Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

YgBenar Lv.19

Fav
Emperor | Credits 86856   
seorang individu baru-baru ini yang mendakwa jumlah tersebut masih ‘sesak’ di Kuala Lumpur telah mengundang pelbagai reaksi masyarakat.



Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan, individu tersebut mendakwa kini membawa pulang pendapatan kasar setinggi RM13,000 atau gaji bersih sekitar RM10,000 setiap bulan namun masih berasa sesak.

Dia memberikan jumlah kiraan komitmennya secara keseluruhan yang agak mengejutkan kerana tiada baki simpanan walaupun RM100 di hujung bulan.

Pendapatan tunggal: RM13,250

Selepas cukai dan KWSP: RM10,000


Pinjaman Perumahan: RM5,300 (rumah bernilai RM1 juta)

Kereta SUV: RM1,500 (kereta bernilai RM130,000)

Anak: RM1,200

Lain-lain: RM2,000

Individu terbabit menyimpulkan bahawa realiti sebenar kos sara hidup di bandar besar seperti Kuala Lumpur sangat tinggi, sehinggakan individu yang meraih pendapatan RM13,000 pun masih dikira miskin atau kurang berkemampuan.

Hantaran asal berkenaan langsung mengundang pertikaian di kalangan netizen. Rata-ratanya berpendapat gaji yang diterima sudah cukup mewah, namun keputusan pengurusan kewangan yang lemahlah yang menjurus ke arah situasi tersebut.

“Nak beli rumah dan kereta kena seimbang dengan gaji. Bayar ansuran rumah pun dah cukup sesak, inikan pula nak pakai kereta mewah semata-mata nak tambah beban ‘interest’. Memang silap besar!”

“Hanya orang bodoh je gaji 10k sebulan tapi beli rumah untuk orang gaji RM50,000 sebulan.”

Ramai memfokuskan bahawa keputusan pemilikan rumah berharga RM1 juta dan kereta mencecah ratusan ribu bukanlah tindakan yang bernas apabila gaji masih di tangga RM13,000 sahaja.

Selayaknya individu itu perlu mencari kenderaan dan hartanah yang boleh dibiayai dengan realistik memandangkan dia hanya mempunyai satu sumber pendapatan serta tanggungan anak.

Sementara itu, sebahagian netizen turut berkongsi pengalaman sendiri di mana walaupun memiliki gaji sedemikian, mereka masih memilih untuk menyewa atau membeli hartanah di bawah RM500,000 demi ketenangan jiwa di hujung bulan.

Oleh itu, netizen melabelkan individu terbabit sebagai tidak mengukur baju di badan sendiri dengan keputusan kewangan yang dibuat, selain cuba menjadikan situasinya sebagai pengukur kemiskinan di bandar walhal dia sudah berpendapatan selesa.

Titipan pesanan dikongsikan oleh netizen agar masyarakat di luar sana mengambil iktibar dan meningkatkan literasi kewangan peribadi agar tidak merana di kemudian hari.
Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Rate
There are 1 People reward the building owner
5857 Views
51 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


ellZack Lv.11 2#

Highlander | Credits 9239   
Bukan level gaji 13k untuk beli rumah 1m kata KL.

Apoo Lv.7 3#

Revolutioner | Credits 1863   
Gaji Rm13k tinggal di KL, better beli apartment atau studio saja. Klu nak beli landed, duduk la area jauh dari klang valley.

annehuda Lv.22 4#

Moderator | Credits 76525   
Ni aku rasa set2 beli rumah sbb pelaburan kot. Tu yg berani nk beli rumah rm1juta tu. Bleh resale harga lg tinggi. Tapi tu la logiknye kalau aku kaya raya tahap jutawan watpe aku nak beli rumah sekenhand baik aku beli rumah ikut citarasa aku je. Sedangkan banglo sajat yg kene lelong pun tak laku laku
Follow Us

kotakbaju Lv.11 5#

Highlander | Credits 9926   
Semakin besar periuk semakin besar nasik. Eh betul ke pribahasa tu.

blue_blur Lv.11 6#

Highlander | Credits 8463   
astaga...... level apa ni tak nampak kebodohan sendiri tapi nak salahkan faktor luar.... parah...parah...

sayawifenikmie Lv.16 7#

Conqueror | Credits 48259   
.... kemainnnn besar tengkolok

ADVERTISEMENT


delia3003 Lv.12 8#

Defender | Credits 12109   
Edited by delia3003 at 20-4-2026 10:44 PM

Ramai yang dah maki, tapi I tetap nak tambah.

Ko sebenarnye nak bagitau gaji RM13k dan beli rumah RM 1 juta, kan?

Boleh pulak dia labelkan miskin. Teruk benar pengurusan kewangan. Buat apa le pegi beli rumah RM 1 juta dengan gaji banyak tu. Ramai je household income RM15k-RM20k relax je beli rumah RM500k-RM600k.

tahanie Lv.9 9#

Adventurer | Credits 4061   
Aku ada kenal someone dengan similar income. Mortgage dia RM2k saja, local car. Still tak banyak dapat save.

So aku rasa dia ni sembang best ja

axl_bach Lv.17 10#

Superior | Credits 58105   
Edited by axl_bach at 21-4-2026 07:20 AM

13k tu gaji besar ke??

Aku rasa 130k sebulan baru besar.... Setakat 13k sebulan, nk simpan pun x cukup....

tumpanglalu74 Lv.17 11#

Superior | Credits 50547   
Quote: annehuda replied at 20-4-2026 09:34 PM
Ni aku rasa set2 beli rumah sbb pelaburan kot. Tu yg berani nk beli rumah rm1juta tu. Bleh resale ha ...

Nephew aku punye rumah RM1 jota nak jual pon tak laku.  Rumah baru bukan lama.  Rumah sekarang hanye boley dianggap pelaburan kalo dah langsai bayar je.  Pelaburan untok cucu-cicit.  Itu aje..  Sekian.

penmerah Lv.13 12#

Challenger | Credits 15499   
Gaji 13k rumah sejuta????
Aiyoooo
Berbaloi ka? Perlu kah? Soalan serius
Kalau gaji 35k ke atas boleh sembang rumah sejuta
Nanti dah tua akan cari tiny home je
Akak skarang cari tanah area bangi/kajang/putrajaya utk buat rumah 2bilik 1 bathroom
Makin downsize dah tua2 tak larat

mejaputih Lv.13 13#

Challenger | Credits 16703   
Saje nk show off beli rumah mahal..org lain ada?? Ha gitteww

fattymah Lv.9 14#

Adventurer | Credits 3415   
Nak siap depo mau tercirit mesti geng lanyard ijo ni bonus lebat.. harap gaji tak lepas kut

manopBKK Lv.7 15#

Revolutioner | Credits 1179   
Ciss.. humble brag, financial planning hauk!

Ko level acik forem je layak duduk Puchong, Shah Alei, Rawang, Bukit Jalil, Gombak etc level ko bukan buyer di Golden Triangle pon. Hidden costs, furnishing, lifestyle inflation, maintenance... ko tak ambil kira ke bebal?

Tak familiar with "30% Rule of Thumb" eh. Your monthly mortgage repayment should not exceed 30% of your net income!

Rumah ko RM600k to RM700k patutnya range tu je. Target repayment sebulan RM3k to RM3.5 and this leaves you with RM6k plus for car installments, food, utilities, entertainment...savings!! For a comfortable life, ko kena retain 'buffer" at least 3k in case emergency bahlol!

Ni mesti founder timbang kilo 1st time buyer...tak pon level macai Jibun. Berangan je lebih sanggup pakai Biyemdabelew second-hand.






ADVERTISEMENT


pooh~key Lv.13 16#

Challenger | Credits 18266   
Quote: kotakbaju replied at 20-4-2026 09:39 PM
Semakin besar periuk semakin besar nasik. Eh betul ke pribahasa tu.

Semakin luas lohong burit, semakin kurang puas sissy.

pengecatbintang Lv.12 17#

Defender | Credits 14948   
Edited by pengecatbintang at 21-4-2026 08:18 AM

T20 gaji 13k beli umah RM1 juta wat per..

lepas tolak komitmen

terus jadik B40

--

sesaper yg B40 or M40 tapi nak claim T20

sewa jer kediaman ngan kawan2

pastu claim kat dunia maya pakai BMW 3 series
  
walaupun mungkin BMW tu 2nd hand tahun 2000, bukannya orang tau pong

baru ler bole belagak acah2 T20, sambil kutuk penerima SARA RM100
  
baru lah ramai orang kagum

bukan orang tau pon, terutama kat dunia maya

melainkan ko bodo sangat sampai kantoi kat dunia maya, mentipu acah2 T20

idup ni

pandei2 ler nak berlagak n mentipu

kalo bodo sgt nak mentipu

cari ler sifu acah2 T20 kat dunia maya mcm porum cari ni

blajaq ngan sifu tu

walaupun sifu tu bodo da kantoi menipu acah2 T20










kotakbaju Lv.11 18#

Highlander | Credits 9926   
Quote: pooh~key replied at 21-4-2026 08:01 AM
Semakin luas lohong burit, semakin kurang puas sissy.

Astaga sissy

kotakbaju Lv.11 19#

Highlander | Credits 9926   
Quote: pengecatbintang replied at 21-4-2026 08:07 AM
T20 gaji 13k beli umah RM1 juta wat per..

lepas tolak komitmen

Apa ke best keter BMW tu, bukan ke keter Banyak Makan Wang tu ni kalo beli 2nd 3rd hand la. Memang la jatuh harga jadi murah. Tapi kalau mampu beli keter baru biasanya orang pakai buat lenjan 3 4 tahun lepas tu jual balik.

Minami2013 Lv.15 20#

Gladiator | Credits 33044   
Tak dpt rase nikmat gaji sebab habis bayar komitmen je.
123Next