Utara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1754893   
Hasil simpan wang menoreh dan jual lembu, pasangan suami isteri akhirnya ke Tanah Suci

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





JEMAAH haji melambai kepada ahli keluarga sebelum berlepas menerusi Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (SAH) ke KLIA. FOTO Wan Nabil Nasir




Alor Setar: "Alhamdulillah kami dapat tunaikan haji tahun ini bersama ayah mentua kerana sepatutnya ayah pergi dua tahun lalu tetapi kerana tidak sihat, dia menangguhkan dahulu.

"Tahun ini ayah terima tawaran pada November tahun lalu manakala suami sebulan kemudian dan saya pada Januari lalu," Amrawati Hamid, 45.

Amrawati berkata, bapa mentuanya, Megat Saidin Megat Hussain, 76, mendaftar di Tabung Haji pada tahun 2009 manakala dia dan suaminya pada 2016.

Menurutnya, dia menyimpan wang hasil menoreh getah dan sentiasa menunggu tawaran untuk menunaikan haji.

"Suami (Megat Asmawi Megat Saidin, 50) pula hanya bekerja kampung dan menyimpan wang hasil jualan lembu peliharaan kami.

"Alhamdulillah impian kami Tanah Suci akhirnya termakbul dan berharap kami selamat pergi dan balik," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, tiga beradik dari Kaki Bukit, Perlis teruja apabila berpeluang menunaikan haji tahun ini bersama-sama.

Nur Ain Nabila Rahim, 35, berkata, dia bersyukur kerana dapat menunaikan haji bersama dua adiknya, Naufal Fahmi Rahim, 31, dan Nur Ainun Nadhirah, 26.

Katanya, abang sulung mereka, Mohd Nabil Fikri, 36, dan kakak iparnya, Siti Aiesyah Zainal Aman, 35, akan pergi ke sana untuk penerbangan selepas ini.

Menurutnya, selain itu suaminya Muhammad Azri Syafiq Mohamed Ariff, 35, dan adik ipar, Nor Aqilah Jasmani, 35, iaitu isteri kepada Naufal Fahmi turut mengikut mereka mengerjakan haji kali ini.

"Doakan semoga kami mendapat haji yang mabrur, " katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Penyelarasan Stesen Alor Setar Musim 14/47 H, Nur Adli Mohd Nazri berkata, ini adalah penerbangan kedua yang membabitkan seramai 141 jemaah haji di Alor Setar dan yang ketujuh di Malaysia.

Beliau berkata, semua jemaah haji akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (SAH) di Alor Setar pada jam 8.30 malam ini ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Mereka dijangka berlepas ke Madinah melalui KLIA pada jam 12.05 tengah malam ini dan dijangka tiba di sana pada jam 3.50 pagi.

"Semua jemaah haji terdiri daripada 61 lelaki dan 80 wanita, " katanya.



Disiarkan pada: April 19, 2026 @ 8:33pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/04/1347940/hasil-simpan-wang-menoreh-dan-jual-lembu-pasangan-suami-isteri-akhirnya-ke




140 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch