Borneo
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 1085472   
Kurangnya kerjasama orang ramai memungkinkan hasrat bebas rabies menjelang 2030 tidak dapat dicapai



Dr Rundi pada sidang media mengenai persidangan Rabies di Asia 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. -Gambar Roystein Emmor

“Hasrat untuk Sarawak bebas rabies  boleh dicapai selepas 2030 atau lebih cepat. Namun virus itu masih wujud dan kegedilan serta kejahilan orang ramai menangani penyakit ini khususnya SOP (prosedur operasi standard) selepas digigit anjing dan kini kucing yang ada rabies, boleh menyebabkan sasaran ini melangkaui tempoh ditetapkan.”

Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah

Oleh Patricia Gari

KUCHING: Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom menegaskan kurangnya kerjasama daripada orang ramai memungkinkan hasrat Sarawak mencapai status bebas rabies menjelang 2030 tidak dapat dicapai.

Beliau berkata sasaran sifar rabies 2030 dijadikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan penanda aras bagi Sarawak memperkukuhkan usaha membendung penyakit tersebut daripada melanda negeri ini pada 2017.

“Hasrat untuk Sarawak bebas rabies  boleh dicapai selepas 2030 atau lebih cepat. Namun virus itu masih wujud dan kegedilan serta kejahilan orang ramai menangani penyakit ini khususnya SOP (prosedur operasi standard) selepas digigit anjing dan kini kucing yang ada rabies, boleh menyebabkan sasaran ini melangkaui tempoh ditetapkan.

“Maksud saya, 2030 adalah tarikh ditetapkan Sarawak sifar rabies, sekurang-kurangnya KPI untuk kita semua,” katanya pada sidang media mengenai Persidangan Rabies di Asia (RIA) 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Dr Rundi berkata kematian berkaitan rabies boleh dicegah jika mangsa gigitan mendapatkan rawatan perubatan segera dan mengikuti SOP yang betul.

“Jangan fikir gigitan tidak bermakna apa-apa jika tiada kematian. Perkara yang paling penting ialah apa yang dilakukan oleh orang ramai, sebaik sahaja mereka digigit anjing," ujarnya.

Beliau menambah, kejahilan dan kelewatan dalam mendapatkan rawatan terus menyumbang kepada kematian akibat rabies di negeri ini.

Menurutnya setakat ini 87 kes kematian akibat rabies dalam kalangan manusia direkodkan di Sarawak sejak kes pertama dilaporkan pada 2017.

“Sejak kes pertama direkodkan pada 2017, 87 kematian akibat rabies dalam kalangan manusia dilaporkan. Jumlah ini adalah daripada 94 kes gigitan atau rabies melibatkan manusia.

“ Untuk tahun ini sahaja (Januari hingga April) empat kematian akibat rabies dalam kalangan manusia dilaporkan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) Datin Sri Dona Drury Wee berkata, kira-kira 3,000 Vaksin Rabies Oral (ORV) telah diagihkan setakat ini.

Menurutnya program ORV memfokus kepada anjing liar atau berkeliaran bebas dan disebabkan terdapat protokol yang ketat perlu dipatuhi, hanya kira-kira  2,300 daripada 3,000 (umpan) ORV digunakan sepenuhnya.

“Ada masanya anjing termakan umpan ini, ada juga yang lari. Maka kita tidak tahu sama ada ia betul-betul dimakan oleh anjing disasarkan atau tidak.

“Apabila umpan ini dimakan, kita boleh menganggap anjing-anjing liar ini sudah divaksin namun harus difahami sebarang vaksin yang diberi, ia memerlukan masa sekurang-kurangnya satu bulan untuk menjadi antibodi,” jelas Wee.

Bagaimanapun, ujarnya ORV hanya untuk anjing liar dan anjing peliharaan yang tidak boleh dikendalikan oleh penjaganya, justeru pilihan pertama adalah suntikan.

“Ini kerana menerusi ORV kita tidak pasti sama ada anjing itu benar-benar telah divaksin atau sebaliknya. Oleh itu vaksinasi menerusi suntikan adalah yang terbaik,” tambahnya.


Sumber : Utusan Borneo
Rate
There are 1 People reward the building owner
183 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch