Utara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1752050   
12 Julai DAP tetapkan hala tuju dalam kongres khas

Nur Izzati Mohamad - April 19, 2026 @ 3:05pm




Pimpinan DAP memotong kek sebagai tanda sambutan 60 tahun parti itu - Foto NSTP/AURIS FAQRURAZZI



BUKIT MERTAJAM: DAP menetapkan 12 Julai ini untuk mengadakan kongres khas bagi menentukan hala tuju dan masa depan parti berkenaan.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke, yang menyifatkan kongres berkenaan sebagai penting bagi parti berkata ahlinya diminta hadir untuk menyumbang buah fikiran, membahas serta membuat keputusan terbaik.

"Ini satu titik yang sangat-sangat utama dan mustahak bagi perjuangan parti yang kita tahu negara kini berdepan banyak cabaran.

"Hari ini, dalam Kerajaan Persekutuan, yang perlu kita tangani bukan sekadar isu negara, tetapi isu yang memberi kesan global yang dibawa oleh perang Asia Barat yang (DAP) sebagai sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan sudah tentu kita perlu menghadapi cabaran ini.

"Kita tahu ahli parti juga berdepan cabaran yang besar tetapi kita mesti berani untuk mengatasi semua cabaran dan semua masalah, yang jika kita ingat mula-mula dulu ketika kita langsung tiada kuasa, tiada sumber, tiada kuasa apa-apa, kita masih mampu bertahan," katanya berucap pada Majlis Ulangtahun DAP ke-60, di sini, hari ini.

Jelasnya, kekuatan parti bergantung kepada semua ahli tanpa mengira jawatan yang sepanjang enam dekad penubuhan, DAP kekal berpegang kepada prinsip perjuangan walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk tempoh panjang sebagai pembangkang suatu ketika dahulu.

"Parti ini boleh bertahan 60 tahun kerana kita ada ahli-ahli yang sanggup berkorban, berjuang bukan demi jawatan, berjuang bukan demi wang ringgit, tetapi demi satu matlamat, satu visi, nak lihat Malaysia ini jauh lebih baik.

"Ini bukan untuk kepentingan peribadi sebaliknya demi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih adil, progresif dan inklusif untuk semua rakyat," katanya.

Mengulas lanjut, Loke berkata, Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang ditadbir DAP perlu terus menjadi contoh kepada negara yang ia menjadi bukti perjuangan parti.

"Pulau Pinang memainkan peranan yang sangat penting kerana ia adalah satu-satunya negeri yang dapat ditadbir DAP.

Jadi kita mahu buktikan bahawa dasar kita memberi manfaat kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang," katanya.

Sementara itu, Loke menyeru perpaduan dalam parti dan usaha lebih besar untuk memupuk pemimpin muda dengan menggesa golongan veteran membimbing generasi seterusnya.

"Kita perlu membimbing dan memberi ruang kepada anak muda untuk meneruskan perjuangan kerana tanpa generasi pelapis, parti tidak akan mempunyai masa depan.

"Sempena ulang tahun ke-60 ia bukan pengakhiran sebaliknya permulaan untuk kita bawa semangat ini ke seluruh negara," katanya.

Loke sebelum ini dipetik berkata DAP akan mengadakan kongres itu untuk menentukan hala tujunya dalam Kerajaan Perpaduan tetapi memberi komitmen semua Ahli Parlimennya akan kekal menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi DAP Pulau Pinang dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC), Steven Sim pula dilapor berkata parti komponen PH diminta tidak bimbang dengan keputusan yang akan diambil DAP dalam kongres itu kerana 'apa jua keputusan DAP, kita tidak akan mengkhianati dan membelakangi kepentingan rakyat'.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1535537/12-julai-dap-tetapkan-hala-tuju-dalam-kongres-khas





100 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch