Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

FOTHER-MUCKER Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 142679   
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-5-2026 06:16 PM

Ribuan redah hujan, Bukit Bintang bertukar lautan selawat dan salam perpaduan



]
FOTO BERITA: Majlis Quranic MADANI Tonight Reset Bersatu Dalam Saf. Turut hadir Dr. Zulkifli Hasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Puan Nurul Izzah Anwar Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana, Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan Ustaz Haji Ahmad Fawwaz Fadzil, Kumpulan Rabbani di Bukit Bintang Kuala Lumpur. 8hb Mei 2026 (Jumaat)
Program yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat itu menyaksikan kawasan tumpuan pelancong di tengah ibu kota bertukar wajah menjadi medan selawat, zikir dan munajat yang menyatukan rakyat tanpa mengira latar belakang.
Turut hadir memeriahkan program ialah Dr. Zulkifli Hasan, Nurul Izzah Anwar serta Ahmad Fawwaz Fadzil, Kumpulan Rabbani, Nilofa serta berbilang masyarakat.
Dalam ucapannya, Dr. Zulkifli berkata, sambutan luar biasa yang diterima membuktikan rakyat Malaysia masih meletakkan nilai kerohanian dan kasih sayang sebagai asas penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Dalam ucapannya, Dr. Zulkifli berkata, sambutan luar biasa yang diterima membuktikan rakyat Malaysia masih meletakkan nilai kerohanian dan kasih sayang sebagai asas penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Menurut beliau, program berkonsepkan santai di lokasi terbuka seperti Bukit Bintang berjaya mendekati masyarakat khususnya golongan muda dan warga kota yang dahagakan pengisian rohani dalam suasana lebih inklusif.
Menurut beliau, program berkonsepkan santai di lokasi terbuka seperti Bukit Bintang berjaya mendekati masyarakat khususnya golongan muda dan warga kota yang dahagakan pengisian rohani dalam suasana lebih inklusif.
Menurut beliau, program berkonsepkan santai di lokasi terbuka seperti Bukit Bintang berjaya mendekati masyarakat khususnya golongan muda dan warga kota yang dahagakan pengisian rohani dalam suasana lebih inklusif.
“Walaupun hujan, orang ramai tetap bertahan dan terus bersama dalam saf. Ini menunjukkan rakyat Malaysia mahu kepada program yang menyatukan hati dan menghidupkan semangat kasih sayang sesama insan,” katanya.
Beliau berkata, penganjuran Quranic MADANI bukan sekadar program keagamaan biasa, sebaliknya membawa mesej kemanusiaan sejagat yang menekankan budaya hormat-menghormati, menyebarkan salam dan mengeratkan hubungan silaturahim.
Katanya lagi, pendekatan turun ke lokasi tumpuan awam seperti Bukit Bintang juga membuka ruang kepada masyarakat dan pelancong melihat wajah Islam yang damai, sederhana dan penuh rahmah.
Sementara itu, kehadiran Nurul Izzah turut menarik perhatian anak muda yang dilihat mengambil peluang menyertai sesi selawat dan munajat secara bersama-sama dalam suasana penuh tertib.
Program berkenaan turut diserikan dengan bacaan al-Quran, tausiyah dan kempen Sebarkan Salam yang mengajak masyarakat membudayakan ucapan salam, saling membantu serta memperkukuh institusi kekeluargaan demi kesejahteraan negara.




809 Views
14 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


FOTHER-MUCKER Author 2#

Legenderer | Credits 142679   

FOTHER-MUCKER Author 3#

Legenderer | Credits 142679   

axl_bach Lv.17 4#

Superior | Credits 58160   
Kalau program ni dpt jadi satu produk perlancongan yg dpt tarik tourist, why not???

Follow Us

blue_blur Lv.11 5#

Highlander | Credits 8467   
Quote: axl_bach replied at 17-5-2026 10:19 AM
Kalau program ni dpt jadi satu produk perlancongan yg dpt tarik tourist, why not???

belum keluar report atau kena sekat, dapat jana ekonomi 300 juta..

Decaffeinated Lv.18 6#

Master | Credits 65186   
Bukit Bintang ni dari dulu vibe bukan area melayu pun, banyak entertainment, massage, kedai arak. Kenapa tak buat kat Jalan TAR atau area Jln Masjid India. Kedai2 pun banyak jual tudung.

AbukRokok Lv.17 7#

Superior | Credits 51713   
buat rainrave hujan
buat yahanana pun hujan

apakah hujan itu bala?

ADVERTISEMENT


miss_white Lv.13 8#

Challenger | Credits 19271   
Quote: Decaffeinated replied at 17-5-2026 05:13 AM
Bukit Bintang ni dari dulu vibe bukan area melayu pun, banyak entertainment, massage, kedai arak. Ke ...

Dulu bukit bintang kampung orang melayu.. penempatan orang melayu.

tagas Lv.12 9#

Defender | Credits 12395   
Edisi samak najis

shamsadis Lv.14 10#

Fighter | Credits 27359   
ni kira cuci balik dosa tempohari ke

Decaffeinated Lv.18 11#

Master | Credits 65186   
Quote: miss_white replied at 17-5-2026 11:48 PM
Dulu bukit bintang kampung orang melayu.. penempatan orang melayu.

apa nama kampung tu?

miss_white Lv.13 12#

Challenger | Credits 19271   
Quote: Decaffeinated replied at 18-5-2026 07:26 AM
apa nama kampung tu?

Tak ckp nama apa kampung tuh .cuma cakap dulu orang melayu duduk kat  bukit bintang .dulu mmg org melayu duduk di bandar..berniaga apa semua. Dtg British suruh jd kuli dia .bila melayu tak nak  dia buat cerita ckp melayu malas. Sampai lah ke atok di jaja nye cerita pasal melayu malas ni.

Decaffeinated Lv.18 13#

Master | Credits 65186   
Quote: miss_white replied at 19-5-2026 11:18 AM
Tak ckp nama apa kampung tuh .cuma cakap dulu orang melayu duduk kat  bukit bintang .dulu mmg org  ...

dulu melayu duduk berniaga di bandar? bukan ka melayu ini sinonim dengan kampung, even sebelah KLCC tu masih kampung.

FOTHER-MUCKER Author 14#

Legenderer | Credits 142679   
Quote: miss_white replied at 18-5-2026 07:18 PM
Tak ckp nama apa kampung tuh .cuma cakap dulu orang melayu duduk kat  bukit bintang .dulu mmg org  ...

Ini?


The first and foundational village in the Bukit Bintang area was Kampung Dollah, a historic Malay settlement that lent its name to the district. Named after its early leader, Thambi Dollah, the village was located near the original 50-meter-high hill that gave the area its name (Bukit Bintang means "Star Hill"). [1, 2, 3, 4]
Today, Kampung Dollah no longer exists in its traditional form; it has been entirely redeveloped into the bustling commercial and concrete landscape that defines modern central Kuala Lumpur. The exact historical footprint of the village is now occupied by modern streets such as Jalan Changkat Thambi Dollah and Jalan Barat.


miss_white Lv.13 15#

Challenger | Credits 19271   
Quote: Decaffeinated replied at 19-5-2026 04:28 AM
dulu melayu duduk berniaga di bandar? bukan ka melayu ini sinonim dengan kampung, even sebelah KLC ...

Bandar dalam kampung lah mcm kg baru tu..bukit bintang tu dulu mungkin kg dalam bandar .

All contents are displayed

More Isu Semasa

Use your browser's share button
to share with your friends

Click me to copy the link