Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 211025   




WASHINGTON – Seorang daripada 17 warganegara Amerika Syarikat(AS)  yang dibawa pulang dari sebuah kapal persiaran dilanda wabak hantavirus telah diuji positif bagi virus tersebut, kata jabatan kesihatan AS semalam.

“Seorang penumpang menunjukkan  gejala ringan dan seorang lagi diuji positif bagi hantavirus Andes,” kata Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia.

“Kedua-dua penumpang kini melakukan perjalanan dalam unit pencegahan biologi pesawat sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Terdahulu, semua penumpang AS itu dipindahkan dari Kepulauan Canary milik Sepanyol, di mana kapal MV Hondius berlabuh. Mereka akan dibawa ke pusat khas  di negeri pedalaman Nebraska, manakala  individu yang menunjukkan  gejala ringan akan dibawa ke pusat kedua.

Setibanya di sana, ‘setiap orang akan menjalani penilaian klinikal dan menerima penjagaan serta sokongan yang sewajarnya berdasarkan keadaan masing-masing. – AFP


Sumber – KOSMO! ONLINE
694 Views
3 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


Kitty_catz Lv.14 2#

Fighter | Credits 24792   
ok esok kena cucuk ke ni? kat bontot ke kat lengan?

nisako Lv.13 3#

Challenger | Credits 15591   
aduuuuuuuuuuuuuuuuuiiiiiiiiiiiiiiii

KamikuP Lv.12 4#

Defender | Credits 11293   
Moga satu dunia kene kuarantin balik macam Covid19 duduk umah je

All contents are displayed