Utara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1771353   
Anggota polis 'Mr A', disyaki dalang sindiket dadah di Langkawi ditukar serta merta

Zuliaty Zulkiffli[email protected]






ADZLI pada sidang media di IPK Kedah, hari ini. FOTO Wan Nabil Nasir.




Alor Setar: Polis Kedah mengesahkan anggota polis dikenali sebagai 'Mr A' yang dipercayai dalang rangkaian pengedaran dadah di sekitar Langkawi sudah ditukar serta-merta atas kepentingan awam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, pertukaran itu bukan bertujuan melindungi anggota terbabit namun sebaliknya kerana siasatan dan tindakan lanjut masih diteruskan.

Beliau berkata, siasatan dan tindakan tetap berjalan dan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang terbabit dalam penagihan mahupun pengedaran dadah.

"Kita akan ambil tindakan walaupun pegawai ndan anggota dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri, " katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Adzli berkata, siasatan kes berkaitan narkotik memerlukan penelitian terperinci termasuk bukti dan saksi yang mempunyai kredibiliti sebelum tindakan lanjut dapat diambil.

Dalam perkembangan sama, Adzli berkata polissudah mengambil tindakan terhadap seorang individu dikenali sebagai 'Bagok' berusia 47 tahun yang turut dikaitkan dalam carta tular berhubung isu berkenaan.

Katanya, lelaki itu sudah ditahan sebanyak dua kali tahun ini dan terbaru pada 16 Mei lalu.

Menurutnya, Bagok berasal dari Kampung Kelibung, Langkawi, Kedah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penularan isu berkaitan kegiatan dadah 'Pablo Escobar 2.0' di Langkawi.

"Tangkapan pertama dilakukan pada 11 April lalu, namun tiada dadah ditemukan ketika itu dan kita buka kertas siasatan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya selepas ujian air kencing didapati positif.

"Terbaru tiga hari lalu, kita tangkap dia sekali lagi dan ujian saringan air kencing juga positif methamphetamine," katanya.

Adzli turut mendedahkan seramai 54 pegawai dan anggota polis di Kedah ditahan kerana terbabit dalam penagihan dadah sejak 2023 hingga April lalu.

Daripada jumlah itu, katanya, seramai 38 individu sudah dituduh di mahkamah dan digantung tugas, manakala tiga lagi masih dalam tindakan.

Beliau berkata, tahun lalu, seorang anggota polis di Kedah turut dikenakan tindakan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) tahun lalu kerana dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah.

Skuad Khas Harian Metro sebelum ini mendedahkan, selepas kematian Pablo Escobar Langkawi, Mat Nahar, enam tahun lepas kini muncul semula satu rangkaian pengedaran dadah yang beroperasi secara tersusun di sekitar kepulauan ini didalangi seorang anggota polis dikenali 'Mr A'.

Malah, konconya juga adalah individu sama sebelum ini yang menjadi ahli sindiket Mat Nahar namun kini bekerja bersama 'Mr A' selepas kematian ketua mereka yang dibunuh.



Disiarkan pada: Mei 18, 2026 @ 6:00pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1359456/anggota-polis-mr-disyaki-dalang-sindiket-dadah-di-langkawi-ditukar-serta




147 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch