Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MAL Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 287443   




JASIN – Tertuduh wanita yang tular memandu bas sambil diriba kekasihnya merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat keputusan 8A 2B kira-kira tiga tahun lalu

Pernyataan tersebut dibuat Nur Adila Najwa Ilham Ameerullah, 21, selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah Majistret Jasin, hari ini.

Nur Adila dan kekasihnya, Arif Fahmi Abd. Salam, 36, didakwa secara bersama-sama di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 2020) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, mereka didapati sebagai pemandu bas bernombor pendaftaran APE 9588 telah membantu kenderaan tersebut dengan cara yang merbahaya kepada orang awam.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 7.30 petang di susur keluar Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bemban, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, dalam daerah ini pada 12 April 2026.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda antara RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun dari tarikh sabitan.

Dalam prosiding sama, Nur Adila turut didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina seorang penumpang wanita berusia 44 tahun yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100.

Dalam prosiding di hadapan Majistret Mazana Sinin, Nur Adila dalam rayuannya memberitahu dia telah dijaga oleh neneknya sejak bayi di Kedah dan memperoleh keputusan 8A dan 2B dalam SPM.

“Saya dapat keputusan 8A 2B dalam SPM dan duduk dengan tok (nenek) sejak bayi, ibu berpantang.

“Saya ada dapat tawaran belajar tapi tak berkemampuan, selepas tok meninggal tak ada yang menanggung saya jadi saya telah berhijrah untuk mencari kerja.

“Saya berharap hukuman ringan diberikan kerana saya mahu sambung belajar,” katanya dalam nada sebak.

Selepas mendengar rayuan tersebut dan mengambil kira usia Nur Adila yang masih muda, mahkamah menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM5,000 atau dua bulan penjara jika gagal bayar bagi Seksyen 42(1) APJ 1987.

Dia turut dikenakan denda RM100 atau 14 hari denda jika gagal bayar bagi Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan lesen memandu digantung selama lima tahun dari tarikh sabitan.

Sumber : Kosmo
6271 Views

ADVERTISEMENT


pinkpunk Lv.8 48#

Honour | Credits 2772   
jarang dak 8A perangai minah rempit cmni. mesti ko bijak sgt dik

Jitu Lv.12 47#

Defender | Credits 11606   
Quote: tumpanglalu74 replied at 18-4-2026 01:02 AM
U nak tau tak apasal I benci Gen Z?  Walopon my doter is also 1.

Filem holiwud sekarang selalu wat ...

rilek la gen z kan BBNU
biasa la tu pikiran tak matang lg

gideoncross Lv.15 46#

Gladiator | Credits 36927   
Quote: mejaputih replied at 20-4-2026 02:18 PM
Ya hampunnnn...nk cpt punya psl plus jari gemuksss

Takpe, asalkan iol faham, dh ckup hahah
Follow Us

gideoncross Lv.15 45#

Gladiator | Credits 36927   
Quote: afie_m replied at 20-4-2026 03:25 PM
dik, jauh benar beza umur ko ngan laki tu...
hurm..

Aiol ok je dgn age gap cmni tpi yg x ok bila llaki tu dh ada bini, yg ni biol af

supernaturalee Lv.17 44#

Superior | Credits 56873   

ada iras wati dalam filem tentang bulan



supernaturalee Lv.17 43#

Superior | Credits 56873   
Quote: cm_vungtau replied at 18-4-2026 07:36 AM
Kecik2 dah jadi penyondol.

tapi masa ats bas tu die yg disondol oleh abg bas






ADVERTISEMENT


afie_m Lv.10 42#

Survivor | Credits 5863   
dik, jauh benar beza umur ko ngan laki tu...
hurm..

mejaputih Lv.13 41#

Challenger | Credits 16803   
Quote: gideoncross replied at 20-4-2026 01:59 PM
Uol punya typo ni buat iol bca dlm nada Tamil Nadu lollll

Ya hampunnnn...nk cpt punya psl plus jari gemuksss

gideoncross Lv.15 40#

Gladiator | Credits 36927   
Quote: mejaputih replied at 17-4-2026 06:44 PM
Sesla dahulu pendapatan..sesal kemudina tada guna..semoga menjadi pengajaran buat semua...

