CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6138|Reply: 61

[Tempatan] Kebakaran besar yang memusnahkan 1,000 rumah di Kampung Bahagia, Sandakan awal pagi tadi disifatkan sebagai satu tragedi kemanusiaan yang mendukacitakan seluruh negara.

[Copy link]
Post time 19-4-2026 06:47 PM | Show all posts |Read mode



Kebakaran Kampung Bahagia: Tragedi kemanusiaan, jamin bantuan segera - MustapaSamsudin Musa, 65, melihat rumahnya yang musnah dalam kebakaran di perkampungan atas air Kampung Bahagia di sini, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Kebakaran besar yang memusnahkan 1,000 rumah di Kampung Bahagia, Sandakan awal pagi tadi disifatkan sebagai satu tragedi kemanusiaan yang mendukacitakan seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud, berkata Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama agensi berkaitan telah digerakkan dengan segera ke lokasi berkenaan bagi membantu mangsa.

Beliau berkata, operasi agensi itu merangkumi proses menyelamat, pemindahan mangsa, pendaftaran, serta penyediaan bantuan awal di pusat penempatan sementara (PPS).

Menzahirkan rasa pilu atas musibah itu, beliau berkata, kesedihan yang dialami oleh penduduk Kampung Bahagia turut dirasai seluruh rakyat Malaysia.

"Bayangkan, dalam satu malam ada anak-anak yang kehilangan tempat berteduh, ibu bapa yang kehilangan segala harta benda, dan keluarga yang kini tinggal sehelai sepinggang dengan hanya pakaian di badan.

"Insiden ini bukan sekadar kebakaran, ia adalah satu tragedi kemanusiaan yang telah memusnahkan hampir 1,000 buah rumah dan menjejaskan ribuan penduduk dalam sekelip mata," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustapha turut memberi jaminan mangsa yang terbabit tidak akan dibiarkan bersendirian dalam menghadapi saat sukar itu.

Katanya, Kerajaan MADANI bersama-sama Kerajaan Negeri Sabah akan memastikan segala bentuk bantuan disalurkan secepat mungkin dengan usaha pemulihan digerakkan penuh komitmen.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Sabah untuk terus bersatu hati menghulurkan sumbangan serta mendoakan kesejahteraan mereka kerana bantuan fizikal semata-mata tidak mampu mengubati trauma mangsa.

"Dalam saat sebegini, kita tidak boleh biarkan mangsa menghadapi ujian ini sendirian. Insya-Allah, daripada abu ini, kita akan bangkit semula," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2026 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak betul unit rumah terbakar sampai 1000 rumah. Ni kira macam satu kampung habis la hangus terbakar. Mungkin rumah rapat2 ni tu yg senang merebak. Nanti ada la bantuan bina rumah baru utk diorg. Btw diorg ni memang orang asal situ ke atau ada orang luar?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2026 09:24 AM | Show all posts
1000 rumah? Banyak betul. Ni perkampungan air la kan? Biasanya rumah rapat2 macam setinggan.. pastu dihubungkan antara satu dengan lain guna titi kayu jugak.. Semua kayu.. memang sedap la api bakar.. ironinya rumah tu atas air.. tapi api tetap marak..

Ye la.. air kat bawah.. nak guna padam api camne..  kalau bomba datang pon.. sebanyak mana sangat bole dipadamkan dah kawasannya luas
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2026 10:25 AM | Show all posts
iols dengar berita masa kebakaran tu air laut tgh surut.. jadi bomba susah nak dptkan punca air terbuka utk padam kan api.. mmg kesian.. musibah cumanya penduduk situ memang warganegara ke idak?? sana kan ramai pati dari pilipin.. moga dah pindah ke PPS ni boleh le imig check skali depa ni org kita ke bukan dan sah kan IC depa ni genuine ke x...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2026 10:41 AM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 20-4-2026 10:44 AM
kotakbaju replied at 19-4-2026 08:51 PM
Banyak betul unit rumah terbakar sampai 1000 rumah. Ni kira macam satu kampung habis la hangus terba ...

umah atas air yg rapat2...

yg ni rekyat Mesia

dulu2

umah PTI terutama Pinoy dah diruntuhkan

kg mcm ni ada lagi di L Datu

Tawau rasanya dah x de

Labuan ada lagi

kat Bandaraya K Kinabalu dulu ada

rasanya dah x de kott
Teluk Sepanggar x jauh dari Karambunai Resort pon ada Kg Air







Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2026 10:41 AM | Show all posts
talapia replied at 20-4-2026 09:24 AM
1000 rumah? Banyak betul. Ni perkampungan air la kan? Biasanya rumah rapat2 macam setinggan.. pastu  ...

ya sambung dgn titi kayu

bukan setakat umah

surau pon ado
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2026 12:30 PM | Show all posts
bulan_gerhana replied at 20-4-2026 10:25 AM
iols dengar berita masa kebakaran tu air laut tgh surut.. jadi bomba susah nak dptkan punca air terb ...

oo laut tengah surut eh?

ada tertengok video dulu bot bomba klau x silap.. datang dari arah laut la.. sedut air laut barangkali.. utk padamkan api. Tapi kalau surut.. memang payahla jentera jenis bot nak digunakan.. memang harap jentera lori tu aje simbah dari darat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2026 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 20-4-2026 10:41 AM
umah atas air yg rapat2...

yg ni rekyat Mesia

Kira penduduk yg terlibat ni bukan warga asing atau pati la ye, memang penduduk lokal situ.

Kesian betul diorg. Tempat tinggal musnah sekelip mata. Semoga bertabah la.

Dari dulu meols pikir, kalau umah atas air ni dia punya kumbahan diorg direct ke bawah laut eh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2026 02:26 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 20-4-2026 02:01 PM
Kira penduduk yg terlibat ni bukan warga asing atau pati la ye, memang penduduk lokal situ.

Kesi ...

aku rasa...

plumbing utk kumbahan ni proper..

kalo x silap..

Kg Air di Labuan jadi antara tempat tarikan pelancongan
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2026 02:40 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 20-4-2026 02:26 PM
aku rasa...

plumbing utk kumbahan ni proper..

aku x penah masuk mana2 Kg Air kat Sabah ni
penah lalu jer atau berhenti kat luar kg air ni jer


Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2026 02:43 PM | Show all posts
..


Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2026 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah.. kesian nya
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2026 03:44 PM | Show all posts
ngeri la tgk apinya laju. rumah plk rapat2 mmg takde bomba access ke..mmg tak ikut bomba spec..jd apa2 mmg sekejap je api merebak. susah juga nk ckp psl sabah ni mmg byk pati, stateless




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2026 04:15 PM | Show all posts
lembik bomba buat keje..katanya teruk bomba kena maki
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2026 04:16 PM | Show all posts
klu dulu rumah2 kg air yang rapat2 ini terbakar ada yang disengajakan. sebab tempat mcm ni pti ramai bersembunyi, ada yang dengan kawan, saudara mara atau family yg ada ic, jadi ada pti nak ic free lagi2 bila mulai banyak pemeriksaan, maka kebakaran spt ini adalah satu jalan untuk dapat ic free.. claim semua dokumen terbakar.. kes ini tak taulah mcm mana
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2026 04:29 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 20-4-2026 02:40 PM
aku x penah masuk mana2 Kg Air kat Sabah ni
penah lalu jer atau berhenti kat luar kg air ni jer

Kg Tinosa 2 ada la masuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2026 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sumpahan Zara
Penampakan sittah ttg sabah
Boleh gitu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2026 05:00 PM | Show all posts
tu yang banyak2 tepi rumah tu apa timbunan sampah ke nyah..yang macam omputeh kantoikan sebelum ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2026 05:22 PM | Show all posts
plywood replied at 20-4-2026 04:16 PM
klu dulu rumah2 kg air yang rapat2 ini terbakar ada yang disengajakan. sebab tempat mcm ni pti ramai ...

masa ai duk sabah byk kebakaran jadi. lg2 tawau. mmg pati/stateless penuh dlm tu. pusat dadah segala dlm tu selain depa buat transit pendatang2 yg baru nak masuk. 15-20 min je dari pilipin/yindon bagai terus masuk bawah rumah air tu...pulis pun ngeri nk masuk check dlm tu

maka mmbiak2 mereka dengan jayanya
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2026 05:54 PM | Show all posts

ooo...

baru ku tau kat Sandakan, area situ pon ada kampung air

yg ku tau

kat area Pusat Bandar Sandakan & Port jah

plumbing utk kumbahan ok kan kat Kg Tinosa 2 tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2026 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.083186 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list