CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1332|Reply: 14

[Tempatan] Edisi kalah saman lagi: Ahli Parlimen Jasin mohon maaf pada Fadhlina

[Copy link]
Post time 21-4-2026 05:17 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Apoo at 21-4-2026 05:23 AM

Level Tuan Guru yg dok baca Qunut Nazilah.

KUALA LUMPUR – Kes saman fitnah yang difailkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek terhadap Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail berhubung isu larangan takbir dan bacaan qunut nazilah pada penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah, akhirnya diselesaikan secara baik di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Ia berikutan apabila Zulkifli membuat permohonan maaf secara terbuka yang mana hari ini merupakan hari pertama perbicaraan kes saman itu.

Hakim Hilmiah Yusof kemudian merekodkan penghakiman persetujuan dengan terma-terma penyelesaian oleh kedua-dua pihak.

Zulkifli selaku defendan pertama memohon maaf kepada Fadhlina selaku plaintif sebagai sebahagian daripada terma penyelesaian saman sivil tersebut.

Selain Zulkifli turut dinamakan defendan ialah
bekas Ketua Pengarang Harakah, Mazlan Jusoh serta defendan ketiga, Galeri Media Serbanika Sdn. Bhd.

Terdahulu, Zulkifli yang juga Pesuruhjaya Pas Melaka ketika membacakan kenyataannya di mahkamah terbuka berkata, pihaknya mengaku kenyataan yang dikeluarkan telah mengundang tafsiran yang pelbagai dan salah faham dalam kalangan masyarakat terhadap Fadhlina.

Beliau juga mengaku pihak sekolah sebenarnya dibenarkan untuk membuat laungan takbir dan membaca qunut nazilah ketika Minggu Solidariti Palestin.

“Maka, kami memohon maaf kepada Yang Berhormat, Fadhlina Sidek di atas kenyataan-kenyataan tersebut dan bersetuju membayar kos sebanyak RM15,000 kepada beliau,” katanya yang turut mewakili defendan kedua dan ketiga.

Pada masa sama Zulkifli turut bersetuju untuk menarik balik sepenuhnya, secara mutlak dan tanpa sebarang syarat kenyataan-kenyataan tersebut.

“Kami selanjutnya memberi aku janji kepada mahkamah ini bahawa kami tidak akan pada bila-bila masa selepas ini mengulangi, menerbitkan semula, menyebarkan atau mengulas kenyataan-kenyataan tersebut atau apa-apa kenyataan yang sama maksudnya, sama ada secara lisan, bertulis, melalui media sosial, media cetak, media elektronik atau dalam apa jua bentuk sekalipun.

“Kami juga akan mengambil segala langkah yang munasabah dan perlu bagi memastikan semua kenyataan-kenyataan tersebut diturunkan, dipadam dan tidak lagi disebarkan oleh mana-mana pihak di bawah kawalan kami,” katanya.

Semasa prosiding, peguam, Mohamed Ibrahim Mohamad dan Nor Aziah Haron mewakili plaintif manakala peguam, Yusfarizal Yusoff dan Mohd Faizi Che Abu mewakili defendan pertama serta peguam, Muhammad Darwisy Roslan dan Afifah Abdul Latiff mewakili defendan kedua dan ketiga.

Sebelum ini media melaporkan Fadhlina telah mengemukakan surat tuntutan (LOD) kepada Zulkifli serta portal Harakahdaily berhubung dakwaan kononnya takbir dan bacaan doa qunut nazilah tidak dibenarkan ketika penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah seluruh negara.

Fadhlina berkata, tindakan saman fitnah terhadap kedua-dua pihak itu bertujuan membersihkan namanya daripada tuduhan yang disifatkan tidak berasas dan tidak wajar.

Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Zulkifli semasa program ‘Solidarity for Palestine’ pada 5 November 2023, dan kemudiannya telah diterbitkan semula oleh bekas Ketua Pengarang Harakah, Mazlan Jusoh serta Galeri Media Serbanika Sdn. Bhd. melalui portal Harakahdaily dan akhbar Harakah bertarikh 6 November 2023. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2026 09:19 AM | Show all posts


bekas Ketua Pengarang Harakah, Mazlan Jusoh serta defendan ketiga








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2026 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Terus tutup ruang komen fb.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2026 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku memang skeptikal bila orang acah2 lobai ni bersembang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2026 01:39 PM | Show all posts
Total denda saman kat atas tu =3.3 million.
Kalu bagi asnaf banyak faedahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2026 02:11 PM | Show all posts
padan muka ko babi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2026 02:15 PM | Show all posts
lps menang sepi terus.. dia dgn pejuang ptptn sme je 2x5.. smlm baru nmpk pejuang ptptn turun kwsn yg dia menang bg sumbangan
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2026 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Wakil rakyat pas ni mmg dah tak ada modal lain ke nak kritik kerajaan? Memang zero ilmu kewangan ke,ekonomi ke,pentadbiran ke, teknologi ke? Benda-benda kecik macam ini aje dibangkitkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2026 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sgt org PAS ni main cakap je tak de langsung nak check facts betul ke tak. Tak takut dosa fitnah ke.. takut dosa aurat je?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2026 04:41 PM | Show all posts
macam mana org atas pagar nak sokong parti politik ni kalau asyik nak fitnah org jer.
ke pemalas sangat sampai cakap tak check fakta?

tak malu ke konon bawa imej agama tapi attitude mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2026 05:11 PM | Show all posts
jiwa beso katanya bila mintak maaf
eh kau buat fitnah tak fikir ea pak lebai
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2026 06:04 PM | Show all posts
macamana plak netizen n porumer CI yg pitenoh Muntri Pendidikan dlm kes Zara Qairina tahun lalu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2026 09:48 PM | Show all posts
Yihh cubalah bawak isu2 manafaat sikit...asyik ride isu cari salah org lain je.
Ubah mentaliti lobai oi..asik menggali telaga dosa aje!
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2026 09:11 AM | Show all posts




https://www.facebook.com/reel/1319033910126439/?fs=e&fs=e
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2026 06:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.594605 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list