Uol punya typo ni buat iol bca dlm nada Tamil Nadu lollll

prettyuglybabe Lv.18 39#

Master | Credits 68520   
once dah ada rekod penjara memang kelam masa depan ko dek..
nak masuk kerja gomen, memang tak dapat la..
kerja swasta kalau company tak buat background check, boleh la lepas..

zuuu Lv.9 38#

Adventurer | Credits 4237   
Quote: anggeriklatifah replied at 19-4-2026 02:24 AM
Mana bini si pemandu bas ni..tak meroyan ke or memg tgh dlm proses ceraaaiiii...sampah cam ni msih t ...

Xkan la x tahu kut,dh viral sampai masuk tv ni confirm abis sume org dh tahu baik mak ayah adik bwradio sedara mara jiran tetangga bagai...wife dia mmg patut angkat kaki,ingat laki g keja cari nafkah sekali ambik ko sambil bawak bas sambil riba pompuan lain pulak...mmg allah nk tunjuk abis viral semua org tahu kelakuan laki ko...dh dipecat sekali ngan pakej masuk penjara ni kalo tetap nk setia gak mmg aq pon x tahu nk cakap apa

IzzahF Lv.11 37#

Highlander | Credits 9140   
sayangnya..dia ada tok nenek. mak bapak xde nk guide. budak2 mcm ni mmg fragile. bercampur gaul plak dgn tah sapa2

BoongaKertas Lv.14 36#

Fighter | Credits 22703   
syg budak pompuan cenggini. ko ada masa dpn cerah dik, takat drebar bas yg siap pakej ada bini tu pun ko tergoda ke dik??? pls eh!

helen8118 Lv.1 35#

Beginner | Credits 39   
sayangnya dah 8A tapi gatei nak diriba. kecik kecik dulu jarang diriba ya

ADVERTISEMENT


tumpanglalu74 Lv.17 34#

Superior | Credits 50695   
Quote: cm_vungtau replied at 19-4-2026 11:03 PM
Anak aku kat world top uni kat Singapore dan Hong Kong sana. Belakang apa. Selalu perangai anak me ...

Udah ko konfiden 100% ape boley buad..  Kalo tibe2 stress gantong diri jangan ko menanges hibe pule di sini ye.  

cm_vungtau Lv.12 33#

Defender | Credits 13011   
Edited by cm_vungtau at 19-4-2026 11:22 PM
Quote: tumpanglalu74 replied at 19-4-2026 07:27 PM
Anak2 ko memang bijak ambek ati ko..  Belakang ko???  Ko tau ape depe buad??


Anak aku kat world top uni kat Singapore dan Hong Kong sana. Belakang apa. Selalu perangai anak mengikut perangai mak bapak. Kalau dididik helok, helok la perangainya noks. You reap what you sow agittcheww

tumpanglalu74 Lv.17 32#

Superior | Credits 50695   
Quote: cm_vungtau replied at 19-4-2026 10:52 AM
Iols suka aje gen Z. I think they should take over the whole working system.  maybe anak2 iol ...

Anak2 ko memang bijak ambek ati ko..  Belakang ko???  Ko tau ape depe buad??

mejaputih Lv.13 31#

Challenger | Credits 16803   
Quote: Apoo replied at 19-4-2026 10:53 AM
Indeed bro. Bagi aku peristiwa ni sepatutnya membuka mata kita untuk melihat isu yang lebih besar  ...

Biasa skolah akan buat analysis ke mana student dia lps spm..adik iols cikgu ajar subjek spm, dan dorg bersama cikgu kaunseling akan check semula mana2 student yg ada potensi tp tercicir..jika ada yg tak dpt tempat kat mana2 institusi walaupun result bagus, dorg akan contact budak tu dan selidik dan tlg dptkan tempat di institusi awam. Tp kalau budak tu dah x minat sambung belajar nk terus keje, x dapek nk tolong la. Sbb ada je budak yg lps abis exam spm buat keje part time...pastu dah seronok dpt gaji, terus xnak sambung belajar bila result dah kuar...

FOTHER-MUCKER Lv.20 30#

Legenderer | Credits 142726   
Edited by FOTHER-MUCKER at 18-4-2026 07:02 PM

Gadis diriba sambil diraba oleh deriber bas express
123Next