CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1187|Reply: 12

‘Masih solo, jejaka misteri hanyalah content raya’ - Mawar Rashid

[Copy link]
Post time 14-5-2026 10:56 AM | Show all posts |Read mode



Hati belum dimiliki sesiapa, pelakon Mawar Rashid menamatkan teka-teki apabila mengakui kemunculan jejaka misteri sempena Aidilfitri lalu hanyalah gimik pemasaran bagi mempromosikan muzik video raya.

Ujar Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 31, ramai masih menyangka dia kini sedang dilamun cinta kerana tidak mengikuti perkembangan terkini selepas hantaran tersebut.

“Ramai masih ingat hantaran itu sampai sekarang sebab mungkin mereka tidak mengikuti perkembangan selepas itu.

“Sebenarnya, hantaran tersebut hanya untuk tujuan pemasaran muzik video raya, lagu raya sahaja.

“Tiada apa-apa lebih daripada itu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah bintang filem Jangan Pandang Belakang 2 itu, fokus kehidupannya kini lebih tertumpu kepada kerjaya, perniagaan dan membesarkan anak-anak.

“Sekarang saya sibuk dengan penggambaran drama. Selain itu, saya fokus pada anak-anak, perniagaan dan diri sendiri.

“Memang tiada masa untuk fikir perkara lain,” ujarnya pada malam gala media filem Nar’sata: Sekutu Setan, di sini, kelmarin

And I .

Malah, Mawar mengakui hampir tiga tahun hidup sendiri menjadikan keutamaan berubah sepenuhnya kepada keluarga kecilnya.

Dalam masa sama, dia memilih untuk menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Ilahi tanpa sebarang tekanan.

“Sudah hampir tiga tahun saya sendiri. Buat masa ini memang tiada masalah, cuma tiada masa untuk berjumpa sesiapa sebab anak-anak masih kecil.

“Macam saya cakap, keutamaan saya memang anak-anak. Setakat ini, fokus saya hanya pada anak-anak, cari rezeki dan urus perniagaan.

“Soal jodoh atau buka hati, saya serahkan kepada Allah,” luahnya.

Terdahulu, Mawar mencetuskan spekulasi apabila memuat naik gambar bersama seorang lelaki misteri menjelang Aidilfitri, lengkap dengan busana sedondon, namun identiti individu tersebut dirahsiakan dengan emoji.

Untuk rekod, Mawar pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Raden Muhammad Rafael pada November 2017 sebelum bercerai pada November 2023.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 6, Raden Seri Rosabella Cinta, 5, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 3. – KOSMO! ONLINE.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2026 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa
Makin
Tak
Lawa

Ke acik porem nmpk lawa? Lagi comel dulu2 di mata meols..jgn la usik muka yg dh sedia comel tu please
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2026 05:21 PM | Show all posts



sheols usik muka ke sebab dah berumur? dah 31 kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2026 05:50 PM | Show all posts
okay zis mewar. berita terima. Roger That!
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2026 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 14-5-2026 05:21 PM
sheols usik muka ke sebab dah berumur? dah 31 kan

Baru 31 noks..adeh..jgn nnt ending mcm nasa ajis sudahlah

Iols tak paham kenapa org dh sedia cantik, sedia lawa tp pi usik muka..awattttt
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2026 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 14-5-2026 11:14 AM
Kenapa
Makin
Tak

Betul. Muka dia post dewi GST tu ada manisnya.. sekarang typical geng cokcok.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2026 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 14-5-2026 11:14 AM
Kenapa
Makin
Tak

Laaa beza betul mata kite kali ni.. meols baru nk ckp makin lawa sblm bace komen chuols, kaka.. sbb nengok kulitnya mcm glowing.. pehtu iras daiyan, n pd meols daiyan tu lawa.. tp mmg npk sepesen mcm g klinik aestetik yg same.. tak pon mmg taste meols yg jenis muka2 dh glow up sbb reno..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2026 11:44 AM | Show all posts
cantik mmg subjektif....iouls rasa muka lama dia lagi manis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2026 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu adalah manisnya. Aku ingat masa kecoh pasal gst tu aku ada cakap dia ni at least lawa la jugak walaupun general knowledge ke laut.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2026 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar dia kat muka dpn tu, igtkan mas idayu
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2026 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka she, tp tula muda2 prime time dia dah abes in marriage n being mom, padahal blh mendonia
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2026 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehh mata dia mmg senget macam tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2026 10:01 AM | Show all posts
betul, muka nampak tak macam dulu, salah satu strategi nak aim orang berada ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2026 12:34 AM GMT+8 , Processed in 1.133096 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list