Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 211025   





PETALING JAYA – Seorang wanita tampil menjelaskan keadaan sebenar mengenai anak perempuannya yang terlibat dalam kejadian di sebuah asrama di Jabatan Pertanian Serdang, semalam.

Wanita dipercayai ibu kepada pelajar berusia 19 tahun itu memaklumkan anaknya mengalami gangguan kecemasan (anxiety) dan sedang menjalani rawatan selama ini.

“Dia asalnya kena buli. Bila jadi lagi dia macam stres. Dia tak sedar pun dia buat semua itu. Maaf ya. Terima kasih atas komen semua. Doakan anak saya baik-baik sahaja,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang pelajar perempuan yang berada di tingkat satu bangunan asrama berkenaan selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.37 pagi.

Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan I Nor Azuwan Zulghoni berkata, sebaik tiba di lokasi, anggota bertindak melakukan size up dan berjaya memujuk mangsa daripada bertindak di luar kawalan.

“Mangsa kemudiannya berjaya diselamatkan dalam keadaan selamat sebelum diserahkan kepada pihak pengurusan sekolah untuk tindakan lanjut.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 8.06 pagi dan semua anggota kembali ke balai selepas memastikan keadaan terkawal,” katanya dalam kenyataan.

Sumber – KOSMO! ONLINE
1261 Views
14 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


mejaputih Lv.13 2#

Challenger | Credits 16802   
jap kenapa ada 2 org girls yg duduk situ?

ultra78 Lv.19 3#

Emperor | Credits 85797   
Gayatnya....

slavehunter Lv.13 4#

Challenger | Credits 19036   
Alahai rendah nye. Tu spot healing dia kot bukan nak suicide.
Follow Us

noor2 Lv.20 5#

Legenderer | Credits 165053   
Jahatnya pembuli...

ultra78 Lv.19 6#

Emperor | Credits 85797   
Healing...


tumpanglalu74 Lv.17 7#

Superior | Credits 50692   

ADVERTISEMENT


penmerah Lv.13 8#

Challenger | Credits 15563   
Hurmmmm malas nak simpati
Hati nurani akak ragu2 kalau si ibu buat statement ala2 mengundang simpati

Ingatkah kes justice for zara dahulu kala???

gigahertz Lv.9 9#

Adventurer | Credits 4262   

tu kalau terjun pun kepala tak sempat ke bawah.

Suchi Lv.18 10#

Master | Credits 69833   
Aik bukan ke kalau anxiety lagi takut nak manjat2 nih?
Kalau boleh kuar umah pun risau takut jd mcm2.
Yg manjat2 rasa takde semangat lagi nak teruskan hidup ni kemurungan.
Anxiety- takut mati
Depressi- tanak hidup dah

KamikuP Lv.12 11#

Defender | Credits 11293   
Quote: penmerah: Hurmmmm malas nak simpatiHati nurani akak ragu2 kalau si ibu buat statement ala2 mengundang simpati Ingatkah kes justice for zara dahulu kala???


Tu la, dah senyap dah kes Zara tu

#ytjt

prince_marhaen Lv.11 12#

Highlander | Credits 8376   
lompat pun takat terkehel buku lali je dikkkk....

prettyuglybabe Lv.18 13#

Master | Credits 68520   
ke ada skizo or bipolar?

supernaturalee Lv.17 14#

Superior | Credits 56870   
2-2 nye sekali ke

atau yg sorg lagi tolong teman


u jump, i jump??? jack-rose ngatttt


Blu3butter Lv.5 15#

Minder | Credits 715   
Yg mana satu anaknya ke dua2 sekali???

All contents are displayed

More Isu Semasa