Borneo
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 1087453   
Edited by Vellfire at 18-5-2026 01:30 PM



Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik. - Gambar Astana Negeri Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, menzahirkan ucapan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Sarawak dan Malaysia sempena sambutan Hari Guru 2026 hari ini.

Tun Wan Junaidi  dalam ucapannya berkata  para guru memainkan peranan amat penting dalam membentuk generasi yang bukan sahaja berilmu dan berdaya saing, malah memiliki nilai akhlak serta sahsiah yang tinggi.

Menurut beliau, kecekalan, kesabaran dan dedikasi para pendidik dalam mendidik serta membimbing anak-anak bangsa merupakan satu pengorbanan besar yang sentiasa dihargai dan akan terus dikenang.

Tun Wan Junaidi turut menyeru para pelajar agar sentiasa menghormati dan menghargai jasa guru yang telah banyak berkorban demi masa depan mereka.

“Tanpa tunjuk ajar, bimbingan dan keikhlasan insan bergelar guru, tidak mungkin lahir generasi berjaya yang mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara,” tegas beliau.

Bersempena sambutan Hari Guru tahun ini yang bertemakan “Guru Bitara Nadi Negara”, Tun Wan Junaidi bersama Toh Puan Fauziah turut mendoakan agar seluruh warga pendidik terus dikurniakan kesihatan, kekuatan serta keberkatan dalam melaksanakan amanah mulia demi kemajuan negeri dan negara.


Sumber : Utusan Borneo
Rate
There are 1 People reward the building owner
145 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch