|
View: 870|Reply: 7
|
[Dunia]
Budak perempuan 12 tahun nekad berenang 6 kilometer rentas laut bergelora
[Copy link]
|
|
|
MANILA – Seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun nekad berenang sejauh hampir 6 kilometer merentasi laut bergelora untuk mendapatkan bantuan selepas bot dinaiknya karam di perairan Culasi, Filipina, lapor portal berita Must Share News.
Cherry Ann Mateo dilaporkan berenang selama lima jam sebelum sampai ke daratan untuk memaklumkan kejadian itu kepada penduduk serta pegawai tempatan.
Kemalangan berlaku sekitar pukul 11 pagi (waktu tempatan) apabila bot membawa empat penumpang itu dipukul ombak besar dan angin kencang sebelum terbalik di antara Pulau Mararison dan Pulau Batbatan.
Bot tersebut dipercayai dalam perjalanan pulang ke Pulau Batbatan selepas mereka menjual ikan masin di Culasi.
Selepas bot dinaiki mereka karam, Mateo memutuskan untuk berenang ke Pulau Batbatan bagi mendapatkan pertolongan.
Kempat-empat penumpang berjaya diselamatkan sejurus selepas waktu tengah malam, baru-baru ini.
Keberanian Mateo menyaksikan dia menerima pengiktirafan khas daripada Pengawal Pantai Filipina. – AGENSI
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
5jam dgn tenaga budak 12 thn perempuan pulak tu.. fuh! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
apa ko makan dik oii...
kuat stamina budak ni....
5 jam 6 km...laut bergelora....sejam dia berenang lebih 1 km... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ini bukan kaleng2 budak ni.. memang membesar kat pulau agaknya.. berenang bukan sekadar sekali sekala tepi pantai gitu. Memang survival skill sejak kecik. keberanian dia tu mengatasi segalanya. Macam mana dia boleh nekad utk berenang sorang2 ke daratan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
luar biasa sungguh ni
acik2 porum jgn kata berenang nak naik tangga tingkat 3 pun dah semput  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Inilah baru betul² ironkid... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|