Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

akido_kido Lv.9

Fav
Adventurer | Credits 3436   



SEREMBAN – Seorang wanita mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM140,000 apabila enam buah beg tangan jenama mewah Louis Vuitton miliknya dilarikan penjenayah dalam kejadian pecah rumah di taman perumahan S2 Heights di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, pihak polis telah menerima laporan berkaitan kes ceroboh dan pecah rumah melibatkan tiga buah banglo tiga tingkat di perumahan berkenaan pada awal pagi semalam dan kelmarin.

Azahar berkata, suuslan daripada laporan polis tersebut, pihak polis kini sedang giat memburu suspek yang memakai baju berhud (berpenutup kepala) dan dikatakan berani memecah masuk rumah mangsa ketika penghuninya sedang tidur.

“Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), suspek merupakan seorang lelaki tidak dikenalpasti berpakaian hoodie gelap lengan panjang, bertopi dan memakai pelitup muka serta bersarung tangan telah masuk ke dalam rumah mangsa antara pukul 1.20 hingga 3.37 pagi.

“Buat masa ini, belum ada sebarang tangkapan dilakukan dan pihak polis masih menjalankan siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 457 akta yang sama,” katanya.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh salurkan terus ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033222.

Terdahulu tular di media sosial, rakaman CCTV memaparkan suspek seorang diri berhud dan bertopi memecah masuk rumah mangsa dengan melalui ruang tamu sebelum masuk ke bilik tidur.- KOSMO! ONLINE


  

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Rate
There are 1 People reward the building owner
946 Views
8 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


Purestteam1 Lv.7 2#

Revolutioner | Credits 1317   
harga saing² rxz..haha

Lily_Elizabeth_ Lv.9 3#

Adventurer | Credits 4964   
Nak claim insurance kut kan?.

Decaffeinated Lv.18 4#

Master | Credits 65221   
Curi LV sahaja ka?
Follow Us

cm_vungtau Lv.12 5#

Defender | Credits 13013   
Takde nya harga jual cam gitu. Dah pakai takdenya rege jadi 140 k.

tahanie Lv.9 6#

Adventurer | Credits 4071   
Quote: cm_vungtau replied at 16-5-2026 01:55 PM
Takde nya harga jual cam gitu. Dah pakai takdenya rege jadi 140 k.

She berangan lettew

shernazz Lv.17 7#

Superior | Credits 58894   
Hurm..curi beg je?
Mangsa ada bibik tak?
Teringat makcik iols kena rompak sebab bibik bgtau makcik iols ada keluarkan sejumlah duit letak kat tempat sekian2
20 tahun lepas mana ada online banking...konon keluar tu n esoknya nak gi tabung haji la masuk duit ke situ
Last2 kena rompak kat rumah
Bibik trrus lari sama perompalk

ADVERTISEMENT


nisako Lv.13 8#

Challenger | Credits 15591   
habis laaaaaaaa

Dalcott Lv.9 9#

Adventurer | Credits 4682   
figure nmpk mcm perempuan je

All contents are displayed