Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Inigo-Montoya Lv.7

Fav
Revolutioner | Credits 1350   


PUTRAJAYA – Aplikasi MySejahtera akan ditambah baik dengan fungsi penjejak wabak hantavirus sekiranya terdapat keperluan kelak susulan daripada perkembangan penularan virus itu di beberapa negara Barat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, ketika ini Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau perkembangan semasa virus tersebut dan tidak menolak kemungkinan memperluas fungsi MySejahtera sebagai medium pemantauan.

“Buat masa sekarang, kita akan melihat dan memantau sebanyak yang boleh, jika perlu, kita akan pastikan ia disertakan (dalam aplikasi MySejahtera) daripada segi ‘monitoring’ dalam aplikasi tersebut.

“Kita harap bahawa perkara ini terkawal dan akan reda kerana mungkin daripada segi pengalaman kita selepas Covid-19, kita harus berwaspada pada tahap yang tinggi dan kita tak mahu virus itu merebak,” katanya.

Hanifah Hajar berkata demikian ketika ditanya sama ada KKM akan menambah baik aplikasi MySejahtera susulan kes hantavirus di beberapa buah negara, selepas merasmikan Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2026 dan Seminar Kejururawatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Setakat ini, senarai wabak sedia ada pada menu ‘Disease Tracker’ dalam aplikasi MySejahtera meliputi penyakit denggi; tuberkulosis (TB); demam campak; penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), COVID-19; rabies manusia dan rabies haiwan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, World Health Organization (WHO) sentiasa berhubung rapat dengan negara-negara lain termasuk Malaysia bagi memantau perkembangan semasa berkaitan virus berkenaan.

“Dengan hubungan rapat bersama WHO dan organisasi yang berkaitan, kita mendapati bahawa perkara ini masih terkawal di negara-negara Barat yang terlibat, kerana sekarang belum mempunyai indikasi penularan ke Asia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Rate
There are 1 People reward the building owner
853 Views
9 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


kemaruk Lv.16 2#

Conqueror | Credits 41624   
jangan lupa daftar mydigital id dan tukar IC baru

@slavehunter

slavehunter Lv.13 3#

Challenger | Credits 19037   
Quote: kemaruk replied at 12-5-2026 04:18 PM
jangan lupa daftar mydigital id dan tukar IC baru

@slavehunter

Hahaha.  Aku macam dah dapat sense yang forumer lelaki tu bakalan register my digital ID ni. Al maklum lah ni project Papa Non kunyit.

slavehunter Lv.13 4#

Challenger | Credits 19037   
Yea dijemput sheeple sheeple semua untuk activekan kembali Mysejatera anda dan register my digital ID with new IC features untuk kebaikan dan kemaslahatan ummah for our future.

Dijemput hadir untuk memeriahkan majlis pembukaan virus ini.
Follow Us

sonic-bertaik Lv.3 5#

Senior | Credits 249   
Quote: slavehunter replied at 12-5-2026 05:22 PM
Yea dijemput sheeple sheeple semua untuk activekan kembali Mysejatera anda dan register my digital I ...

Ko mesti tak pergi Umrah..naik haji lagi kan? Dah sedia stok cengkeh..ubat cacing kuda ke?

Kohkohkoh


slavehunter Lv.13 6#

Challenger | Credits 19037   
Quote: sonic-bertaik replied at 13-5-2026 12:40 AM
Ko mesti tak pergi Umrah..naik haji lagi kan? Dah sedia stok cengkeh..ubat cacing kuda ke?

Kohkoh ...

I'll let your curiousity play with your emotion......
Curiosity killed the cat! Hik hik

slavehunter Lv.13 7#

Challenger | Credits 19037   
Quote: kemaruk replied at 12-5-2026 04:18 PM
jangan lupa daftar mydigital id dan tukar IC baru

@slavehunter

  
BREAKING: King Charles announces that Digital ID will be implemented in the United Kingdom while the government tackles antisemitism.


Introduce digital ID
Zoe Kleinman
Technology editor
Digital ID limps on - it was once heralded a "silver bullet" in the battle against illegal immigration, and now as "one way" for employers to check the credentials of new hires.

It is not compulsory, and could help people who have no other official form of identification like a passport or driving licence, the King said in his speech.

Last year Sir Keir Starmer told me he hoped the scheme would lead to people saving money on ID checks when taking on big financial commitments like a mortgage – needless to say, this did not go down very well with the ID verification industry.

ADVERTISEMENT


kucingitam Lv.14 8#

Fighter | Credits 26623   
lah..nak kena dload mysejahtera balik ke ni

slavehunter Lv.13 9#

Challenger | Credits 19037   
Quote: kemaruk replied at 12-5-2026 04:18 PM
jangan lupa daftar mydigital id dan tukar IC baru

@slavehunter


Needless to say, we are heading to digital ID, Digital money CBDC, carbon tax, energy tax,vaccine requirement, total system submission to the Abang Dajjei.

slavehunter Lv.13 10#

Challenger | Credits 19037   
Aku rasa aku tahu kenapa siaran World Cup dapat kat TM Unifi TV and Rtm now, RTM takkan shows semua game only selected games. Unifi TV sekarang app link dengan digital ID so nak taknak ko dah link juga dengan digital ID tu, plus soon incoming New passport and new IC features semua tied dengan Digital ID. Tak payah ada gambar pun takper, Nano tech dah ada dalam badan, ko scan mata pun dah okay with thumb print.

All contents are displayed