Utara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1755919   
Remaja perempuan maut terjatuh tingkat 16 kondominium

Oleh Zuhainy Zulkiffli - April 21, 2026 @ 9:40am





Remaja perempuan berusia 13 tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Tanjung Tokong, di sini. - Foto tular.



GEORGETOWN: Remaja perempuan berusia 13 tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Tanjung Tokong, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada jam 6.45 petang.

Katanya, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa yang juga warga tempatan dipercayai terjatuh dari unit rumahnya di tingkat 16 sebelum ditemukan tidak sedarkan diri di tingkat 8 bangunan itu pada jam 5.49 petang.

"Remaja itu kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut Abdul Rozak berkata, siasatan di tempat kejadian dan pemeriksaan terhadap badan mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi proses bedah siasat.

"Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan satu Laporan Mati Mengejut (LMM) dibuka bagi menjalankan siasatan lanjut," katanya lagi.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/04/1536222/remaja-perempuan-maut-terjatuh-tingkat-16-kondominium





135 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch