Utara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1752031   
500 jambangan bunga buat tetamu rumah terbuka

Redzuan Muharam[email protected]





Tetamu yang hadir mengambil cenderahati bunga segar. FOTO Ihsan Azzim Aziz




Baling: Bagi mencari kelainan, pemuda ini menghadiahkan bunga segar sebagai cenderahati buat setiap tetamu yang hadir ke rumah terbukanya pada Rabu lalu.

Mohd Hazim Aziz, 31, atau dikenali Azzim Aziz berkata dia menempah 500 jambangan bunga untuk dihadiahkan kepada 300 tetamu yang terdiri daripada penduduk Kampung Pulai, di sini.

Azzim yang juga pereka fesyen mengakui gembira kerana dapat berkongsi rezeki dengan cara sebegitu di samping menjamu tetamu dengan juadah disediakan.

"Sebenarnya, setiap tahun, saya anjurkan rumah terbuka cuma sebelum ini kecil-kecilan dengan bilangan jemputan yang tak ramai.

"Kali ini, saya ada rezeki lebih jadi dapat jemput lebih ramai keluarga dan penduduk kampung.

Cuma pada saat akhir, saya dapat idea nak beri cenderahati bunga segar sebagai tanda ingatan buat tetamu yang datang kerana raya pun setahun sekali," katanya kepada Harian Metro.

Sebagai tuan rumah, Azzim gembira melihat wajah ceria tetamu selepas menerima cenderahati pemberiannya.

"Saya nampak mereka gembira terutama yang wanita kerana rata-rata perempuan memang sukakan bunga.

"Mereka ucap terima kasih dan sebak juga kerana ada antaranya kurang berkemampuan jadi anggap pemberian bunga segar sebagai sesuatu yang mahal dan sangat bermakna.

"Niat saya cuma nak gembirakan saja dan hargai kesudian datang ke rumah saya kerana tetamu perlu diraikan kerana mereka juga pembawa rezeki," katanya.



Disiarkan pada: April 19, 2026 @ 12:29pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/04/1347774/500-jambangan-bunga-buat-tetamu-rumah-terbuka




144 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch