Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 211025   




PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia pada suku pertama (S1) 2026 dianggarkan berjumlah 34.4 juta berbanding 34.2 juta dalam tempoh sama tahun lepas, dengan kadar pertumbuhan lebih perlahan iaitu 0.5 peratus, menurut laporan perangkaan demografi bagi S1 tahun ini yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata penduduk lelaki meningkat kepada 18.0 juta daripada 17.9 juta pada S1 2026 manakala perempuan meningkat kepada 16.3 juta daripada 16.2 juta bagi tempoh yang sama setahun lepas.

"Nisbah jantina ialah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi warganegara ialah 102. Komposisi penduduk tua (65 tahun dan lebih) meningkat daripada 7.9 peratus kepada 8.0 peratus pada S1 2026.

"ada masa sama, penduduk umur muda (0 hingga 14 tahun) menurun daripada 21.8 peratus kepada 21.6 peratus. Penduduk umur bekerja (15 hingga 64 tahun) pula meningkat daripada 70.3 peratus kepada 70.4 peratus bagi tempoh yang sama," katanya dalam kenyataan hari ini.




Mengikut etnik, Melayu menyumbang 58.3 peratus daripada jumlah penduduk pada S1 2026 berbanding 58.2 peratus pada S1 2025.

Komposisi penduduk bumiputera lain dan India masing-masing kekal pada 12.3 peratus dan 6.5 peratus, manakala Cina menurun kepada 22.1 peratus pada S1 2026 berbanding 22.2 peratus dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata bumiputera Sabah menyumbang 55.3 peratus daripada kumpulan bumiputera lain yang terdiri daripada Kadazan/Dusun (31.7 peratus), Bajau (26.5 peratus), Murut (5.1 peratus) dan bumiputera Sabah lain (36.7 peratus).

Sementara itu, bumiputera Sarawak yang merangkumi 32.3 peratus pula terdiri daripada Iban (59.1 peratus), Bidayuh (17.1 peratus), Melanau (10.6 peratus) dan bumiputera Sarawak lain (13.2 peratus).

Mengenai jumlah kelahiran, Mohd Uzir berkata bilangan kelahiran hidup terus menurun kepada 94,807 kelahiran berbanding 97,843 kelahiran pada S1 2025, dengan bayi lelaki melebihi bayi perempuan, masing-masing 49,137 dan 45,670 kelahiran.

"Selangor merekodkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 17,990 kelahiran manakala Wilayah Persekutuan Labuan mencatat bilangan terendah dengan 294 kelahiran," katanya.

Beliau berkata sebanyak 49,139 kematian direkodkan pada S1 2026, menurun 1.5 peratus berbanding 49,863 kematian pada S1 2025.

Selangor merekodkan bilangan kematian tertinggi dengan 8,042 kematian, manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan bilangan kematian terendah dengan 81 kematian, dan penduduk berumur 60 tahun dan lebih merekodkan bilangan tertinggi dengan 35,130 kematian (71.5 peratus), diikuti 41-59 tahun (19.9 peratus), 15-40 tahun (6.8 peratus) dan 0-14 tahun (1.8 peratus).

Sumber – BERNAMA, BH
1463 Views
23 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


silance Lv.8 2#

Honour | Credits 2322   
Penduduk Malaysia mencecah 34.4 juta namun pertumbuhan penduduk terus merosot pada kadar 0.5 dengan kelahiran hidup menurun sebanyak 3.1%.

Hoooooiiiye, jangan cakap merosot. Nanti berbot-bot misi kotela datang nangis lap hingus nak beranak sini. Balancekan orang dengan flora & fauna ciptaan tuhan. Kesian haiwan-haiwan tak berdaya tempat mereka diceroboh.

tumpanglalu74 Lv.17 3#

Superior | Credits 50684   
5 Ha aku bagi!!  Padan muke hilang 1 alasan untok poligami!

Jitu Lv.12 4#

Defender | Credits 11597   
Quote: tumpanglalu74 replied at 15-5-2026 01:53 PM
5 Ha aku bagi!!  Padan muke hilang 1 alasan untok poligami!

apa pulak tu cuma jumlah keseluruhan
tp tak termasuk pun yg jd bewak, mendadih, gay
entah2 tinggal 1/3 je yg okay

so poligami la jln terbaik utk lelaki yg mampu
ke guana
Follow Us

supernaturalee Lv.17 5#

Superior | Credits 56851   
Quote: Jitu replied at 15-5-2026 02:49 PM
apa pulak tu cuma jumlah keseluruhan
tp tak termasuk pun yg jd bewak, mendadih, gay
entah2 tingga ...

nak jadi mcm ni?


https://b.cari.com.my/forum.php? ... &extra=page%3D1

gekkou Lv.13 6#

Challenger | Credits 16489   
walaupun lelaki lebih ramai
tetap tak jumpa yang satu

Jitu Lv.12 7#

Defender | Credits 11597   
Quote: supernaturalee replied at 15-5-2026 02:57 PM
nak jadi mcm ni?



eleh laju je ko ye bagi contoh poligami yg tak berapa menjadi

ADVERTISEMENT


cmf_almondpecan Lv.14 8#

Fighter | Credits 20103   
Quote: tumpanglalu74 replied at 15-5-2026 01:53 PM
5 Ha aku bagi!!  Padan muke hilang 1 alasan untok poligami!

Selama ni memang tak pernah pun statistik menunjukkan perempuan lebih ramai. Selama ni memang lelaki lebih ramai, bukan di Malaysia saja malah hampir semua negara di dunia.

ninja boy Lv.16 9#

Conqueror | Credits 46701   
Lelaki kena hamilkan wanita supaya wanita tidak kesepian sorang2 sampai tua, lepas beranak wanita boleh buang suami mereka aa gituh

kotakbaju Lv.11 10#

Highlander | Credits 9979   
Quote: ninja boy replied at 16-5-2026 09:02 PM
Lelaki kena hamilkan wanita supaya wanita tidak kesepian sorang2 sampai tua, lepas beranak wanita bo ...

Nohh apa punya ajaran la ko bawak ni.

Blu3butter Lv.5 11#

Minder | Credits 694   
So takde alasan dah nak tambah madu2 utk isteri tu. Satu lg utk yg pompuan2 ni pula cukup2 la gi cari suami porener tu.. Ni ha kuota local berlambak lg nih

cm_vungtau Lv.12 12#

Defender | Credits 13009   
Patut la makin ramai gayboyzzz

Tinot7 Lv.22 13#

Moderator | Credits 141661   
Quote: supernaturalee replied at 15-5-2026 02:57 PM
nak jadi mcm ni?



Dah cerai sorang, kan..

Tinot7 Lv.22 14#

Moderator | Credits 141661   
Quote: gekkou replied at 15-5-2026 08:24 PM
walaupun lelaki lebih ramai
tetap tak jumpa yang satu

Kalau kerja dok mencari level minah poron, mmg la tak jumpa...

Tinot7 Lv.22 15#

Moderator | Credits 141661   
Quote: cmf_almondpecan replied at 16-5-2026 08:39 PM
Selama ni memang tak pernah pun statistik menunjukkan perempuan lebih ramai. Selama ni memang lela ...

Masalahnya ramai gayah, tak berkemampuan bagai..

ADVERTISEMENT


AbukRokok Lv.17 16#

Superior | Credits 51714   
lama lagi nak kiamat oiiii

batmana Lv.16 17#

Conqueror | Credits 40114   
mmgla lelaki memang ramai dari dulu, tapi lelaki la paling ramai mati dari perempuan.. korg yg pmpn bising2 takde alasan lelaki nk poligami tu, kene pkir lelaki adalah spesis terancam

kalau korg tgk laki korang mampu sara korg, ada duit lebih, dari enjoy keliling dunia, elokla calonkan madu utk somi korg

DOSM
Quote: Di Malaysia pada tahun 2025, kadar kematian bagi umur 20–40 tahun menunjukkan lelaki lebih tinggi berbanding perempuan, dengan nisbah sekitar 120 lelaki meninggal bagi setiap 100 perempuan dalam kumpulan umur tersebut.


Lelaki:

Kemalangan jalan raya (transport accidents) – faktor terbesar dalam kumpulan umur muda.

Penyakit jantung iskemik (ischaemic heart disease).

Kecederaan tidak sengaja (trauma, kemalangan industri).

supernaturalee Lv.17 18#

Superior | Credits 56851   
Quote: Tinot7 replied at 17-5-2026 09:24 AM
Dah cerai sorang, kan..

itu few year ago

masa heols baru nikah baru

as for today...menengokkan keadaan die mcm tu

tah masih bersama ke tidak yg 3 org tu

dlm thread cari tu tak mention



BoongaKertas Lv.14 19#

Fighter | Credits 22702   
lelaki lg ramai dari wanita. tp hari2 ada jer kes laki jd bewak hidop dlm thread. ah letihhh

tagas Lv.12 20#

Defender | Credits 12395   
Mmg la ramai laki

tp kat pusat n penjara
12Next