Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

FOTHER-MUCKER Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 142782   
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-5-2026 08:43 AM



Warga Myanmar paling ramai seludup masuk melalui Sungai Golok

ADILA SHARINNI WAHID
15 Mei 2026 10:18pm




KOTA BHARU – Warga Myanmar dikesan menjadi kumpulan paling ramai cuba diseludup masuk ke negara ini melalui laluan Sungai Golok, Rantau Panjang, Pasir Mas sepanjang tempoh 1 Januari hingga 15 Mei ini.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ahmad Radzi Hussain berkata, daripada keseluruhan 360 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan (OTWK) dan Op Delta, seramai 264 individu merupakan warga Myanmar.

Menurut beliau, jumlah itu jauh mengatasi warga asing lain termasuk Thailand seramai 40 orang, Bangladesh (30), Indonesia (9), India (8), Vietnam (4), China (3), Nepal (1) dan Pakistan (1).

“Dalam tempoh sama, pihak PGA turut menahan sembilan tekong darat yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran di kawasan sempadan negeri ini.

“Sebanyak 78 serbuan dilaksanakan melibatkan kawasan sekitar Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Kota Bharu,” katanya dalam kenyataan kepada pemberita pada Jumaat.

Beliau berkata, antara lokasi panas yang dikenal pasti sering digunakan sebagai laluan masuk PATI ialah pengkalan haram di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, Jeram Perdah dan Chabang Empat.

Tambah beliau, sebanyak 110 kes telah disabitkan terhadap PATI dan tekong yang ditahan melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Ahmad Radzi berkata, PGA akan terus memperketat kawalan dan memperhebat operasi bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan sempadan negara sentiasa terpelihara.

“Pihak polis juga mengharapkan kerjasama orang awam untuk terus menjadi mata dan telinga dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah di kawasan masing-masing,” katanya.

Rate
There are 1 People reward the building owner
603 Views
3 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


silance Lv.8 2#

Honour | Credits 2361   
Dulu zaman lepas merdeka ada pengishtiharan kawasan hitam kawasan putih. Ada catuan makanan. Sekarang tak nak buat ke? Makin teruk dah ni.

Decaffeinated Lv.18 3#

Master | Credits 65223   
Dalam Thailand sendiri memang ramai buruh Myanmar. Memang tak terkejut lah ada yang lajak ke Malaysia.

shernazz Lv.17 4#

Superior | Credits 58894   
Hurm...
Yang khianat negara tu elok kena tembak.jr

All contents are displayed