Utara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1840869   
Kes jururawat parah dipukul suami di Sungai Petani: Suspek dipercayai pernah dicari polis JB

Zuliaty Zulkiffli - April 27, 2026 @ 12:29pm





Laporan BH Online semalam mengenai kes jururawat wanita parah dipercayai dipukul suami sehingga mengalami keguguran kandungan berusia 12 minggu.



SUNGAI PETANI: Lelaki yang disyaki terbabit memukul isterinyayang juga penjawat awam sehingga mengalami keguguran di sini, Khamis lalu, pernah dicari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru (JB) Selatan pada 2021 bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan butiran diedarkan dalam kenyataan media, lelaki terbabit pada masa itu berusia 38 tahun dan bekerja sebagai peniaga dengan alamat terakhir di Perumahan Polis, Taman Derga Jaya, Alor Setar, dipercayai dicari untuk menjadi saksi kes mendatangkan cedera parah terhadap seorang wanita.

Maklumat diberikan keluarga wanita yang menjadi mangsa dipukul suami di sini pada Khamis lalu, lelaki itu adalah individu sama terbabit dalam kes yang disiasat IPD Johor Bahru Selatan ketika itu.

Selain itu, berdasarkan maklumat pada dokumen Mykad dan surat nikah pasangan terbabit yang dilihat ahli keluarga, mereka mendapati suspek juga individu sama yang dicari IPD Johor Bahru Selatan.

Dalam kes terbaharu, mangsa yang berusia 39 tahun dan bertugas sebagai jururawat mengalami patah di beberapa bahagian badan, dipercayai akibat dipukul lelaki berkenaan.

Semalam, media melaporkan penjawat awam cedera di badan dan lebam di muka selepas dipercayai dipukul suami hingga menyebabkan kandungan berusia 12 minggu gugur.

Abang mangsa, Mohd Firdaus Moktar, 45, dilaporkan berkata, adiknya yang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), berkahwin dengan lelaki berusia 43 tahun itu pada Disember lalu di negara jiran dan belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.

"Kira-kira jam 1 tengah hari Khamis lalu, adik dan suaminya bertengkar sebelum adik saya dipukul menggunakan penyangkut baju, getah paip dan batang besi langsir serta batang penyapu hingga patah. Kejadian menyebabkan tangan dan jari kirinya patah, lebam di muka selain ditumbuk di perut," katanya.

Mohd Firdaus berkata, lelaki itu turut mengugut akan mengganggu keluarga termasuk dua anak adiknya daripada perkahwinan terdahulu, selain mendakwa suspek melarikan barang kemas dan wang simpanan adiknya di bank berjumlah hampir RM50,000.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dengan kes disiasat mengikut Seksyen 323 / 18 Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 2017.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/04/1538774/kes-jururawat-parah-dipukul-suami-di-sungai-petani-suspek-dipercayai





325 Views
2 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


sfhzuraz Author 2#

Moderator | Credits 1840869   
kt tele kata lelaki tersebut ex jahidah

sfhzuraz Author 3#

Moderator | Credits 1840869   
.
Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register

All contents are displayed