bagi tau pulak

kenapa suami tak bayr nafkah... at least rumahlah. agak pelik datuk kawin artis tak ada duit nak jaga anak2 dia, sampai melarat-larat pulak... netizen kena siasat datuk ni.. sebab dendam ke tak bagi duit...

anak lelaki yang satu lagi kena kerja... yang lain dah tamat sekoalh kena kerja.

ADVERTISEMENT


plywood Lv.12 8#

Defender | Credits 11334   
Bergelar anak Datuk, bapa saya sudah uzur dan tiada wang bantu kami – Anak Norish Karman

Oleh Hiburan
16 April 2026, 10:00 am

KUALA LUMPUR:  Anak kepada pelakon Norish Karman iaitu Nur Hanyz Amanda atau dikenali sebagai Manda mendedahkan kehidupannya sekeluarga amat mencabar sejak ibunya itu jatuh sakit.

Menurut Manda, dia terpaksa memikul tanggungjawab besar menjaga ibunya selain menguruskan adik-adik dan keperluan harian keluarga tanpa bantuan kewangan yang mencukupi.

“Kami menghadapi kesukaran dalam kehidupan dan  ia sangat mencabar. Apabila saya ingin meminta bantuan untuk membayar bil perubatan bonda, semua orang berkata, ‘Mintalah dengan bapa awak. Siapa suruh mak awak menjaga terlalu ramai anak angkat?’

“Saya juga cuba sedaya upaya untuk menguruskan semuanya, berulang-alik antara hospital dan rumah, menjaga bonda serta menyediakan makanan untuk adik-adik. Bonda tidak boleh ke tandas seorang diri kerana tidak boleh berdiri lama dan pernah beberapa kali tergelincir serta jatuh di dalam bilik air,”jelasnya.

Manda berkata demikian di sesi siaran langsung Tiktok selebriti dan usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri, semalam.

Mengulas tanggapan segelintir pihak yang mempersoalkan dirinya tidak bekerja, Manda mengakui, dia pernah dihina disebabkan perkara itu.

“Saya masih ingat, ketika saya ingin meminjam wang, ada yang menghina dengan berkata, ‘Kenapa kau tidak pergi kerja?’ Namun, kerja saya ialah menjaga bonda. Jika saya tiada di sisinya dan sesuatu berlaku seperti dia terjatuh, bagaimana pula?” ujarnya.

Dalam masa sama, Manda turut menafikan dakwaan bahawa dia boleh mendapatkan bantuan daripada bapanya,Datuk Hashimuddin Abdul Kadir.

“Bapa saya juga sudah tiada wang. Tolong jangan suruh saya meminta daripadanya kerana dia memang tidak mampu membantu kami.

“Jangan mengatakan bapa saya seorang Datuk. Bekas suami ibu saya yang bergelar Datuk itu juga tidak perlu disebut lagi. Dia memang sudah tiada wang dan tidak dapat membantu kami, malah dia juga sedang uzur,”katanya.

Dalam pada itu, Manda berkata, peluang pekerjaan selama dua jam bersiaran langsung di Tiktok Aliff Syukri semalam sedikit sebanyak membantu meringankan beban keluarga.

“Dengan gaji RM20,000 yang diberikan Aliff Syukri, saya ingin membaiki kereta supaya adik-adik dapat ke sekolah, membayar tunggakan bil elektrik serta membeli suplemen dan ubat-ubatan bonda. Itu yang utama.

“Kalau diikutkan, perbelanjaan bulanan ubat-ubatan bonda mencecah sekurang-kurangnya RM3,000. Saya juga ingin membelikan kasut baharu untuk adik-adik ke sekolah,”katanya.

Berkongsi mengenai kepayahan hidup, kata Manda, kehidupan mereka sekeluarga sangat sederhana dan serba kekurangan.

“Apabila tiada wang, kami tidak keluar berjalan. Tiada duit untuk isi minyak, kereta pula rosak dan kami tidak makan di luar. Kami makan nasi dengan telur dan kicap bersama-sama, solat bersama-sama dan mengemas rumah bersama-sama. Tetap bahagia.

“Rumah kami juga tidak mempunyai televisyen dan sofa, sebab itulah gambar raya kami diambil dalam keadaan berdiri kerana tiada sofa untuk duduk. Kami juga tidak mempunyai katil di rumah,”ujarnya.

Sementara itu, mengenai tahap kesihatan ibunya, Manda berkata penyakit yang dialami semakin memberi kesan kepada kehidupan harian.

“Pada asalnya bonda menghidap busung. Selepas sembuh, kesan sampingan menyebabkan dia menghidap adenomyosis. Apabila datang haid, darah terlalu banyak sehingga dia perlu menukar pakaian antara tujuh hingga sepuluh kali sehari,”katanya.

Dalam pada itu, Manda meluahkan rasa syukur atas keprihatinan yang diterima, meskipun berdepan pelbagai tuduhan tidak berasas.

Terdahulu, Aliff Syukri menghulurkan sumbangan berbentuk gaji berjumlah RM20,000 kepada Norish dan lapan anak-anaknya hasil melakukan jualan siaran langsung selama dua jam di Tiktoknya semalam.

Difahamkan, tindakan Aliff Syukri itu adalah sebagai sebahagian usaha dia dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid untuk membantu Norish dan anak-anaknya.

plywood Lv.12 9#

Defender | Credits 11334   
Anak cari duit bantu Norish Karman dan keluarga, tak pernah minta beli baju mahal

Khamis, 16 April 2026 10:40 AM
Oleh: MSTAR

KESUSAHAN hidup keluarga membuatkan anak perempuan kepada pelakon Norish Karman iaitu Nur Hanyz Amanda mencari inisiatif dengan bekerja bagi membantu ibunya itu.

Kata Manda, 22, dia ada menerima tawaran berlakon bersama ibu dan hasil pendapatan tersebut digunakan sepenuhnya untuk membayar sewa rumah selain bil utiliti.

"Dalam drama terakhir bunda (Norish), saya ada dapat watak kecil. Gaji itu masuk, terus keluar semula untuk bayar sewa rumah dan bil elektrik. Saya dapat RM2,000 untuk tempoh tiga bulan bekerja," katanya.

Sebelum itu, Manda bersama Norish tampil dalam sesi siaran langsung jualan produk milik usahawan Aliff Syukri yang merupakan satu inisiatif membantu meringankan beban mereka.

Ketika berkongsi tentang keperibadian anaknya, Norish menyifatkan Manda sebagai seorang yang cukup bertanggungjawab dalam menguruskan keluarga.

Malah, Manda juga sanggup melupakan keseronokan dunia remaja bagi memberi fokus melakukan kerja rumah.

"Manda ini anak yang baik. Dia tak pernah keluar berjalan dengan kawan-kawan, nak tengok wayang atau sebagainya.

"Dia tak pernah minta dibelikan baju yang mahal. Dia keluar dengan saya dan adik-adik sahaja. Dia selalu bersama saya," kongsi aktres berkenaan.

Dalam sesi siaran langsung itu, Aliff Syukri berjaya mengumpul wang berjumlah RM15,000 dan diserahkan kepada Norish.

Sebelum ini, kisah Norish yang berdepan masalah kesihatan mendapat perhatian ramai selepas Manda sendiri berkongsi perkara tersebut di media sosial bagi meminta dana untuk menampung kos rawatan ibunya.


plywood Lv.12 10#

Defender | Credits 11334   
rumah siapa dia bergambar kat atas tu.. rumah si alif atau norish, nampak mcm mewah

Purplehaz Lv.9 11#

Adventurer | Credits 4713   
sihat terus. lancar bercakap

Blu3butter Lv.5 12#

Minder | Credits 668   
Anak2 yg berumur tu masih dlm tanggungan ke??? Kalau masing2 berkerja rasanya blh je kongsi2 sara mak dan adik2 janji down gred la sikit life style tu

Tp... Buat pe kerja kalau dgn meminta lbh mendatangkan keuntungan ribu2 lemon.... Emmm betul juga

ninja boy Lv.16 13#

Conqueror | Credits 46605   
Anak lelaki sulung kerja apa

airfilterkotor Lv.15 14#

Gladiator | Credits 33978   
Quote: mejaputih replied at 16-4-2026 06:15 PM
Ikutkan live br ni aliff shukri bg rm30k ..
Iols pelik kes dia ni skjp sakit kritikal, ni ok pulak ...

Duit gaji berbulan bayar lump sum kot. Ku ingatkan gaji sebulan RM20k.

kotakbaju Lv.11 15#

Highlander | Credits 9926   
Quote: plywood replied at 16-4-2026 06:39 PM
rumah siapa dia bergambar kat atas tu.. rumah si alif atau norish, nampak mcm mewah

Rumah Aliff Syukri rasanya.

ADVERTISEMENT


eyansss Lv.15 16#

Gladiator | Credits 34763   
Edited by eyansss at 16-4-2026 10:29 PM
Quote: Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat anak kandung iaitu Muhammad Haqiem Amany, 27, Muhammad Hady Amieran, 23, Nur Hanyz Amanda, 25, dan Haq Alexander, 15.

Manakala, empat anak angkatnya ialah Hasbi Fadullah, 15, Hasya Farahiya,13, Haziq Fadillah, 12, dan Hazra Farisya, 7. – KOSMO!
ada dua yang dah boleh keje sebab Manda kena jaga emaknya kan...

AkokKocik Lv.8 17#

Honour | Credits 2012   
Anak pmpuan ank no.3 jugak yg kena fikir pasal urusan kluarga wpun ada ank lelaki yg sulung & no.2 tu....


gigahertz Lv.9 18#

Adventurer | Credits 3985   
Quote: airfilterkotor: Ralat ke tidak ni?

mmg boleh buat. pinjam ic dan nama tanam dalam SSM.
tapi rasanya alif syukri ni bagi tunai one Off je.
pastu pandai pandai la.

gigahertz Lv.9 19#

Adventurer | Credits 3985   
Quote: mejaputih replied at 16-4-2026 10:15 AM
Ikutkan live br ni aliff shukri bg rm30k ..
Iols pelik kes dia ni skjp sakit kritikal, ni ok pulak ...

bekas laki dia ni Adun Seri menanti. bercerai selepas 9 tahun kalah pilihanraya.

gekkou Lv.13 20#

Challenger | Credits 16486   
kejap anak dgn bekas laki 4 org
kejap artikel cakap 3 org
kejap cakap alif syukri bagi 30k
kejap jadi 20k
and jadi 15k pula

tak consistent artikelnya

yang dia sibuk nak jadi pelakon tu kenapa?
3 bulan berlakon dapat 2k
kalau pergi kerja kat mall sebulan dah bboleh dapat lebih 2k
hari tu anak dharma harun
ni anak yang ini pulak
umur dah 20++ 3 org
pergi lah kerja, dik
jangan lah bagi alasan tak ada transportation
or tak ada duit nk buat tambang
tgk badan masing2 tak lah kurus busuk buruk ke apa
yang tak pergi sekolah tu dah kenapa pula?
masuk sekolah harian biasa sudahlah
kesian anak2
rasanya ramai lagi org susah kat luar sana
pandai je survive walaupun susah
and masuk lah spital kerajaan kalau dah tahu susah tu

1234.. 6Next