Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MAL Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 287443   





LAHAD DATU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menafikan dakwaan kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik yang sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia kini menjadi milik Indonesia.

Beliau menegaskan laporan berkaitan dakwaan itu seperti disiarkan media tempatan di negara jiran sebagai tidak tepat, di samping tidak mencerminkan hasil sebenar rundingan berkaitan sempadan di antara Malaysia dan Indonesia.

"Itu tidak betul (kawasan Pulau Sebatik jadi milik Indonesia)... siapa yang cakap diserahkan... Media Indonesia? Itu tidak betul," katanya selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan, di sini, hari ini.

Terdahulu, media tempatan Indonesia melaporkan Ketua Staf Presiden (KSP), M Qodari, memaklumkan kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik yang di Malaysia kini sah menjadi milik Indonesia.

Qodari dilapor berkata, perubahan terbabit hasil diplomasi berhubung penyelesaian sempadan darat antara Indonesia dan Malaysia.

Pada masa sama, Qodari berkata penyelesaian sempadan itu turut menyebabkan sebahagian kawasan Indonesia kini termasuk dalam wilayah Malaysia.

Bagaimanapun, kawasan yang 'terlepas' itu hanya seluas 4.9 hektar, lebih kecil berbanding kawasan Malaysia yang kini menjadi milik Indonesia.

Malaysia lebih untung

Dalam pada itu, Hajiji menegaskan Malaysia sebenarnya lebih untung dalam rundingan sempadan membabitkan dua negara terbabit.

"Kita (sebenarnya) untung, tetapi saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) dan Pak Prabowo (Presiden Indonesia, Prabowo Subianto) tidak boleh buat kenyataan .. itu saya boleh cakap," katanya.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara didakwa termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara.

Tiga kampung itu ialah Kampung Kabungalor, Kampung Lipaga dan Kampung Tetagas yang terletak berdekatan sempadan Tawau, Malaysia.

Perubahan itu membabitkan keluasan 4.91 hektar tanah kediaman dan 127 hektar ladang kelapa sawit yang kini diisytiharkan berada dalam wilayah Malaysia.


Sumber : Kosmo
1327 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch