Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

FOTHER-MUCKER Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 142297   
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-4-2026 02:22 AM





4 penyamun serbu kedai emas, larikan 15kg barangan kemas RM9.5 juta di Brickfields



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus.



KUALA LUMPUR: Empat lelaki termasuk dua bersenjatakan pistol menyerbu sebuah kedai emas di Jalan Tun Sambanthan dekat Brickfields, di sini dan melarikan pelbagai barangan kemas bernilai kira-kira RM9.75 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi tadi dengan semua suspek yang belum dikenal pasti identiti melarikan 21 dulang emas dari premis itu membabitkan anggaran berat 15 kilogram (kg).

Empat suspek bersenjatakan dua pistol yang identitinya belum dikenal pasti menyerbu masuk premis dan melarikan 21 dulang emas.
Suspek turut melarikan selaras senapang patah milik pengawal keselamatan bersama sebutir peluru, katanya.

Menurut Fadil, kes kini masih dalam siasatan dan usaha mengesan semua suspek sedang giat dijalankan.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, atau mana-mana balai polis berhampiran

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan bersenjata.



Rate
There are 1 People reward the building owner
1881 Views
14 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


FOTHER-MUCKER Author 2#

Legenderer | Credits 142297   
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-4-2026 02:23 AM



https://fb.watch/GxMA_Ej3LJ/?fs=e



https://m.youtube.com/watch?v=9uvoew56EgY

hart_attack Lv.14 3#

Fighter | Credits 20151   
Edited by hart_attack at 17-4-2026 09:50 PM

Dorg ni geng,mungkin dh lama rancang. Byk tu 9.5j antara yg terbanyak penah iols dgr psal rompakan kedai emas ni. Tmpat pula kwsan betul² tgh bandar Brickfields.

Lps ni hrap polis kerap² la ronda.

Minami2013 Lv.15 4#

Gladiator | Credits 33048   
2 juta sorang
Follow Us

batmana Lv.16 5#

Conqueror | Credits 40104   
Cm keje org dalam je

Purestteam1 Lv.7 6#

Revolutioner | Credits 1279   
fuh.. kaya..kaya..kaya

Radzor Lv.11 7#

Highlander | Credits 8722   
wow. well planned. dia bukak laci tu mmg tak kunci ke

ADVERTISEMENT


mejaputih Lv.13 8#

Challenger | Credits 16703   
Kul 11 pagi dah ramai org sekeliling...jalan situ agak sibuk sbb dkt dgn kl sentral...

miss_white Lv.13 9#

Challenger | Credits 19180   
Kedai emas India ...

hart_attack Lv.14 10#

Fighter | Credits 20151   
Quote: mejaputih replied at 18-4-2026 08:58 AM
Kul 11 pagi dah ramai org sekeliling...jalan situ agak sibuk sbb dkt dgn kl sentral...

Kan,kwsan tu mmg sentiasa sibuk. Org lalu lalang. Klau kedai india mesti yg rompak samun geng dia org jugak.

kotakbaju Lv.11 11#

Highlander | Credits 9926   
Staff yg lari tu tak tepon polis ke camne? Ke lari menyorok

akukah Lv.7 12#

Revolutioner | Credits 1690   
Quote: hart_attack replied at 19-4-2026 01:16 AM
Kan,kwsan tu mmg sentiasa sibuk. Org lalu lalang. Klau kedai india mesti yg rompak samun geng dia  ...

Tgk dr security kedai pun mmg mengundang je perompak. mcm tu je hire security guard yg tak nampak fit pun.
Kedai emas terlalu kedekut nk invest utk security.
Pekerja kaunter tak payah jadi hero pun.. semua brg kemas tu cover by insurance

mejaputih Lv.13 13#

Challenger | Credits 16703   
Quote: hart_attack replied at 19-4-2026 01:16 AM
Kan,kwsan tu mmg sentiasa sibuk. Org lalu lalang. Klau kedai india mesti yg rompak samun geng dia  ...

Iols pun suspek geng dorg juga..situ kan kwsn little india

supernaturalee Lv.17 14#

Superior | Credits 56755   
credit sumber: https://lobakmerah.com/rompakan- ... ari-subang-airport/


Rompakan Paling Berani! Kisah Geng Mamak Rompak Jongkong Emas RM12 Juta Dari Subang Airport
by Nadia Ghafar
3 years ago

Share
Tweet
Collage 16
Your Name
Mobile Number
Email
Kalau korang nak tahu, masa sambutan kemerdekaan pada tahun 1994, negara kita pernah digemparkan dengan berita rompakan terbesar yang pernah berlaku di Malaysia.

Lebih memeranjatkan, rompakan ini telah dibuat di sebuah tempat yang mempunyai kawalan keselamatan terbaik di Malaysia. Tindakan berani geng perompak ini sangat mengejutkan sehingga pihak berkuasa ingatkan rompakan ini dibuat oleh geng luar negara!

Jom kita tengok macam mana rompakan paling berani pernah berlaku di Malaysia ini dijalankan…

Sengaja pilih Hari Merdeka
What Does Merdeka Mean To You Interview Featured Image.jpg

Pada jam 5 pagi, ketika Malaysia sedang menantikan sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-37 dan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sibuk membuat persiapan perayaan ini, mereka telah dikejutkan dengan berita bahawa sebuah rompakan telah berlaku.


Lebih memeranjatkan, perompak ini telah berjaya melarikan jongkong emas berjumlah RM12 juta dari Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Subang yang mempunyai kawalan keselamatan terbaik di Malaysia.

Seorang Pegawai Penyiasat, Azizan Anan mengatakan perkara ini tak pernah berlaku sepanjang kerjanya sebagai anggota PDRM.

Sepanjang kejaya saya sebagai anggota polis, perkara ini tak pernah berlaku. Kejadian ini berlaku di tempat yang kawalannya ketat. Jadi untuk penetrate ke kawasan ini memerlukan satu perancangan yang baik.”

Setibanya di lokasi kejadian, pihak polis telah menemui tiga orang pengawal keselamatan telah diikat dan mereka memberitahu bahawa pelaku merupakan anggota polis. Terkejut dengan pendedahan tersebut, pihak berkuasa telah bertindak untuk melihat rakaman CCTV.


CCTV tunjuk pelaku lengkap berpakaian seragam polis
Screenshot 2023 06 13 At 3.04.01 Pm

Ketika melihat semula rakaman CCTV, Pegawai Penyiasat, Amidon Anam terkejut melihat perompak ini memakai pakaian seragam polis, mungkin betul apa yang dikatakan oleh pengawal keselamatan?

Namun begitu, apabila Amidon melihat dengan teliti, gaya percakapan dan gerak tubuh perompak ini memang bukan seperti anggota polis.

Mereka bukan pegawai polis, mereka adalah perompak. Perompak yang bijak merancang.”

Menerusi rakaman CCTV ini, dapat dilihat bahawa geng perompak ini berjaya membawa keluar jongkong-jongkong emas bernilai 12 juta ini hanya dalam masa 20 minit. Mereka juga telah memilih masa dan hari ketika kawalan di sana tidak ketat kerana kebanyakan pekerja bercuti sempena sambutan hari kemerdekaan.

Cctv 768X428 1

Malah, kerana perancangan yang terlalu baik dan kejayaan mereka merompak kawasan yang mempunyai kawalan yang sangat ketat ini, Azizan mengatakan mustahil rompakan seberani ini dibuat oleh geng penjenayah dalam negara.

Pada ketika itu saya dapati memang tak ada kumpulan atau geng tempatan yang sanggup atau berani membuat perkara atau rompakan seperti ini.”

Pihak berkuasa pada awalnya percaya bahawa rompakan sehebat ini hanya mampu dibuat oleh penjenayah antarabangsa sahaja.

PDRM terima kritikan dari Dr. Mahathir
Screenshot 2023 06 13 At 3.09.59 Pm

Apabila berita mengenai rompakan ini menjadi topik utama media, semua orang mahu tahu siapa yang bertanggungjawab dan bagaimana rompakan sebesar ini boleh berlaku.

Malah, Perdana Menteri pada ketika itu, Dr Mahathir telah mengkritik kawalan keselamatan di lapangan terbang tersebut.

Kalau jongkong emas boleh hilang, tak mustahil kapal terbang pun boleh hilang.”

Jelasnya kritikan ini telah memberikan tamparan yang hebat buat pasukan polis. Ia membuatkan pihak PDRM bertungkus lumus untuk menyelesaikan kes ini.

Bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PDRM, satu pasukan unit pengintip telah ditubuhkan bagi memburu kumpulan ini diketuai oleh dua anggota polis terbaik pada ketika itu iaitu adik beradik Azizan Anan dan Amidon Anan.

Kalau ada Azizan dan Amidon dalam satu pasukan, kalau anda adalah penjenayah, anda tak akan tidur sebab anda tahu anda akan diburu. Mereka tak akan tidur, mereka tak akan makan, mereka akan buru anda dengan semangat sehingga anda tertangkap.”



Polis berjaya kenalpasti perompak?
Selepas tak berjaya menemui apa-apa kaitan di antara rompakan ini dengan penjenayah antarabangsa, pihak polis mula menyiasat geng-geng tempatan.

Azizan dan Amidon menemui satu geng yang telah membuat modus operandi yang sama di mana mereka sering menyamar menjadi anggota polis, anggota kastam atau anggota JPJ dan turut dikenali dengan rompakan-rompakan gudang.

Selepas menemubual berapa saksi, mereka menemui yang perompak-perompak ini mempunyai raut wajah seperti India dan mamak jadi kumpulan ini telah digelar sebagai Geng Mamak.

Siasatan lanjut mendapati ketua geng ini merupakan adik-beradik Abu Bakar iaitu Sharif, Rozlan, Yusuf Abu Bakar yang mempunyai asal usul Sri Lanka-Malaysia. Mereka bermula dengan jenayah kecil seperti rompakan di rumah dan kedai sebelum beralih ke jenayah besar yang melibatkan jutaan ringgit.

Gang Mamak

Mereka akan menggunakan teknik licik seperti penyamaran dan pujukan berbanding senjata api dan keganasan bagi membantu mereka untuk mendapat hukuman yang lebih ringan sekiranya tertangkap.

Selepas berbulan pencarian tak membuahkan hasil, Amidon mendapat maklumat tentang lokasi kumpulan Geng Mamak dan telah mengikut mereka menggunakan kereta tak bertanda, namun perompak ini berjaya larikan diri dari Amidon malah pemandunya sempat melambai sebelum memecut laju kereta mewahnya.

Tindakan ini menunjukkan bahawa penyamaran Amidon telah terbongkar dan geng ini tahu perancangan polis.

Pihak polis mengesyaki terdapat orang yang membocorkan maklumat di dalam pasukan mereka dan mula menukar anggota yang terlibat dan perancangan mereka.

Dua kepala Geng Mamak ditahan
Screen Shot 2021 01 19 At 1

Penukaran pihak polis ini membuatkan mereka berjaya menahan dua adik beradik yang merupakan kepala geng ini iaitu Rozlan dan Yusuf.

Sesi soal siasat mendapati bahawa Sharif merupakan ketua kumpulan dan mereka telah menjalani kehidupan yang mewah dan sering memakai pakaian dan kereta-kereta mewah.

Motivasi utama mereka adalah duit dan mereka juga mahu diingati sebagai lagenda. Kerana ini mereka telah membuat rompakan berskala tinggi.

Bagi rompakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, geng ini telah mengambil masa berbulan-bulan membuat perancangan dan latihan sehingga ke sekecil-kecil perancangan tentang apa yang mereka akan lakukan sekiranya tertangkap. Macam Money Heist!

Akhirnya, pihak polis berjaya menahan kebanyakan dari geng ini termasuk Sharif namun begitu kebanyakan jongkong emas yang dicuri telah pun dicairkan dan dijual, hanya sedikit sahaja yang dapat dirampas semula.

Pada tahun 1995, ketika kesemua suspek yang ditahan telah didakwa di mahkamah, salah seorang dari ahli Geng Mamak telah membuat keputusan untuk berpaling tadah dan sanggup memberi keterangan mengenai geng ini. Namun belum sempat testimoni diambil, saksi ini tiba-tiba hilang.

Ekoran ini, mahkamah tak mempunyai pilihan selain melepaskan kesemua suspek yang ditahan dan sehingga hari ini kes rompakan merdeka ini masih lagi belum diselesaikan.

Arcintap 6Idzzd4H59Hgljfy65L Layout

Malah Geng Mamak ini dikatakan masih lagi aktif dan diteruskan oleh legasi mereka dengan cara yang sama iaitu menyamar jadi pegawai polis. Terakhir, pada tahun 2017, dua ahli mereka telah ditembak mati di dalam satu serangan tembakan bersama pihak polis.

Sumber: YouTube






........begitulah flashback saye


(saksi tu rsnya dah selamat didiamkan lps bg statement tu)

Dalcott Lv.9 15#

Adventurer | Credits 4671   
selamba je curi amik tray terus. blh pulak masuk balik. ni mcm saje tggu curi je

All contents are displayed

Last Replies
More Isu Semasa