Utara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1755919   
'PM buat banyak perkara baik tetapi rakyat mahu beliau buat lebih baik' - Guan Eng

Nur Izzati Mohamad[email protected]





PENASIHAT Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng berucap pada majlis pelancaran DAP60 sempena sambutan ulang tahun ke-60 DAP. FOTO Auris Faqrurazzi




Bukit Mertajam: DAP terus kekal memperjuangkan agenda reformasi dengan prinsip berani menyuarakan kebenaran demi kepentingan dan tanggungjawab kepada rakyat meskipun berada dalam kerajaan hari ini.

Oleh itu, parti berkenaan berpandangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu melakukan lebih banyak perkara baik kepada rakyat.

Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng berkata, parti menyokong kepimpinan Anwar yang membantu dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat di negara ini.

"Kita mahu Perdana Menteri kita berjaya.

Kita rasa Datuk Seri Anwar Ibrahim ada buat banyak perkara yang baik, tetapi rakyat mahu dia lebih berjaya.

"Bila berjaya, Datuk Seri Anwar buat lebih banyak perkara yang baik demi kesejahteraan rakyat," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke-60 DAP, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, DAP tidak pernah mengorbankan prinsip dan membelakangkan idealisme serta teguran yang diberikan kepada kepimpinan kerajaan adalah untuk memastikan apa dilakukan berada pada landasan benar demi manfaat rakyat.

"Kita tidak mahu mengorbankan prinsip, membelakangkan idealisme, dan juga membenarkan rakyat menjadi mangsa dalam setiap dasar serta keputusan yang dibuat.

"Perjuangan rakyat adalah perjuangan utama kita semua," katanya.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, kongres khas DAP yang dijadual pada 12 Julai depan juga diadakan bermatlamat untuk meneruskan agenda reformasi.

"Jadi, kita harap semua ahli dapat memberi sokongan penuh kepada kepimpinan demi perjuangan dan matlamat parti kita," katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Steven Sim Chee Keong berkata, DAP mesti terbuka menerima kritikan awam memandangkan parti bukan sahaja berkhidmat di peringkat kerajaan negeri tetapi pusat.

Beliau berkata, kritikan daripada rakyat tidak dapat dielakkan apabila sesebuah parti berada dalam kerajaan dan pemimpin mesti bersedia menghadapi maklum balas serta ketidakpuasan terhadap beberapa keputusan kerajaan.

"Kita mesti sedar bahawa hari ini kita bukan sahaja sebahagian daripada kerajaan negeri, tetapi juga kerajaan Persekutuan.

"Jadi kita perlu menerima hakikat bahawa berada dalam kerajaan membawa kepada penelitian yang lebih tinggi serta pelbagai pandangan masyarakat terhadap keputusan dasar," katanya.



Disiarkan pada: April 19, 2026 @ 5:03pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/04/1347890/pm-buat-banyak-perkara-baik-tetapi-rakyat-mahu-beliau-buat-lebih-baik-guan




145 Views
1 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


silance Lv.8 2#

Honour | Credits 2283   
'PM buat banyak perkara baik tetapi rakyat mahu beliau buat lebih baik'

Setelah lama dibuai kebobrokan, kini rakyat mengharapkan kebaikan demi kebaikan, lebih dan lebih lagi.

'The bar has been set high'.

Hehe Gurau je.....happy monday, jangan mc tau.

All contents are displayed