Borneo
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 1085472   


Sambutan Hari Pekerja 2026 Peringkat Sarawak meriah dengan kehadiran lebih 2,000 pekerja. - Gambar UKAS

KUCHING: Pindaan Ordinan Buruh Sarawak mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam mewujudkan ekosistem pekerjaan yang lebih adil, progresif, berimpak tinggi dan berkemanusiaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat  Gala berkata, antara penambahbaikan signifikan termasuk lanjutan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari.

Penambahbaikan lain daripada pindaan tersebut termasuk pengenalan cuti ‘paternity’ selama tujuh hari, pelaksanaan aturan kerja fleksibel, penambahbaikan standard penginapan pekerja serta peruntukan antidiskriminasi yang lebih tegas.

“Ini bukan sekadar perubahan dasar tetapi manifestasi komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan, maruah dan kesejahteraan pekerja demi produktiviti yang mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Sambutan Hari Pekerja Tahun 2026 Peringkat Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Mengulas mengenai sambutan tersebut, Gerawat yang juga pengerusi sambutan berkata ia menghimpunkan seluruh ekosistem tenaga kerja melibatkan kerajaan, majikan dan pekerja.

Kemuncak sambutan ialah penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang serta pelancaran Job Sarawak oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dengan tema ‘Pekerja Cemerlang, Sarawak Maju Makmur’, sambutan tahun ini menyaksikan kehadiran lebih 2,000 pekerja melibatkan 34 kesatuan sekerja serta penyertaan 41 pasukan bagi pertandingan kumpulan keceriaan.

“Fokus sambutan hari ini adalah memberi penghargaan kepada pekerja sektor swasta bagi kategori eksekutif dan bukan eksekutif.

“Selain itu, kita turut mengiktiraf syarikat swasta dan GLC yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap agenda pendigital menerusi pelaksanaan sistem Foreign Workers Transformation Approach (FWTA) yang diperkenalkan sejak Januari tahun lalu,” ujarnya.


Sumber : Utusan Borneo
Rate
There are 1 People reward the building owner
165 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch